AL-ISLAM
« Menyanggah DR. Johari Mat »

Welcome Guest. Please Login or Register.
Dec 16, 2009, 6:14pm




AL-ISLAM :: General :: AHLUS SUNNAH WAL JAMA'AH vs AJARAN SALAH :: Menyanggah DR. Johari Mat
   [Search This Thread][Send Topic To Friend] [Print]
 AuthorTopic: Menyanggah DR. Johari Mat (Read 871 times)
abu_syafiq
Tok Ketua YDP
**********
member is offline

[avatar]



Joined: Jun 2008
Gender: Male
Posts: 111
Karma: 0
 Menyanggah DR. Johari Mat
« Thread Started on Jun 6, 2008, 2:00am »

JOHARI MAT TIPU UMAT ISLAM



JOHARI MAT MEMBOHONGI AKIDAH ISLAM DAN AKIDAH IMAM AS-SYAFI'E.

Oleh: abu_syafiq (012-2850578)

Assalamu3alaikum.

Sejarah telah banyak membuktikan tindakan mereka yang berniat jahat khususnya menyampaikan akidah yang songsang, apabila mereka tidak dapat mencari hujjah bagi membenarkan akidah songsang mereka, maka taktik kotor dengan memfitnah ulama islam adalah cara yang terbaik mereka bagi merialisasikan impian jelek itu.
Antara ulama yang dituduh bersama dengan akidah songsang mereka adalah Imam As-Syafie' rahimahullah.
Ketahuilah bahawa sifat-sifat Allah adalah sempurna layak bagi keesaaNya dan tidak menyerupai makhlukNya dan bukan kesemua yang disandarkan kepada Allah itu maka semestinya ia sifat bagi Allah..tidak!

Berkata Imam Al-Hafiz Ibnu Jauzy dalam kitabnya berjudul Daf3 Syubah At-Tasybih : " Bukan kesemua disandarkan ( Mudhof) kepada Allah itu sebagai sifatNya". Tidak sama sekali. Bahkan hendaklah dilihat kepada ertinya berdasarkan pemahaman ayat tersebut dan ayat-ayat yang lain.

Ini dijelaskan dengan firman Allah :

1- Dalam surah Asy-Syams ayat 13 : " نَاقَة اللَّه " yang diterjemahkan sebagai ' unta Allah'.
Kalimat 'unta' disandarkan (mudhof) kepada Allah. Adakah kita akan mengatakan sifat Allah adalah 'unta'?!! tidak sama sekali dan maha suci Allah dari itu.
Malangnya Wahhabi mengisbatkan kesemua yang disandarkan kepada Allah sebagai sifat Allah. Ini menunjukkan kedinginan pemikiran mereka dalam memahami ayat Allah.

2- 'Rumah' juga disandarkan kepada Allah seperti firmanNya dalam Al-Haj ayat 26 :
" وَإِذْ بَوَّأْنَا لِإِبْرَاهِيمَ مَكَانَ الْبَيْتِ أَنْ لَا تُشْرِكْ بِي شَيْئًا وَطَهِّرْ بَيْتِيَ لِلطَّائِفِينَ وَالْقَائِمِينَ وَالرُّكَّعِ السُّجُودِ ".
Lihat pada: بَيْتِيَ
yang diterjemahkan sebagai: "rumahKu". Adakah kita akan sandarkan sifat 'rumah' bagi Allah?!
Adakah kita akan kata Alquran telah sandarkan perkataan 'rumah Allah' maka kita pun kata 'rumah' adalah sifat bagi Allah?!! Maha suci Allah dari itu dan dari bertempat didalam rumah.

Demikian diantara dalil bahawa bukan kesemua yang disandarkan kepada Allah mesti dianggap sebagai sifat Allah. Wallahi tidak!.


FITNAH JOHARI MAT TERHADAP AKIDAH IMAM AS-SYAFI'E.
Dengan penjelasan tadi, dapatlah diingatkan sekali lagi bahawa bukan kesemua yang disandarkan kepada Allah itu dikira sebagai sifat Allah.

Malangnya Johari Mat (KIAS) telah menyandarkan sifat bagi Allah yang mana Allah sendiri tidak mengatakan Dia bersifat sedemikian. Dan sekali lagi saya mengatakan bahawa bukan kesemua yang disandarkan kepada Allah itu dikira sebagai sifat Allah.
Dalam pengumpulan kertas kerja seminar yang menyebarkan ajaran Wahhabi serta memfitnah dan menipu akidah Imam Syafie dinamakana sebagai Seminar Al-Imam Al-Syafii'i dia ( Johari Mat) menyatakan : pada mukasurat 109 cetakan Karya Bestari:
Antara akidah Al-Imam Al-Syafi'i mengenai sifat Allah:

v) Sifat al-Qidam (kaki)

Al-imam Al-Syafi'i mengithbatkan (mengakui kewujudan sifat qidam seperti beliau mengakui sifat-sifat lain.

vi) Sifat Asba'(jari)
Rujuk artikelnya bertajuk AL-IMAM AL-SYAFI'I - PEGANGAN DALAM ALIRAN AKIDAH.

Saya mengatakan:
Qodam (kaki) dan Asba'a (jari) apabila disandarkan kepada Allah bukanlah bererti anggota bagi Allah kerana Allah maha suci dari bersifat demikian.

Nabi Muhammad tidak pernah mengajar kita apabila mendapat anak maka namakan dengan Abdul Qodam ( hamba Kaki)atau Abdul Asba'a (hamba Jari). Begitu juga apabila kita berdoa Nabi tidak pernah mengajar kita sebutlah memuji nama dan sifat Allah sebagai Ya Qodam Wa Ya Asba'a..Wallahi tidak pernah!.

Sekiranya kaki dan jari adalah sifat mutlak bagi Allah, saya mohon anak-anak Wahhabi selepas ini dinamakan anak mereka bersandarkan sifat tersebut sebagai Abdul Qodam (Hamba Kaki) atau Abdul Asba'a (hamba Jari)atau berdoa dengan Wahai Allah Yang Maha Berkaki dan Maha Berjari. Bukankah kita dianjurkan berdoa dengan menyeru nama dan sifat Allah?!
Akan tetapi perkara tersebut bukanlah sifat bagi Allah.

Saudaraku..Ketahuilah apabila kaki dan jari disandarkan kepada Allah maka ianya bukanlah sifat mutlak bagi Allah bahkan tidak harus mengatakan Allah sifatnya berkaki dan berjari. Tidak harus juga melakukan sepertimana yang dilakukan oleh Johari Mat ini.
Ini bukan cara yang dilakukan oleh orang yang bertaraf DR!
Lihat apa kata Dr. Yusuf Qardawi yang melarang kelakuan seperti Johari Mat ini :
Majalah Mujtama', Bilangan 1370, Tarikh 25 Jamadul Akhir/1420 Bersamaan 5/10/1999M :
الأول :[ اتباع نهج القرآن في عدم التجميع ] :وأريد أن أنبه هنا على حقيقة ذات أهمية كبيرة في قضية الصفات والإيمان بها ، وتعليمه للناس على مذهب السلف .وتلك الحقيقة : أن تعرض هذه الصفات كما وردت في كتاب الله تعالى وسنة نبيه صلى الله عليه وسلم ، أعني أن تذكر مفرقة لا مجموعة ، فكل مسلم يؤمن بها ويثبتها لله كما جاءت .فليس مما يوافق الكتاب والسنة جمعها في نسق واحد يوهم تصور ما لا يليق بكمال الله تعالى ، كما يقول بعضهم : يجب أن تؤمن بأن لله تعالىوجها ، وأعينا ، ويدين ، وأصابع ، وقدما ، وساقا ، .. إلخ ، فإن سياقها مجتمعة بهذه الصورة قد يوهم بأن ذات الله تعالى وتقدس كلٌّ مركب من أجزاء ، أو جسم مكون من أعضاء ..ولم يعرضها القرآن الكريم ولا الحديث الشريف بهذه الصورة ، ولم يشترط الرسول لدخول أحد في الإسلام أن يؤمن بالله تعالى بهذا التفصيل المذكور .ولم يرد أن الصحابة وتابعيهم بإحسان كانوا يعلمون الناس العقيدة بجمع هذه الصفات .ولكن المسلم إذا قرأ القرآن الكريم ، أو الحديث الصحيح ، وانتهى إلى آية مشتملة على صفة من هذه الصفات ، أو حديث من هذا النوع آمن به كما ورد ، دون تحريف ولا تعطيل ولا تكييف ولا تمثيل ، وبهذا يكون سلفيا حقا .

Lihat pada :

فليس مما يوافق الكتاب والسنة جمعها في نسق واحد يوهم تصور ما لا يليق بكمال الله تعالى ، كما يقول بعضهم : يجب أن تؤمن بأن لله تعالىوجها ، وأعينا ، ويدين ، وأصابع ، وقدما ، وساقا ، .. إلخ ، فإن سياقها مجتمعة بهذه الصورة قد يوهم بأن ذات الله تعالى وتقدس كلٌّ مركب من أجزاء ، أو جسم مكون من أعضاء ..ولم يعرضها القرآن الكريم ولا الحديث الشريف بهذه الصورة ، ولم يشترط الرسول لدخول أحد في الإسلام أن يؤمن بالله تعالى بهذا التفصيل المذكور .
Terjemahannya:
" Maka bukanlah dikira sebagai perkara yang dipersetujui oleh Al-Quran dan As-Sunnah dengan mengumpulnya dalam satu bahagian membawa kepada gambaran yang tidak layak bagi kesempurnaan Allah ta'aal seperti yang dilakukan oleh sebahagian orang mereka mengatakan: Wajib beriman bagi Allah itu wajah, mata, dua tangan, jari, kaki, betis dan lain-lain.
Ini kerana kenyataan seperti ini mengambarkan bagi zat Allah itu bercantuman dengan bahagian-bahagian ataupun ianya membawa kepada Allah itu jisim yang dicantumkan dari anggota-angota. Al-Quran dan Al-Hadith tidak menyatakan gambaran sedemikian dan Rasul tidak pernah mensyaratkan bagi orang yang mahu memeluk islam dia mesti beriman dengan kenyataan tadi ".




Qardawi pun tidak mempersetujuan cara dan jalan serta apa yang dinyatakan seperti Johari Mat.
Subhanallah...betapa jahilnya mereka yang tidak mendalami ilmu akidah sebenar.

Bagi saya, Johari Mat ini yang sering membentang kertas kerja dalam seminar-seminar Wahhabi bertopengkan dengan pelbagai nama demi mengaburi mata orang ramai dan menyerapkan akidah ganjil kepada orang awam..dia bukan hanya tidak memahami hadith Nabi mahupun sifat Allah. Bahkan dia turut memfitnah Imam As-Syafi'e kononnya berakidah sepertinya.
Sedangkan Imam s-Syafi'e rahimahullah tidak pernah berakidah seperti Johari Mat ini!.
Buktinya dalam kitab-kitab Imam As-Syafie dan anak-anak muridnya tidak ternyata seperti yang dinyatakan oleh Johari Mat. Sekalipun ada sandaran perkara tersebut kepada Allah maka ianya bukan sifat bagi Allah yang membolehkan pula kita membahagi-bahagikan sehingga membawa kepada menjisimkan Allah seperti yang telah ditegur oleh Yusuf Qardawi tadi.

Saudaraku seislam.
Perkataan 'Roh' juga disandarkan kepada Allah. Akan tetapi tidak boleh kita mengatakan itu adalah sifat Allah. Tidak boleh kita kata 'Roh' adalah sifat Allah..tidak boleh!
Dalam surah Sod ayat 72 Allah berfirman: " فَإِذَا سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِنْ رُوحِي فَقَعُوا لَهُ سَاجِدِينَ

Lihat: رُوحِي yang diterjemahkan sebagai ' rohKu'.
Adakah disebabkan 'roh' disandarkan kepada Allah oleh diriNya sendiri maka kita mengatakan 'roh' adalah diantara sifat Allah?!!?!

Adakah dengan itu kita juga akan mengatakan antara sifat Allah adalah 'roh' tetapi roh Allah tidak serupa dengan makhlukNya dan tidak boleh takwil??!!
Kalau begitu tiada bezanya kita dengan kristian.

Sekiranya mengikut kaedah Wahhabi maka bolehlah kita mengatakan Allah berroh atau Allah bersifat Roh. Maha suci Allah dari penyifatan orang-orang yang zalim.

Ini hanya sebahagian kesongsangan dan pendustaan oleh Johari Mat terhadap akidah islam dan akidah Imam As-Syafi'e.

Semoga Allah menyelamatkan hambaNya yang sungguh-sungguh mencari kebenaran.

Wallahu musta'aan.
Link to Post - Back to Top  IP: Logged

KHOIRUL KALAM MA QOLLA WADALLA. layari: www.abu-syafiq.blogspot.com
ustazahaqilah
New Ofis Boy
*
member is offline





Joined: Jun 2008
Posts: 11
Karma: 0
 Re: Menyanggah DR. Johari Mat
« Reply #1 on Jun 6, 2008, 5:16am »

Assalamualaikum semua,

Baru-baru ni sy ada terbaca kertas kerja Dr.Johari Mat ni, dalam tu dia kata Aqidah Imam Al-Syafie ' Allah di langit '.Apa komen Tuan?

Link to Post - Back to Top  IP: Logged
born4ghard
CEO
****
member is offline





Joined: Jun 2008
Posts: 219
Karma: 3
 Re: Menyanggah DR. Johari Mat
« Reply #2 on Jun 6, 2008, 10:09am »

ALlah wujud bi la makan
Link to Post - Back to Top  IP: Logged
abu_syafiq
Tok Ketua YDP
**********
member is offline

[avatar]



Joined: Jun 2008
Gender: Male
Posts: 111
Karma: 0
 Re: Menyanggah DR. Johari Mat
« Reply #3 on Jun 7, 2008, 12:24am »


Jun 6, 2008, 5:16am, ustazahaqilah wrote:
Assalamualaikum semua,

Baru-baru ni sy ada terbaca kertas kerja Dr.Johari Mat ni, dalam tu dia kata Aqidah Imam Al-Syafie ' Allah di langit '.Apa komen Tuan?



Assalamu3alaykum.
Sememangnya kertas kerja tulisan Dr. Johari Mat itu ada pada saya. Banyak lagi dalam kertas kerjanya kepalsuan tanpa meneliti secara amanah.

kenyataan yg mendakwa Aqidah Imam Syafie adalah: " Allah Berada Di Langit " atau " Allah Di Langit " atau " Allah Duduk Di Atas Langit "...dan lain2 yang menyandarkan 'tempat' bagi Allah di langit kesemuanya itu adalah tidak benar sama sekali... bahkan ianya adalah satu pembohongan semata-mata serta tidak mempunya sanad sohih lagi palsu.

Berdasarkan kajian ilmiah yang teliti didapati Imam Syafie tidak pernah menyatakan sedemikian. Tetapi pemalsuan keatas aqidah Imam Syafie ini diwar-warkan oleh mereka yang termakan dengan akidah Mujassimah.

Semoga Allah memberi kebenaran aqidah kepada pemalsu aqidah.
Link to Post - Back to Top  IP: Logged

KHOIRUL KALAM MA QOLLA WADALLA. layari: www.abu-syafiq.blogspot.com
hafizinternet
Kerani Rajin
**
member is offline

[avatar]



Joined: Jun 2008
Gender: Male
Posts: 35
Location: Selangor Darul Ehsan
Karma: 0
 Re: Menyanggah DR. Johari Mat
« Reply #4 on Jun 7, 2008, 9:32am »

Teruskan usaha memberi peringatan kepada orang awam ,tahzir dan radd supaya mereka ini dapat dijauhi.Ramai lagi yang terlibat dalam gejala mujassimah ini.Kalau boleh kita listkan supaya masyarakat awam dapat mengambil pengajaran
Link to Post - Back to Top  IP: Logged

Hidup Islam !
islamboy
YDP
******
member is offline





Joined: Jun 2008
Gender: Male
Posts: 60
Karma: 1
 Re: Menyanggah DR. Johari Mat
« Reply #5 on Jun 8, 2008, 3:57am »

Boleh bagi bukti sandara akidah Imam Syafie itu tidak betul?
bagi bukti boleh manfaatkan bersama..
Link to Post - Back to Top  IP: Logged
a8501ution
New Ofis Boy
*
member is offline





Joined: Jun 2008
Gender: Male
Posts: 16
Karma: 0
 Re: Menyanggah DR. Johari Mat
« Reply #6 on Jun 8, 2008, 2:21pm »

Assalamualaikum...


Berkata al-Imam as-Syafi’i (riwayat al-Baihaqi dll), “Barang siapa yang berusaha untuk mengetahui Pengaturnya hingga meyakini bahawa yang dia bayangkan dalam benaknya merupakan Allah, maka dia adalah Musyabbih (orang yang menyerupakan Allah dengan makhluk) dan kafir. Dan jika ia berhenti pada keyakinan bahawa tiada Tuhan, maka dia adalah mu’aththil/atheis (orang yang menolak kewujudan Allah). Dan jika ia berhenti pada keyakinan bahawa pasti ada Pencipta yang menciptanya dan tidak menyerupai-Nya (dengan yang baharu/makhluk) serta mengakui bahawa dia tidak akan membayangkan-Nya, maka dia adalah muwahhid (orang yang mentauhidkan Allah)”.

Imam Syafie juga sepertimana yang diriwayatkan oleh Imam Murtadha Zabidi dalam kitabnya, Ithaf Saadatil Muttaqin pada jilid 2, pada m/s 36, bahawa Imam Syafi’e berkata; “Dalil untuk itu (tiada bagi Allah itu tempat) ialah Allah Taala telah ada dan tempat itu tiada. Kemudian Allah mencipta tempat dan Dia masih lagi dalam keadaan sifat-Nya yang azali (ada tanpa bertempat) sebelum terciptanya tempat”.

Ibn Al‐Mu’allim Al‐Qurasyi (wafat 725H) dalam kitab Najmul Muhtadi menukilkan dari Al‐Qodi Husain bahawa Imam Syafie menyatakan; “Sesiapa beranggapan Allah duduk di atas Arasy maka dia kafir”. Imam Syafie radhiyallahu ‘anhu juga menyatakan “Al‐Mujassim kafir”, yakni “Mujassim (yang mengatakan Allah itu berjisim seperti Wahabi) adalah kafir”. Kenyataan Imam Syafie yang mengkafirkan Mujassimah ini juga telah diriwayatkan oleh Imam Suyuti dalam kitabnya, Al‐Asbah Wa An‐Nazoir, pada m/s 488, cetakan Darul Kutub Ilmiah.



Wallahua'lam...
Link to Post - Back to Top  IP: Logged
nowfast
New Ofis Boy
*
member is offline





Joined: Jun 2008
Posts: 2
Karma: 1
 Re: Menyanggah DR. Johari Mat
« Reply #7 on Jun 10, 2008, 5:14am »

Ada tak dalil daripada Al-Quran dan Hadis yang mengatakan:

"Allah Wujud Bila Makan."

kita selalu mengatakan "Allah Wujud Bila Makan" seolah-olah ia adalah hadis nabi ataupun kata-kata sahabat...

Terkadang saya juga terfikir kenapa Nabi sendiri menggunakan perkataan Tangan, Kaki, Wajah dan sebagainya yang dipegang oleh puak-puak wahabi. Bukankah Nabi di utus untukmenerangkan isi Al-Quran tersebut?

Bahkan ada hadis yg diriwayatkan oleh Muslim yang mengiyakan seorang Jariah berkata Allah di Langit. Dan kata-kata yang paling popular adalah daripada Imam Malik yang berkata: "Istiwa diketahui, bagaimana hakikatnya tidak diketahui, beriman dengannya wajib, menyoal tentangnya bid'ah."

Apakah yang dimaksudkan dengan kata2 Imam malik bahawa Istiwa diketahui begitu juga akan hadis riwayat muslim tersebut? boleh terangkan..
Link to Post - Back to Top  IP: Logged
rawdawi
Ketua YDP
********
Ahli Sunnah Wal Jamaah
member is offline

[avatar]



Joined: Jun 2008
Gender: Male
Posts: 126
Location: KUALA LUMPUR
Karma: 1
 Re: Menyanggah DR. Johari Mat
« Reply #8 on Jun 10, 2008, 10:26am »


Jun 10, 2008, 5:14am, nowfast wrote:
Ada tak dalil daripada Al-Quran dan Hadis yang mengatakan:

"Allah Wujud Bila Makan."

kita selalu mengatakan "Allah Wujud Bila Makan" seolah-olah ia adalah hadis nabi ataupun kata-kata sahabat...

Terkadang saya juga terfikir kenapa Nabi sendiri menggunakan perkataan Tangan, Kaki, Wajah dan sebagainya yang dipegang oleh puak-puak wahabi. Bukankah Nabi di utus untukmenerangkan isi Al-Quran tersebut?

Bahkan ada hadis yg diriwayatkan oleh Muslim yang mengiyakan seorang Jariah berkata Allah di Langit. Dan kata-kata yang paling popular adalah daripada Imam Malik yang berkata: "Istiwa d**etahui, bagaimana hakikatnya tidak d**etahui, beriman dengannya wajib, menyoal tentangnya bid'ah."

Apakah yang dimaksudkan dengan kata2 Imam malik bahawa Istiwa d**etahui begitu juga akan hadis riwayat muslim tersebut? boleh terangkan..


kalam yang menafikan tempat bagi Allah itu diucapkan oleh saidina Ali sendiri

Saidina Ali telah berkata:

كان الله ولا مكان

Maknanya: Allah ada tanpa tempat


Nabi kita juga, telah menafikan tempat bagi Allah, sabda baginda berbunyi:

كان الله ولم يكن شيء غيره

Maknanya: Allah ada dari azali dan tiada sesuatu pun yang bersamaNya.

Riwayat al Bukhari.
Link to Post - Back to Top  IP: Logged

SENYUM ITU SEDEKAH :)
born4ghard
CEO
****
member is offline





Joined: Jun 2008
Posts: 219
Karma: 3
 Re: Menyanggah DR. Johari Mat
« Reply #9 on Jun 10, 2008, 1:05pm »


Quote:
Terkadang saya juga terfikir kenapa Nabi sendiri menggunakan perkataan Tangan, Kaki, Wajah dan sebagainya yang dipegang oleh puak-puak wahabi. Bukankah Nabi di utus untukmenerangkan isi Al-Quran tersebut?


Anda kena perhatikan bagaimana salaf (bukan salafi dan bukan wahabi) mereka ini tidak membincangkan mengenai ayat mutasyabihah, mereka menyerahkan maknanya pada ALlah.

Wahabi pulak lain, mereka membicarakannya, membahaskannya. Sedangkan apabila dikatakan tentang 'tangan ALlah' - yang timbul dalam fikiran kita apa?

Sebab itu lain fahaman salaf yang sebenar dengan apa yang wahabi bawa.

Begitu juga dengan istiwa' - (berkuasa ALlah ta'ala). Wahabi akan menafsirkan ALlah duduk sedemikian dan sedemikian di arasyh.

Ingatlah - arash tuh adalah tempat. Dan tempat itu ALLah yang jadikan. Makhluk itu bertempat. Takkan kita nak samakan ALlah ada bertempat sebagaimana makhluk?

Jadi - Laisa kamithlihi syai;un - ALlah tidaklah sama dengan MakhluKnya dalam apa jua.
« Last Edit: Jun 10, 2008, 1:14pm by born4ghard »Link to Post - Back to Top  IP: Logged
tombek
New Ofis Boy
*
member is offline





Joined: Jun 2008
Posts: 1
Karma: 1
 Re: Menyanggah DR. Johari Mat
« Reply #10 on Jun 10, 2008, 10:03pm »

kata-kata Ibnu Taimiyah,disebutkannya dalam al-Fatawa al-Hamawiyyah m/s 160:
فمن قال : لا أعقل علما ويدا إلا من جنس العلم واليد المعهودين . قيل له : فكيف تعقل ذاتا من غير جنس ذوات المخلوقين ؟ ومن المعلوم أن صفات كل موصوف تناسب ذاته وتلائم حقيقته فمن لم يفهم من صفات الرب الذي ليس كمثله شيء إلا ما يناسب المخلوق فقد ضل في عقله ودينه
"Maka siapa yg berkata: "Saya tidak memahami 'ilmu dan tangan kecuali dari jenis ilmu dan tangan yg telah dikenal. Dikatakan kepadanya: lantas, bagaimana kamu memahami dzat yg bukan dari jenis dzat makhluk? Dan dari yg telah ma'lum bhw sifat-sifat bagi setiap yg disifati sesuai dengan dzatnya dan cocok dengan hakikatnya. Maka siapa yg memahami sifat-sifat Rabb yang tidak ada apapun yg menyerupainya kecuali dengan pengertian yg sesuai dengan makhluk, maka sesungguhnya ia telah sesat dalam akal dan agamanya."
Link to Post - Back to Top  IP: Logged
tombek
New Ofis Boy
*
member is offline





Joined: Jun 2008
Posts: 1
Karma: 1
 Re: Menyanggah DR. Johari Mat
« Reply #11 on Jun 10, 2008, 10:06pm »

imam Muhammad bin Ishaq bin Khuzaimah –lebih dg dikenal dgn Ibnu Khuzaimah,Beliau dalam Kitab al-Tauhiid wa Itsbaat shifaati al-Rabbi 'Azza wa Jalla, dalam Bab Dzikr Itsbaat Wajh lillah, m/s. 10-11:
فنحن وجميع علمآء ئنا من أهل الحجاز وتمامة واليمن والعراق والسام ومصر نثبت لله ما أثبته الله لنفسه ونقربذالك بألسنتنا ونصدق بذالك قلوبنا من غير أن نشبه وجه خالقنا بوجه أحد من المخلوقين وعز ربنا عن أن نشبهه بالمخلوقين وحل ربنا عن مقالة المعطلين وعز عمن يكون عدما كما قاله المبطلون لأنه ما لاصفة له تعالى عما يقول الحهميون الذي ينكرون صفات خالقنا الذي وصف الله بما نفسه في محكم تنزيله وعلى لسان نبيه محمد صلى الله عليه وسلم
" Kami dan semua ulama-ulama kami, dari Hijaz, Tamamah, Yaman, Iraq, Syam, dan Mesir menetapkan bagi Allah apa-apa yg telah Dia tetapkan bagi diri-Nya dan kami mengakuinya dengan lisan kami, dan membenarkannya dengan hati kami tanpa kami menyerupai wajah Pencipta kami dg wajah seorangpun dari makhluk dan Maha Mulia Rabb kita dari menyerupakan-Nya dengan makhluk dan dari apa yg dikatakan oleh kaum mu'aththilah dan dari orang meniadakannya sebagaimana yg dikatakan oleh kaum mubthiluun (orang-orang bathil) dan yg dikatakan oleh Jahmiyah yg mengingkari sifat-sifat Pencipta kita, karena tidak mensifati bagi Allah Ta'ala dengan apa yg telah Dia sifati diri-Nya pada yg telah diturunkan-Nya (al-Qur`an) dan atas lisan nabi-Nya, Muhammad shallallahu 'alahi wa sallam."
Link to Post - Back to Top  IP: Logged
tombek
New Ofis Boy
*
member is offline





Joined: Jun 2008
Posts: 1
Karma: 1
 Re: Menyanggah DR. Johari Mat
« Reply #12 on Jun 10, 2008, 10:12pm »

Adapun Imam Malik.. maka telah diriwayatkan dari Abdullah bin Ahmad bin Hanbal dalam al-Radd 'ala al-Jahmiyah: "Ayahku –yakni Imam Ahmad- meriwayatkan kepadaku -kemudian menyebutkan sanadnya dari- Abdullah bin Nafi, Dia berkata: "Malik bin Anas mengatakan bhw Allah di langit, sedangkan ilmu-Nya ada disetiap tempat, tidak lepas dari-Nya seseuatu apapun." (Dikeluarkan oleh Abdullah dalam al-Sunnah m/s. 5), Abu Daud dalam Masaa`il (m/s. 263), al-Ajiri (m/s. 279), al-Laalika`I (I/92/2). Rangkaian sanadnya shahih dan dipakai sebagai dalil oleh Imam Ahmad dalam riwayat milik al-Ajiri)
Link to Post - Back to Top  IP: Logged
tombek
New Ofis Boy
*
member is offline





Joined: Jun 2008
Posts: 1
Karma: 1
 Re: Menyanggah DR. Johari Mat
« Reply #13 on Jun 10, 2008, 10:29pm »

Selanjutnya perkataan Imam Ibnu Qudamah al-Maqdisi dalam Itsbaat Shifat al-'Uluw m/s 166 berkata:
أخبرنا أبو بكر عبد الله بن محمد (قال) ، أنبأنا أبو بكر أحمد بن علي، أنبأ هبة الله بن الحسن، أنبأ محمد بن عبيد الله بن الحجاج، أنبأ أحمد بن الحسن، ثنا عبد الله بن أحمد، أنبأ أبي، ثنا سريج بن النعمان، قال: حدثني عبد الله بن نافع قال: قال مالك: الله في السماء، وعلمه في كل مكان لا يخلو منه شيء.
"Telah memberitahukan kepada kami, Abu Bakr Abdillah bin Muhammad, berkata telah memberitakan kepada kami, Abu Bakr Ahmad bin 'Ali, telah memberitakan kepada kami Habbatullah bin al-Hasan, membertakan kepada kami, Muhammad bin 'Ubadillah bin al-Hajaj, telah memberitahukan Ahmad bin al-Hasan, telah menceritakan kepada kami, Abdullah bin Ahmad, telah memberitahukan Ayahku, telah menceritakan kepada kami, Suraij bin al-Nu'man, berkata, telah menceritakan kepadaku, Abdullah bin Nafi', ia berkata: Malik telah berkata: "Allah itu ada diatas langit, dan 'ilmu-Nya ada disetiap tempat, tidak terlepas darinya sesuatu."

bu 'Umar bin 'Abd. al-Barr menyebutkan dalam al-Tamhiid juga menyebutkan kelanjutan perkataan beliau, dari ibnu Nafi', ia berkata:
وقيل لمالك { الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى} كيف استوى فقال مالك رحمه الله تعالى استواؤه معقول وكيفيته مجهولة وسؤالك عن هذا بدعة وأراك رجل سوء "

"dan ditanyakan kepada Malik: "Al-Rahmaan istiwa diatas 'arsy", bagaimana istiwa? Maka Malik rahimahullah berkata: Istiwa-Nya adalah sesuatu yg telah ma'quul (diketahui) dan bagaimana caranya adalah sesuatu yg majhul (tidak diketahui) dan pertanyaanmu ttg hal ini adalah bid'ah. Dan aku melihatmu seorang yg buruk."

Sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam dari hadits Abu Sa'id:
ألا تأمنوني وأنا أمين من في السمآء؟ يأتيني خير السمآء صباحا ومسآء
"Apakah kalian tidak mempercayaiku padahal aku adalah kepercayaan Dzat yg di langit? Berita langit datang kepadaku pagi dan ptg." (Muttafaq 'alaihi).

Didalam Tarjamah (biografi) al-Imam al-Lughawi Ibnu 'Arabi:

أن رجلا قال أمامه مفسرا الاستواء معناه : استولى . فقال له الإمام : اسكت العرب لا تقول للرجل : استولى على الشيء حتى يكون له فيه مضاد فأيهما غلب قيل : استولى . والله تعالى لا مضاد له.
"Seorang laki-laki berkata menafsirkan makna istiwa adalah istaula (berkuasa). Maka berkata (Ibnu 'Arabi): Diam kau! Orang arab tidaklah mengatakan bagi seseorang istaula (berkuasa) terhadap sesuatu hingga ia mempunyai lawan. Yang memenangkan pertarungan itu dikatakan: istaula (berkuasa). Sedangkan Allah Ta'ala tidak ada bagi-Nya lawan."

Didalam Syarh al-'Aqiidah al-Ashfahanyyah m/s 28:
مثل ما ذكره الخلال وغيره عن إسحاق بن راهويه حدثنا بشر بن عمر قال: سمعت غير واحد من المفسرين يقول: "الرحمن على العرش استوى أي ارتفع".
وقال البخاري في صحيحه قال أبو العالية: "استوى إلى السماء ارتفع" وقال مجاهد: "استوى علا على العرش" وقال البغوي في تفسيره: قال ابن عباس وأكثر مفسري السلف: "استوى إلى السماء ارتفع إلى السماء" وكذلك قال الخليل بن أحمد وروى البيهقي عن الفراء: "استوى أي صعد"
"…contohnya adalah apa yg disebutkan oleh al-Khalal dan selainnya dari Ishaq bin Rahawaih, menceritakan kepada kami, Bisyr bin Umar, berkata, aku mendengar lebih dari seorang mufassir yg berkata: al-Rahmaan istiwa di atas 'arsy. Istiwa yakni irtafa'a (naik). Berkata al-Bukhari dalam shahihnya, berkata Abu al-'Aliyah: Dia istiwa ke atas langit yaitu irtafa'a (naik)" dan berkata Mujahid: istiwa adalah 'alaa (tinggi) diatas 'arsy". Dan berkata al-Baghawi dalam tafsirnya: berkata Ibnu Abbas dan kebanyakan mufassir dari salaf: istiwa keatas 'arsy adalah naik keatas langit" dan demikan pula yg dikatakan al-Khalil bin Ahmad dan diriwayatkan oleh al-Baihaqy dari al-Fara`: istiwa yakni naik".
Demikianlah dan ini pula yg menjadi metode Ibnu Taimiyah dalam berbicara, sebab dalam menyampaikan perkataannya beliau selalu mendahului perkataan salaf dan ulama-ulama ahli sunnah sebelumnya, jadi sangat aneh kalau ada yg menghina beliau tanpa dapat menukilkan ucapan beliau secara lengkap.
Link to Post - Back to Top  IP: Logged
islamboy
YDP
******
member is offline





Joined: Jun 2008
Gender: Male
Posts: 60
Karma: 1
 Re: Menyanggah DR. Johari Mat
« Reply #14 on Jun 11, 2008, 7:13am »

TOM TOM BEK..kebanyakan yg hang tulis di atas hang copy paste dari Rasul Dahri Wahhabi yg dihentam oleh Dr Mohd Asri sbb samakan Allah dgn makhluk.

maka ianya tertolak...hehe
Link to Post - Back to Top  IP: Logged
jiwamadani
New Ofis Boy
*
member is offline





Joined: Sept 2008
Gender: Male
Posts: 4
Karma: 0
 Re: Menyanggah DR. Johari Mat
« Reply #15 on Sept 16, 2008, 8:34pm »

sori mencelah....

apa yang disanggah oleh dr maza tentang rasul dahri? sila bagitau secara spesifik, saya dah baca yang di post diatas, adakah semua hadis2 tu anda tolak walaupun sahih?

sabda nabi mafhumnya: terimalah berita walaupun dari hamba sahaya hitam dari habsyah.

kalau benda tu benar, kenapa perlu tolak?
Link to Post - Back to Top  IP: Logged
abu_syafiq
Tok Ketua YDP
**********
member is offline

[avatar]



Joined: Jun 2008
Gender: Male
Posts: 111
Karma: 0
 Re: Menyanggah DR. Johari Mat
« Reply #16 on Oct 30, 2008, 7:53am »

Ditolak kerana Wahhabi menetapkan tempat bg Allah.
Sekejap kata tempat Allah dilangit, kemudian Allah atas 'arasy pula, kemudian dalam langit pula..berubah-rubah akidah Wahhabi. kerana itu ditolak.
Link to Post - Back to Top  IP: Logged

KHOIRUL KALAM MA QOLLA WADALLA. layari: www.abu-syafiq.blogspot.com
elsahl
New Ofis Boy
*
member is offline





Joined: Oct 2008
Gender: Male
Posts: 17
Karma: 0
 Re: Menyanggah DR. Johari Mat
« Reply #17 on Nov 3, 2008, 5:53am »

rasul dahri dan asri 2 x sekepala ke?
Link to Post - Back to Top  IP: Logged
elsahl
New Ofis Boy
*
member is offline





Joined: Oct 2008
Gender: Male
Posts: 17
Karma: 0
 Re: Menyanggah DR. Johari Mat
« Reply #18 on Nov 3, 2008, 5:55am »

boleh x terangkan kaedah takwil ini, adakah ia dimestikan atau bagaimana?
Link to Post - Back to Top  IP: Logged
sufimelayu
New Ofis Boy
*
member is offline





Joined: Aug 2009
Gender: Male
Posts: 6
Karma: 0
 Re: Menyanggah DR. Johari Mat
« Reply #19 on Aug 28, 2009, 5:23am »

saya puji sikap abu_Syafiq yang berani menyanggah Dr Johari Mat, namun saya harap abu-Syafiq juga berani menyanggah mb nik aziz kerana dia juga berfahaman wahhabi. Cuba lah abu syafiq teliti fahaman nik aziz ni semuanya liberal.

Sekarang ulama seperti Tok selehor, Hj Abdul Rahman Wakaf Baharu dan sezaman dengan nya sudah tiada...sebab itulah nik aziz bermaharajalela dengan dakyah dan fahaman liberalisme nya yang memporak perandakan aqidah manusia. Rakyat kelantan sudah buta agama, fahaman syiah dan wahhabi terus bermaharajalela di kelantan. Kini fahaman agama yang mantap dan sebenar kian terhakis di kelantan.

Apa yang difahami oleh rakyat kelantan amnya, PAS itu ISLAM, ISLAM ITU PAS...sebab itulah setiap kali berlangsungnya pilihanraya para perayu undi sering menjual tiket syurga pada masyarakat. Golongan Ustaz lulusan al-azhar dan universiti tempatan turut menyokong idea ini kerana pengeluar tiket syurga tak lain tak bukan nik aziz.

KENAPA...? sedang kan org yg tk faham aqidah sebenar mana mungkin ke syurga....ini lah sikap mereka yang bergelar ustaz dan ulama.....sanggup mempergunakan agama demi kepentingan sendiri, tetapi ungkapannya menampakkan mereka membela agama...

Nik Aziz membenarkan syiah dan wahhabi berleluasa...BENARLAH KATA HJ ABDUL RAHMAN WAKAF BARU SUATU KETIKA DAHULU : "NIK AZIZ SEPATUTNYA DIBUANG DAERAH".
Link to Post - Back to Top  IP: Logged
harriemaulana
New Ofis Boy
*
member is offline





Joined: Nov 2009
Gender: Male
Posts: 4
Karma: 0
 Re: Menyanggah DR. Johari Mat
« Reply #20 on Nov 10, 2009, 9:49am »

Ramai orang hari ini hanya pandai berkata-kata tentang hal ketuhanan tetapi haqiqatnya langsung tidak kenal Tuhan... mereka hanya tahu tuhan melalui logik aqal mereka semata-mata tetapi tidak sekali-kali di hati... ketahuilah wahai sekalian manusia, selagi ALLah Azza Wa Jalla tidak kurniakan Musyahadah dan Muraqqobah kepada seseorang hamba itu maka tak guna seduit pun, walau ia memiliki segedung ilmu tetapi padanya hanyalah maklumat yang diadaptasi daripada orang lain semata-mata.

Selagimana kita mengatakan yang diri kita ini benar maka itulah haqiqat kepada kebathilan... yang benar hanya dari ALLah dan rasulNya sahaja.

WaLLahu'alam.



~ Hamba yang berdosa ~
« Last Edit: Nov 10, 2009, 10:04am by harriemaulana »Link to Post - Back to Top  IP: Logged

إلـهى أنت مقصودى ورضاك مطلوبى
   [Search This Thread][Send Topic To Friend] [Print]

Google
Webal-islam.proboards.com
Click Here To Make This Board Ad-Free


This Board Hosted For FREE By ProBoards
Get Your Own Free Message Boards & Free Forums!