Al-quran yang sebenar « Thread Started on Aug 16, 2008, 4:00am »
Assalamualaikum
Ini adalah penerangan secara ringkas ....
surah 54 : ayat 22 Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al Quran untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran?
Al-quran itu bicara tentang ilmu . ALLAH tanya adakah orang yang mengambil ilmu .
Dimana al-quran itu yang sebenarnya ?
surah 29 : ayat 49 Sebenarnya, Al Quran itu adalah ayat-ayat yang nyata di dalam dada orang-orang yang diberi ilmu. Dan tidak ada yang mengingkari ayat-ayat Kami kecuali orang-orang yang zalim.
surah 2 ayat 185 : ini ada sebahagian daripada maksudnya
bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil).
Di jelaskan disini bahawa al-quran itu terdiri daripada 3 faktor .
Ianya merupakan satu proses pembelajaran yang dilaksanakan oleh manusia .
surah 16 :ayat 78 Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.
ALLAH kurniakan kita pendengaran , penglihatan dan hati . Apa gunanya ?
surah 7 : ayat 204 Dan apabila dibacakan Al Quran, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat.
Kita hendak pergi ke KL , lalu depan petunjuk jalan [ petunjuk] " KL 50km " . Bagaimana hendak tahu betul tau tidak ? . Kita pun teruslah pergi ke KL [ pembuktian ] Bila dah sampai 50Km baru la kita tahu betul atau tidak maklumat petunjuk jalan itu [ pembeza ]
contoh lain :
Dalam al-quran ada mengatakan jangan solat ketika mabuk [petunjuk - pendengaran] Macam mana nak buktikan ? Pergi cari tengok [ pembuktian - penglihatan ] dibumi ALLAH ini . Dah tengok baru la kita dapat membezakan [pembeza- hati ] buruk baik keadaan orang mabuk itu solat
Barulah al-quran itu didalam dada orang-orang berilmu .
Al-quran adalah untuk manusia dan manusialah yang melaksanakan proses al-quran itu = melaksanakan perintah ALLAH .
Fikirkan :
1-Anda pergi kerja lalu jalan yang sama setiap hari. Masa pergi dan balik anda nampak ada seorang hamba ALLAH duduk bawah petunjuk jalan dah kerja dia baca petunjuk jalan [ petunjuk ] itu sepanjang masa . Apakah yang anda fikirkan ? orang tu gila , kurang siuman atau sesat ?
2-Adakah ini sama dengan keadaan manusia yang hanya membaca kitab ALLAH [ petunjuk ] tapi tidak melaksanakannya [ pembuktian , pembezaan ] ? ada orang itu gila , kurang siuman atau sesat ?
3-Itu pun kalau dia baca , bagaimana jikalau sentuh kitab pun tidak pernah ? orang itu gila atau sesat atau kedua-duanya ?
Renungkan ini pula -
surah 25 : ayat 24 atau apakah kamu mengira bahwa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami. Mereka itu tidak lain, hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat jalannya (dari binatang ternak itu).
surah 7 : ayat 179 Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.
Bagaimana keadaan haiwan ternakkan itu ? contoh lembu :
Lembu bagi makan dan sampai masa susunya diperah , dibawa meragut rumput di kawasannya, selesai semuanya pulang ke kandang semula setiap hari benda yang sama berulang . Cukup umur pengawan buat anak dan anak itu pun ikut sama seperti rutin ibu bapanya .
Manusia pagi bangun , pergi kerja ,balik rumah bersantai lepas itu tidur . Setiap hari benda yang sama dibuat . Lepas itu kahwin , dapat anak dan anak itu buat apa ?
Fikirkanlah wahai anda...
-Sedangkan hanya kerana lalai sahaja sudahpun menjadi isi neraka , belum lagi kita buat maksiat menambahkan dosa .
-Dimanakah al-quran anda sekarang ? betulkah berada dalam dada anda .
-Adakah manusia sekarang ini sesat atau lebih sesat dari haiwan ? Ada nampak haiwan rogol manusia ? Ada nampak haiwan buang anak ? Siapa yang buat semua itu ? kebanyakannya orang melayu = orang islam .
-Malaysia negara islam ada judi halal dekat genting highland . Ada jabatan agama islam pergi banteras ?
-Sibuk orang kata Malaysia negara islam ? Kenapa ada gudang arak besar dan sihat di Shah Alam .
Ini adalah secara ringkas sahaja belum lagi jikalau anda mendalami ilmu al-quran itu sendiri . Al-quran datang dari ALLAH maka itu ilmu ALLAH , ilmu daripada MAHA BIJAKSANA DAN MAHA MENGETAHUI .
Saya memohon maaf sekiranya terdapat kesilapan memandangkan saya orang baru dan bersyukur dapat al-quran pada usia yang muda .
Re: Al-quran yang sebenar « Reply #1 on Aug 17, 2008, 2:47am »
Assalamualaikum...
Pertama... diharapkan tuan emperor95 dpt menyertakan sekali tafsiran ayat2 al-Quran yg tuan hamba paparkan (kitab ape, sape pengarang, cetak mane, juzuk bape, ms bape) supaya diketahui oleh penghuni2 blog bahwa yg mana tafsiran drpd anta sendiri dan yg mana tafsiran drp ulama'2 tafsir yg muktabar. Ayat al-Quran x leh tafsir sebarang beb...
Kedua... Nabi bersabda dlm hadith yg masyur dan sahih yg memerintahkan kita untuk tidak membelot dari khalifah kecuali jika sampai melakukan kekufuran:
"Dan kita akan tidak menentang pemegang penguasa, kemudian Nabi bersabda: kecuali kamu melihat kekufuran yg nyata (darinya)" (HR Bukhari Muslim).
Syeikh al-Hafidz an-Nawawi menjelaskan maksud hadits di atas dgn komentarnya (dlm Syarah Sohih Muslim, Juz12, hlm 229): "Janganlah kamu menentang kekuasaan pemerintah dan janganlah melawan mereka kecuali jika kamu melihat kemungkaran yg nyata dari sudut pandangan kaidah2 Islam. Bila kamu lihat kemungkaran maka ingkarlah dan katakanlah yg benar semampu kamu. Melakukan pembelotan dan perlawanan hukumnya adalah haram secara ijma', meskipun mereka adalah orang2 fasik yg zalim".
Re: Al-quran yang sebenar « Reply #2 on Aug 17, 2008, 5:06am »
Waalaikumusalam..
Pertama : Ada satu jenis kitab sahaja yang digunakan oleh umat Islam pada hari ini . Al-quran yang mengandungi maksud atau terjemahan tetap sama seperti ayat- ayat al-quran yang asli dari segi ertinya .
Sejarah pentafsiran , ada 10 tokoh yang mahir akan bahasa arab serta berpengetahuan luas tentang islam dan mereka ini duduk semeja dalam usaha menterjemahkan ayat-ayat dalam kitab itu kepada bahasa kita + sedikit bahasa indonesia . Mereka itu berusaha selama 12 tahun untuk menterjemahkan ayat-ayat al-quran itu .[ringkasan jikalau mahu akan saya terangkan ]
Biasanya bila al-quran yang mengandungi terjemahannya akan dicetak ayat yang asli[bahasa arab ] diatas dan terjemahannya dibawah . Saya belum jumpa lagi kitab al-quran yang mengandungi terjemahannya sahaja jikalau yang asli itu ya banyak terdapat dimana-mana .
Bagi surah dan ayat . Biasanya bagi kitab al-quran ada nama bagi surah dan angka bagi barisan ayat dalam surah . Bagi kitab al-quran yang ada terjemahan biasanya ada nombor pada surah .
Contoh : saya ada gunakan surah 2 : ayat 185 . jikalau kita lihat surah kedua dalam kitab al-quran ialah surah al-baqarah . Ayat 185 pula bermaksud maksud bagi ayat yang ke-185 didalam surah itu .
Saya gunakan :
Surah 54 = surah Al Qamar Surah 29 = surah Al Ankabuut Surah 16 = surah An Nahl Surah 7 = surah Al A'raaf Surah 25 = surah Al Furqaan
Jikalau anda mahu membuktikan [ bainat = pembuktian ] buka la kitab al-quran yang ada ayat-ayat yang asli sahaja [ bahasa arab ] dan kira serta pastikan yang surah yang saya nyatakan itu berada pada susunan surah yang ke berapa dan adakah letaknya itu betul atau pun saya ini main letak sahaja nombor pada surah itu .
Ini betulkan saya sekiranya saya silap : Semua kitab al-quran yang mengandungi terjemahan ayat-ayatnya adalah sama walaupun pengarangnya berbeza . Apa yang beza adalah pendapat pengarang itu sahaja . Ayat -ayat kitab al-quran serta terjemahannya tetap sama sebab ianya dipanggil terjemahan bukannya tafsiran .
Contoh :
One terjemahan dalam bahasa melayu satu . Bunyi lain tapi maksud sama .Tafsiran itu lain , cuba buka kamus dewan bahasa dan pustaka cari maksub bagi terjemah dan tafsir .
Pernah dengar terjemahan mimpi ? atau tafsir mimpi . Tafsir tu macam kurang pasti atau mengagak .. lebih kurang la tu
Kedua : Berkaitan dengan hadith . Ianya adalah kata-kata dan pesanan nabi Muhammad kepada kita umatnya . Jikalau kita tahu bahawa nabi Muhammad itu telah lama wafat . Jadi kebarangkalian hadith itu paslu adalah tinggi . Saya tidak ada sebarang komen memandangkan saya tidak tahu akan hal-hal hadith ini .
surah 17 [ surah Al Israa' ] ayat 36
Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.
tetapi saya tidak menolaknya sebagai contoh saya membenarkan hadith Nabi Muhammad . Saya berpegang kepada pesannya ini .
" Kutinggalkan kamu 2 perkara taklah kamu sesat selama-lamanya , selama kamu berpegang kepada keduanya iaitu kitabullah dan sunnah rasulnya . "
Re: Al-quran yang sebenar « Reply #4 on Oct 2, 2008, 6:13am »
bismillah.emperor... untuk menilai satu hadis sahih atau tidak sahih,maka sesuatu hadis itu antara caranya ialahdengan dilihat sanadnya.Apa ada perawi yang dhaif,atau matruk dan sebagainya. Oleh sebab itulah para ulamak mengatakan ilmu sanad itu sebahagian dari agama. Karena dengan cara itulah para ulamak memilah-milah hadis mana yang shahih dan mana yang palsu.....tujuannya....untuk amalan kita seharian agar ibadat kita benar 2 murni dari rasulullah.........dan Insyaallah ini akan memberikan kesan kehati kita dan pahala kita,kerana amalan kita murni dari rasulullah dan bukannya nukilan semata2 wallahua'lam