AL-ISLAM
« Istilah-istilah Dalam Ulumul Hadith »

Welcome Guest. Please Login or Register.
Dec 16, 2009, 6:17pm




AL-ISLAM :: General :: Al-Hadith :: Istilah-istilah Dalam Ulumul Hadith
   [Search This Thread][Reply] [Send Topic To Friend] [Print]
 AuthorTopic: Istilah-istilah Dalam Ulumul Hadith (Read 83 times)
born4ghard
CEO
****
member is offline





Joined: Jun 2008
Posts: 219
Karma: 3
 Istilah-istilah Dalam Ulumul Hadith
« Thread Started on Aug 23, 2009, 11:37pm »
[Quote]



Penulis :
Ustaz Mohammad Elias

1. الحديث al- Hadis ialah pekara yang disandarkan kepada Nabi sama ada perkataan, perbuatan, mengaku Nabi (seperti diam Nabi) atau sifat Nabi.

2. الخبر al- Khabar, dan hadis sama makna. Ini mengikut pendapat yang sahih.

Pendapat yang lain menyatakan perbezaan antara keduanya, maka al- Hadis pekara yang datang dari Nabi, manakala al-khabar pekara yang datang dari orang lain.

3. الأثر al-Asar maknanya adalah sama dengan hadis mengikut pendapat yang muktamad.

Pendapat yang lain mengatakan asar ialah hadis yang maykuf (hadis yang disandar kepada sahabat Nabi).

4. السنة al-Sunah juga sama makna dengan hadis mengikut setengah pendapat ulama.

Pendapat yang lain mengatakan bahawa hadis tertentu pada ucapan Nabi dan perbuatannya sedangkan sunah terlebih umum dari itu.

5. المتن al-Matan iaitu ucapan yang berada di akhir sanad.

6. السند al-Sanad jalan yang sampai ke pada matan yakni nama perawi yang disebut sehinga kepada matan.

7. الإسند al-Isnad ialah menyatakan siapakah yang meriwayat kan sesuatu hadis itu.

Pendapat yang lain mengatakan bahawa isnad sama makna dengan sanad.

8. المسند al-musnid dibaca dengan baris bawah nun (ن ) iaitu mereka yang meriwayatkan hadis dengan menyebutkan sanadnya.

9. المسند al-musnad dibaca dengan baris diatas nun (ن) ialah kitab yang menghimpunkan di dalamnya hadis yang diriwayat oleh seorang sahabat Nabi atau lebih dari itu, seperti Musnad Imam Ahmad b Hambal dan musnad juga dikatakan sanad, dan juag dikatakan jenis-jenis hadis.

10. المحدث al-Muhdis ialah mereka yang menghafal banyak hadis dan mereka mengetahui adil perawi dan tidak adilnya.

Yang dikehendaki adil di sini ialah adil riwayat bukan adil pada menjadi saksi.

11. الحافظ al-Hafiz ialah mereka yang menhafal seratus ribu hadis dengan sanadnya sekali.

12. الحجة al-Hujah ialah mereka yang menghafal tiga ratus ribu hadis dengan sanadnya sekali.

13. الحاكم al-Hakim ialah mereka yang menguasi sunah.


Sumber : Http://AlMalakawi.Wordpress.Com
Link to Post - Back to Top  IP: Logged
   [Search This Thread][Reply] [Send Topic To Friend] [Print]

Google
Webal-islam.proboards.com
Click Here To Make This Board Ad-Free


This Board Hosted For FREE By ProBoards
Get Your Own Free Message Boards & Free Forums!