AL-ISLAM
« Search Results »

Welcome Guest. Please Login or Register.
Dec 16, 2009, 6:18pm




AL-ISLAM :: Search Results
30 Most Recent Posts30 Results Found

Result 1 of 30:
   [Search This Thread][Send Topic To Friend] [Print]
 AuthorTopic: ALLAH EXISTS WITHOUT A PLACE (Read 308 times)
ammal09
New Ofis Boy
*
member is offline





Joined: Nov 2009
Gender: Male
Posts: 8
Karma: 0
 Re: ALLAH EXISTS WITHOUT A PLACE
« Result #1 on Dec 5, 2009, 10:31am »

Telah berkata Imam Malik Bin Annas:

“Allah berada di langit sedangkan ilmu-Nya di tiap-tiap tempat dan tidak tersembunyi sesuatupun dari-Nya.”

Telah berkata imam as-syafi’e:

“Dan Allah di atas ‘arsy-Nya di atas langit-Nya.”

Telah berkata Imam Ahmad:

“Benar! Allah di atas ‘arsy-Nya dan tidak sesuatupun yang tersembunyi dari pengetahuan-Nya.”

Telah berkata imam at-Tirmidzi:

“Telah berkata ahli ilmu: Dan Ia (Allah) di atas ‘arsy sebagaimana Ia telah menetapkan diri-Nya.”

(Rujukan daripada Kitab al-‘Uluw, oleh Imam az-Zhahabi)

Telah berkata imam Ibnu Khuzaimah:

“Barangsiapa yang tidak menetapkan sesungguhnya Allah di atas ‘arsy-Nya Ia istiwa’ di atas tujuh langit-Nya, maka ia telah kafir dengan Tuhan-Nya (setelah hujah ditegakkan)... (Sahih, dikeluarkan oleh al-Hakim di dalam kitabnya Ma’rifah ‘ulumil-Hadits, halaman 84)

Telah berkata Sheikhul Islam imam Abdul Kadir Jailani:

“Tidak boleh mensifatkan-Nya bahawa Ia (Allah) berada di tiap-tiap tempat (Allah di mana-mana). Bahkan wajib mengatakan, “Sesungguhnya Ia di atas langit (iaitu) di atas ‘arsy-Nya sebagaimana Ia telah berfirman: “ar-Rahman di atas ‘arsy, Ia istawa’”, di dalam surah Thoha, ayat ke 5.” (Fatwa Hamawiyyah Kubra, halaman 87)

Berikut pula saya membawakan kata-kata ibnu Katheer di dalam tafseernya, yang mana mentafsirkan ayat “summas tawa ‘alal ‘arsy (ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ)” sebagai di bawah (petikan di bawah).

Berikut kita lihat kata-kata Al-Hafidz Ibnu Katsir Rahimahullah:

“Adapun firman-Nya:

“Kemudian Dia bersemayam di atas ‘arsy. (al-a’raaf: 54)

Orang-orang mempunyai berbagai pendapat dalam permasalahan ini dan sekarang bukanlah tempatnya untuk membahasnya secara luas, namun dalam perkara ini, kita menempuh mazhab para salafus-Soleh seperti imam Malik, al-Auza’i, ats-Tsauri, al-Laits bin Sa’ad, as-Syafi’e, Ahmad bin Hanbal, Ishaq bin Rahawaih dan lain-lain dari kalangan para imam kaum muslimin, baik yang dahulu mahupun yang sekarang, iaitu membiarkan sebagaimana datangnya tanpa takyif, tasybih dan ta’thil. Apa yang terbersit (tergambar) di dalam benak fikiran orang-orang Musyabbih (yang menyamakan sifat Allah dengan makhluk-Nya) tidak terdapat pada Dzat allah s.w.t., sebab Allah sedikitpun tidak sama dengan makhluk-Nya. Allah berfirman (maksudnya):

“Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia dan Dialah yang maha mendengar lagi Maha melihat.” (as-Syuura: 11)

Bahkan perkara ini sebagaimana yang dikatakan oleh salah seorang imam yang bernama Nu’aim bin Hammad al-Khuza’i, guru kepada imam al-Bukhari: “Barangsiapa yang menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya, maka dia telah kafir. Barangsiapa yang mengingkari apa yang telah disifatkan Allah terhadap Dzat-Nya, maka ia telah kafir. Apa yang Allah sebutkan tentang sifat-sifat-Nya dan yang Rasulullah s.a.w. sebutkan tentang sifat-sifat Allah tidak merupakan tasybih (penyerupaan Allah dengan Makhluk). Barangsiapa yang menetapkan untuk allah apa yang dengan jelas telah tercantum dalam ayat dan hadith-hadith sahih yang sesuai engan kemulian Allah serta menafikan dari Dzat Allah semua sifat kekurangan, bererti ia telah menempuh jalan petunjuk.” (Tafseer al-‘Azim, Ibnu Kather)

Jelaslah bahawa, hakikat-nya para imam itu sendiri seperti ibnu Katheer, as-Syafi’e, imam Ahmad bin Hanbal, imam Malik, dan lain-lain adalah bersama para salaf dalam menyatakan bahawa Allah itu bersemayam di ‘arsy selaras dengan keagungan-Nya tanpa ta’wil dan ta’til.
هَؤُلاءِ قَوْمُنَا اتَّخَذُوا مِنْ دُونِهِ آلِهَةً لَوْلا يَأْتُونَ عَلَيْهِمْ بِسُلْطَانٍ بَيِّنٍ فَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرَى عَلَى اللَّهِ كَذِبًا
“maka tidak ada Yang lebih zalim dari orang-orang yang berdusta terhadap Allah.” (al-Kahfi: 15)

Dikumpulkan & Disusun oleh:
Nawawi – http://an-nawawi.blogspot.com

Rujukan:

1 - Kitab al-Ibaanah al-usul ad-Diyanah, Imam Abu Hasan al-Asy’ary.
2 - Kitab ‘Aqidah Shahih Penyebab Selamatnya Seorang Muslim, al-Hafizd Abu Bakar al-Humaidi, Pustaka Imam as-Syafi’e, Indonesia.
2 - al-‘Aqidah at-Thahawiyyah, imam Abu Jaafar at-Thahawi.
3 - al-‘Uluw, al-imam az-Zhahabi.
4 - Fatwa Hamawiyyah Kubra, Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah.
5 – Tafseer Ibnu Katheer, e-Book Terbitan Darussalam (english version).
6 – at-Tauhid Lish-Shafil Awwal al-'Ally, Sheikh Dr. Soleh Fauzan Bin Fauzan Bin Abdullah al-Fauzan.

Link to Post - Back to Top  IP: Logged


Result 2 of 30:
   [Search This Thread][Send Topic To Friend] [Print]
 AuthorTopic: ALLAH EXISTS WITHOUT A PLACE (Read 308 times)
ammal09
New Ofis Boy
*
member is offline





Joined: Nov 2009
Gender: Male
Posts: 8
Karma: 0
 Re: ALLAH EXISTS WITHOUT A PLACE
« Result #2 on Dec 5, 2009, 10:31am »

kamu, lalu bergegarlah bumi itu Dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)?” (al-Mulk: 16)
يُدَبِّرُ الأمْرَ مِنَ السَّمَاءِ إِلَى الأرْضِ ثُمَّ يَعْرُجُ إِلَيْهِ فِي يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُ أَلْفَ سَنَةٍ مِمَّا تَعُدُّونَ
“Allah mentadbirkan segala urusan dari langit ke bumi; Kemudian urusan itu naik kepada-Nya...” (as-Sajdah: 5)

Manakala berikut, menunjukkan naik-nya amalan

Amalan-amalan yang baik itu akan naik kepada Allah. Apabila istilah naik digunakan, bermakna kedudukannya mestilah menghala ke atas. Ke atas adalah dimaksudkan menuju ke tempat yang tinggi, iaitu langit.
مَنْ كَانَ يُرِيدُ الْعِزَّةَ فَلِلَّهِ الْعِزَّةُ جَمِيعًا إِلَيْهِ يَصْعَدُ الْكَلِمُ الطَّيِّبُ وَالْعَمَلُ الصَّالِحُ يَرْفَعُهُ وَالَّذِينَ يَمْكُرُونَ السَّيِّئَاتِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَكْرُ أُولَئِكَ هُوَ يَبُورُ
“Kepada Allah-lah naiknya Segala perkataan Yang baik (yang menegaskan iman dan Tauhid, untuk dimasukkan ke Dalam kira-kira balasan), dan amal Yang soleh pula di angkatnya naik (sebagai amal Yang makbul - Yang memberi kemuliaan kepada Yang melakukannya).” (al-Fatheer: 10)

Manakala berikut, dalil menunjukkan bahawa Jibril itu naik menghadap Tuhanya-Nya
تَعْرُجُ الْمَلائِكَةُ وَالرُّوحُ إِلَيْهِ فِي يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُ خَمْسِينَ أَلْفَ سَنَةٍ
“Malaikat-malaikat dan Jibril naik (menghadap) kepada Rabb.” (al-Ma’arij: 4)

Begitu juga dalil yang berikut ini, iaitu di mana Fir’aun memperolok-olokkan kenyataan nabi Musa a.s.:
وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا هَامَانُ ابْنِ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَبْلُغُ الأسْبَابَ, أَسْبَابَ السَّمَاوَاتِ فَأَطَّلِعَ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لأظُنُّهُ كَاذِبًا وَكَذَلِكَ زُيِّنَ لِفِرْعَوْنَ سُوءُ عَمَلِهِ وَصُدَّ عَنِ السَّبِيلِ وَمَا كَيْدُ فِرْعَوْنَ إِلا فِي تَبَابٍ
“Dan Firaun pula berkata: "Hai Haman! binalah untukku sebuah bangunan Yang tinggi, semoga Aku sampai ke jalan-jalan (yang Aku hendak menujunya) "(Iaitu) ke pintu-pintu langit, supaya Aku dapat melihat Tuhan Musa; dan Sesungguhnya Aku percaya Musa itu seorang pendusta!" Demikianlah diperhiaskan (oleh Syaitan) kepada Firaun akan perbuatannya Yang buruk itu untuk dipandang baik, serta ia dihalangi dari jalan Yang benar; dan tipu daya Firaun itu tidak membawanya melainkan ke Dalam kerugian dan kebinasaan. (al-Mu’min: 36-37)

Maka, barangsiapa mengatakan Allah itu tidak di langit atau memepermainkan (mendustakan) pernyataan yang menunjukkan Allah itu di langit, maka dia menyerupai Fir’aun yang mempermainkan kata-kata Musa a.s..

Allah Mengangkat (Menunjukkan Naik Ke Atas) Isa Ke Sisi-Nya
إِذْ قَالَ اللَّهُ يَا عِيسَى إِنِّي مُتَوَفِّيكَ وَرَافِعُكَ إِلَيَّ وَمُطَهِّرُكَ مِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا وَجَاعِلُ الَّذِينَ اتَّبَعُوكَ فَوْقَ الَّذِينَ كَفَرُوا إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ ثُمَّ إِلَيَّ مَرْجِعُكُمْ فَأَحْكُمُ بَيْنَكُمْ فِيمَا كُنْتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ
(ingatlah) ketika Allah berfirman: "Wahai Isa! Sesungguhnya Aku akan mengambilmu dengan sempurna, dan akan mengangkatmu ke sisiKu…” (Ali Imran: 55)
بَلْ رَفَعَهُ اللَّهُ إِلَيْهِ وَكَانَ اللَّهُ عَزِيزًا حَكِيمًا
“Bahkan Allah telah mengangkat Nabi Isa kepadanya; dan adalah Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (an-Nisa’: 158)

Kedudukan Allah Yang Di Atas

يَخَافُونَ رَبَّهُمْ مِنْ فَوْقِهِمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ
Mereka takut kepada Tuhan mereka yang di atas mereka dan melaksanakan apa yang diperintahkan (kepada mereka). (an-Nahl: 50)

Perihal Penurunan al-Qur’an (Dari Langit)
وَإِنَّهُ لَتَنْزِيلُ رَبِّ الْعَالَمِينَ (١٩٢)نَزَلَ بِهِ الرُّوحُ الأمِينُ (١٩٣)عَلَى قَلْبِكَ لِتَكُونَ مِنَ الْمُنْذِرِينَ (١٩٤)بِلِسَانٍ عَرَبِيٍّ مُبِينٍ)
“Dan Sesungguhnya Al-Quran (yang di antara isinya kisah-kisah Yang tersebut) adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam. ia dibawa turun oleh malaikat Jibril Yang amanah. ke Dalam hatimu, supaya Engkau (Wahai Muhammad) menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia). (ia diturunkan) Dengan bahasa Arab Yang fasih serta terang nyata. (as-Syu’ara: 192-195)
تَنْزِيلُ الْكِتَابِ مِنَ اللَّهِ الْعَزِيزِ الْحَكِيمِ
“Turunnya Kitab Al-Quran ini dari Allah, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (az-Zumar: 1)

Berita-Berita Langit
وَأَنَّا لَمَسْنَا السَّمَاءَ فَوَجَدْنَاهَا مُلِئَتْ حَرَسًا شَدِيدًا وَشُهُبًا (٨)وَأَنَّا كُنَّا نَقْعُدُ مِنْهَا مَقَاعِدَ لِلسَّمْعِ فَمَنْ يَسْتَمِعِ الآنَ يَجِدْ لَهُ شِهَابًا رَصَدًا
“Dan Bahawa Sesungguhnya Kami telah berusaha mencari berita langit, lalu Kami dapati langit itu penuh Dengan pengawal-pengawal Yang sangat kuat kawalannya, dan (dengan rejaman-rejaman) api Yang menyala. Padahal Sesungguhnya Kami dahulu biasa menduduki tempat-tempat (perhentian) di langit untuk mendengar (percakapan penduduknya – para malaikat); maka sekarang sesiapa Yang cuba Mendengar, akan mendapati api Yang menyala Yang menunggu merejamnya.” (al-Jin: 8-9)
Dan sekian banyak lagi dalil-dalil al-Qur’an yang jelas menunjukkan Allah itu di langit di ‘arsy-Nya. Begitu juga dengan perihal kisah nabi isra’ dan mikraj, di mana nabi menuju ke langit.
===============================================

Dalil daripada atsar (sahabat Rasulullah s.a.w.)

Umar al-Khathab menyatakan bahawa:

“Bahawasanya segala urusan itu (datang) dari sana (sambil mengisyarat-kan tangannya ke langit).” (al-Imam az-Zhahabi di dalam kitab-nya menyatakan bahawa riwayat ini sahih)

Riwayat daripada Ibnu abbas pula (maksudnya);

“Daripada Ibnu Abbas (ia berkata) bahawa Rasulullah s.a.w. berkhutbah kepada manusia pada hari Nahr (tanggal 10 Zulhijjah) kemudian Ibnu abbas menyebutkan khutbah Nabi s.a.w. kemudian beliau mengangkat (mendongakkan) kepalanya ke arah langit sambil mengucapkan: “Ya Allah bukankah aku telah menyampaikan! Ya Allah bukankah aku telah menyampaikan!” (Riwayat Imam Bukhari, juz.2 halaman 191)

Hujah Para imam Ahlus Sunnah wa-al-Jama’ah (dan para Tabi’ Tabi’ien):

Telah berkata Imam abu Hanifah:

“Barangsiapa yang mengingkari sesungguhnya Allah berada di atas langit, maka sesungguhnya dia telah kafir.”

Telah berkata Imam Malik Bin Annas:

Link to Post - Back to Top  IP: Logged


Result 3 of 30:
   [Search This Thread][Send Topic To Friend] [Print]
 AuthorTopic: ALLAH EXISTS WITHOUT A PLACE (Read 308 times)
ammal09
New Ofis Boy
*
member is offline





Joined: Nov 2009
Gender: Male
Posts: 8
Karma: 0
 Re: ALLAH EXISTS WITHOUT A PLACE
« Result #3 on Dec 5, 2009, 10:30am »

ALLAH ITU BERSEMAYAM DI ATAS ‘ARSY (ISTAWA’ ‘ALAL ‘ARSY)

Blog Rasmi (‘Aqidah):
http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com

Jika ditanya perihal di manakah Allah? Katakanlah: “Allah itu di langit.”

Ini adalah berdasarkan hadis sahih berikut...

Ketika Mu’awiyah Bin al-Hakam as-Sulamy ingin memerdekakan hambanya (Jariyyah/hamba wanita) , beliau membawanya kepada Rasulullah s.a.w.;

Rasulullah bertanya kepada hamba tersebut: “Di manakah Allah (aina Allah)?” Jawab hamba itu: “Allah di langit (fis samaa’).” Baginda Rasulullah bertanya lagi: “Siapakah aku?” Jawab hamba itu lagi: “Engkau adalah Rasulullah.” Dan kemudian baginda Rasulullah bersabda, “Merdekakanlah dia, kerana dia seorang mukminah (wanita yang beriman). (Hadis Diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Kitab al-Janaiz wa Mawadhi’ as-Sholat, bab “Tahrimil Kalam fi Sholat wa Naskh Ma Kana Min Ibahah” (537) (33) dari Mu’awiyah bin al-Hakam as-Sulami. Juga diriwayatkan sekalian Jema’ah ahli Hadis, antaranya Imam Malik, Abu Daud, ad-Darimi, an-Nasai’e).

Sesungguhnya Allah s.w.t. itu bersemayam di atas ‘arsy-Nya yang mana selayak-Nya sebagaimana yang dia sendiri menetapkannya sesuai dengan Kemuliaan-Nya dan berdasarkan penerangan dalil-dalil Firman Allah s.w.t. sendiri:
إِنَّ رَبَّكُمُ اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ
“Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang menciptakan langit dan bumi Dalam enam masa lalu Dia bersemayam di atas Arasy;” (al-a’raaf: 54)
الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى
“Iaitu (Allah) Ar-Rahman, Yang bersemayam di atas Arasy.” (Thohaa: 5)
إِنَّ رَبَّكُمُ اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ يُدَبِّرُ الأمْرَ مَا مِنْ شَفِيعٍ إِلا مِنْ بَعْدِ إِذْنِهِ ذَلِكُمُ اللَّهُ رَبُّكُمْ فَاعْبُدُوهُ أَفَلا تَذَكَّرُونَ
Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang menjadikan langit dan bumi Dalam enam masa kemudian ia bersemayam di atas Arasy mentadbirkan Segala urusan. (Yunus: 3)

الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ الرَّحْمَنُ فَاسْأَلْ بِهِ خَبِيرً
Tuhan Yang menciptakan langit dan bumi serta Segala Yang ada di antara keduanya, Dalam enam masa, kemudian ia bersemayam di atas Arasy, ialah Ar-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah); maka Bertanyalah akan hal itu (tentang Allah) kepada Yang mengetahuinya (Muhammad s.a.w.). (al-Furqaan: 59)

Dan begitu banyak dalil-dalil al-Qur’an yang lain yang mana begitu jelas yang menunjukkan bahawa Allah itu bersemayam di ‘arsy di langit. Tidak harus wujud penamaan sifat yang lain dengan nama yang lain bagi menggantikan kalimah istawa’ yang mana telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. sendiri kepada dirinya. Siapa kita yang mahu menukarkan kalimah istawa’ (bersemayam) kepada istawla’ (tinggi, berkuasa, memiliki)? Adakah kita orang yang layak, sedangkan kita tidak langsung mengetahui. Adakah akal kita telah benar-benar bijak sehingga mampu menukar ketetapan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. sendiri ke atas diri-Nya?

Terdapat tujuh ayat, di mana Allah menyatakan dan menetapkan yang Dirinya itu bersemayam di ‘arsy dengan menggunakan kalimah istawa’ ‘alal ‘arsy (ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ). Dan andainya Allah mahu menamakannya dengan nisbahan yang lain, tentu Allah sudah menunjukkannya dengan jelas. Adalah kesilapan yang disengajakan yang paling besar andainya ada di antara mereka (manusia) menukar-nukar kalimah al-Qur’an yang telah sedia ditetapkan oleh Allah dengan kalimah-kalimah yang lain menurut akal, prasangka, dan hawa nafsu. Maha Suci Allah dari semua itu.
فَاطِرُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ جَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَمِنَ الأنْعَامِ أَزْوَاجًا يَذْرَؤُكُمْ فِيهِ لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ
“Tiada sesuatupun yang sebanding dengan Dia dan Dia lah yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.” (as-Syuura: 11)
هَؤُلاءِ قَوْمُنَا اتَّخَذُوا مِنْ دُونِهِ آلِهَةً لَوْلا يَأْتُونَ عَلَيْهِمْ بِسُلْطَانٍ بَيِّنٍ فَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرَى عَلَى اللَّهِ كَذِبًا
“maka tidak ada Yang lebih zalim dari orang-orang Yang berdusta terhadap Allah.” (al-Kahfi: 15)
وَلِلَّهِ الأسْمَاءُ الْحُسْنَى فَادْعُوهُ بِهَا وَذَرُوا الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي أَسْمَائِهِ سَيُجْزَوْنَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
“Dan Allah mempunyai nama-nama Yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadanya Dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang Yang berpaling dari kebenaran dalam menyebut nama-nama-Nya. mereka akan mendapat balasan mengenai apa Yang mereka telah kerjakan.” (al-A’raaf: 180)

Berkata Sheikh Soleh Abdullah Fauzan di dalam Kitab Tahid-nya (maksudnya) dalam menafsirkan ayat ini:

Bahawa wajib - Menetapkan nama-nama (asma’) untuk Allah s.w.t. seperti mana Allah menetapkannya, dan maka siapa yang menafikannya bererti ia telah menafikan apa yang telah ditetapkan Allah dan juga bererti dia telah menentang Allah s.w.t.

Bahawasanya Allah s.w.t. mengancam orang-orang yang ilhad (menyelewengkan) dalam asma’-Nya dan Dia akan membalas perbuatan mereka yang buruk itu.

Berkata Sheikh Soleh Abdullah Fauzan seterusnya; dalam tujuh ayat di dalam Qur’an ini (7:54, 12:3, 13:2, 20:5, 25:59, 32:4, 57:4) lafaz istawa’ datang dalam bentuk dan lafaz yang sama. Maka hal ini menyatakan bahawa yang dimaksudkan adalah maknanya yang hakiki yang tidak menerima ta’wil, iaitu ketinggian dan keluhuran-Nya di atas ‘arsy.

‘Arsy menurut bahasa Arab adalah singgahsana untuk raja. Sedangkan yang dimaksudkan dengan ‘Arsy di sini adalah singgahsana yang mempunyai beberapa kaki yang dipikul oleh malaikat, ia merupakan atap bagi semua makhluk (rujuk al-Mu’min ayat 7 dan al-Haqqah ayat 17). Sedangkan bersemayamnya Allah di atasnya (‘arsy) adalah yang sesuai dengan keagungan-Nya. Kita tidak mengetahui kaifiyah (cara-nya), sebagaimana kaifiyah sifat-sifat-Nya yang lain. Akan tetapi kita hanya menetapkannya sesuai dengan apa yang kita fahami dari maknanya dalam bahasa Arab, sebagaimana sifat-sifat lainnya, kerana memang al-Qur’an diturunkan dengan bahasa Arab.
===============================================

Manakala yang berikut pula adalah dalil-dalil yang mengukuhkan lagi kenyataan yang Allah itu di langit.

Pusat Pemerintahan Allah juga di Langit (Mentadbir Dari Langit)
أَأَمِنْتُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ أَنْ يَخْسِفَ بِكُمُ الأرْضَ فَإِذَا هِيَ تَمُورُ
“Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahan-Nya di langit itu: menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu Dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)?” (al-Mulk: 16)
Link to Post - Back to Top  IP: Logged


Result 4 of 30:
   [Search This Thread][Send Topic To Friend] [Print]
 AuthorTopic: AKIDAH, TAUHID, MURTAD DAN SYIRIK (Read 53 times)
ammal09
New Ofis Boy
*
member is offline





Joined: Nov 2009
Gender: Male
Posts: 8
Karma: 0
 Re: AKIDAH, TAUHID, MURTAD DAN SYIRIK
« Result #4 on Dec 5, 2009, 10:11am »

Tauhid Asmaa’ wa Shifat

Tauhid Asmaa’ wa Shifat Allah adalah : Berkeyakinan dengan keyakinan yang pasti tentang nama-nama Allah, sifat-sifat dan perbuatan-perbuatan-Nya yang termuat dalam Al-Qur’an dan As-Sunnah, tanpa merubah-rubah atau menolak atau menanyakan bagaimana hakekatnya atau menyerupakan dengan makhluk-Nya. Dalil tentang Tauhid Asmaa’ wa Shifaat ini adalah firman Allah subhaanahu wa ta’ala :
قُلِ ادْعُوا اللَّهَ أَوِ ادْعُوا الرَّحْمَنَ أَيًّا مَا تَدْعُوا فَلَهُ الأسْمَاءُ الْحُسْنَى
Katakanlah: "Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaaulhusna (nama-nama yang terbaik)” [QS. Al-Israa’ : 110].

Juga firman-Nya :
هَلْ تَعْلَمُ لَهُ سَمِيًّا
”Apakah kamu mengetahui ada seorang yang sama dengan Dia)?” [QS. Maryam : 65].

Juga firman-Nya :
اللَّهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ لَهُ الأسْمَاءُ الْحُسْنَى
”Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai al asmaul-husna (nama-nama yang baik)” [QS. Thaha : 8].

Juga firman-Nya :
لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ
”Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat” [QS. Asy-Syuuraa : 11].

Ayat-ayat di atas merupakan hujjah yang menyatakan tentang tauhid asma’ wa shifat Allah.

Dalam mengimani nama-nama Allah subhaanahu wa ta’ala ada beberapa kaedah, antara lain :
1. Semua nama Allah adalah terbaik dan berada dalam puncak kebaikan. Karena nama Allah mengandung atau menunjukkan sifat-Nya yang sempurna, tidak ada cacat atau kekurangan dari segi apapun. Seperti Al-Hayyu (الْحَيُّ) ”Yang Maha Hidup”, salah satu dari nama Allah yang mengandung arti bahwa Allah hidup secara mutlak, tidak didahului oleh ketiadaan dan tidak pula berakhir dengan kebinasaan. Dia hidup dengan kesempurnaan-Nya.
2. Nama Allah adalah nama sekaligus sifat bagi-Nya subhaanahu wa ta’ala. (Al-Hayyu, Al-’Aliim, As-Samii’) ”Yang Maha Hidup, Yang Maha Mengetahui, Yang Maha Mendengar” ; semua adalah nama untuk Dzat yang satu, yaitu Allah subhaanahu wa ta’ala. Nama-nama tersebut mengandung makna dan sifat yang berbeda-beda, karena makna Al-Hayyu lain dengan makna Al-’Aliim dan lain pula dengan makna As-Samii’. Dan begitu pula nama-nama Allah yang lain. Nama Al-Hayyu mengandung sifat al-hayat (hidup), Al-’Aliim mengandung sifat al-’ilmu (ilmu/mengetahui), As-Samii’ mengandung sifat as-sam’u (mendengar). Dan begitu pula nama-nama Allah yang lain.
3. Nama Allah yang mengandung sifat Muta’addi (sifat yang pengaruhnya mengenai makhluk-Nya), ia mengandung tiga perkara :

a. Penetapan nama tersebut untuk Allah.
b. Penetapan sifat yang terkandung dalam nama tersebut bagi-Nya.
c. Penetapan hukum dan pengaruh-Nya.

Contohnya : As-Samii’ – salah satu nama Allah yang artinya Yang Maha Mendengar. Lafadh tersebut ditetapkan sebagai nama Allah dan ditetapkan pula sebagai sifat Allah. Adapun hukum dan pengaruhnya adalah Dia mendengar apa saja, baik yang tersembunyi ataupun yang tampak pada makhluk-Nya.

Sedangkan jika nama Allah menunjukkan sifat yang Lazim (yang tidak berpengaruh kepada yang lainnya), maka ia menunjukkan dua perkara :

- Penetapa nama bagi-Nya.
- Penetapan sifat yang terkandung dalam nama tersebut untuk-Nya.

Seperti nama Al-Hayyu yang berarti Yang Maha Hidup. Maka lafadh Al-Hayyu ditetapkan sebagai nama Allah dan sekaligus sifat bagi Allah semata.
4. Nama-nama Allah menunjukkan atas Dzat dan sifat-Nya sesuai dengan kandungannya, nama dan sifat itu akan terus ada dan tidak pernah sirna, seperti : Al-Khaaliq, salah satu nama Allah yang artinya Yang Maha Menciptakan – menunjukkan atas Dzat dan sifat Allah yang mengandung makna bahwa Allah menciptakan segala sesuatu dan Dia tetap serta terus-menerus sebagai Sang Pencipta.
5. Nama-nama Allah semuanya harus diambil dari Al-Qur’an atau As-Sunnah. Tidak ada tempat bagi akal untuk menentukannya. Oleh karena itu janganlah menambah atau menguranginya, karena nama-nama Allah adalah merupakan permasalahan ilmu yang ghaib, dan hanya Allah sajalah yang mengetahuinya.
6. Nama-nama Allah tidak terbatas dengan jumlah tertentu sebagaimana diterangkan dalam hadits yang masyhur tentang doa ketika dalam kesedihan :
أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَداً مِنْ خَلْقِكَ أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ
”(Ya Allah), aku minta dengan (menyebut) segala nama yang Engkau miliki, yang Engkau namakan diri-Mu dengannya, atau Engkau turunkan pada kitab-Mu, atau Engkau ajarkan pada seseorang dari makhluk-Mu atau Engkau tentukan dalam ilmu ghaib yang ada di sisi-Mu...” [HR. Ahmad, Ibnu Hibban, dan Al-Hakim].

Dalil ini menunjukkan ketidakterbatasan nama Allah. Adapun nama Allah yang disebutkan dalam hadits 99 (sembilan puluh sembilan) nama tidak menunjukkan batas akhir. Hadits yang menunjukkan perincian atau penyebutan nama-nama-Nya yang berjumlah 99 adalah hadits yang lemah (dla'if).
7. Haram bagi seseorang untuk mengingkari, menolak sifat-sfat Allah, atau menyerupakan dengan makhluk-Nya.
Tentang masalah sifat-sfat Allah, Ahlus-Sunnah wal-Jama’ah mengimaninya tanpa merubah (tahrif), mengingkari (ta’thil), menanyakan bagaimana (takyif), dan tidak pula menyerupakan (tasybih) dengan sifat makhluk-Nya.

Tanpa tahrif (merubah) artinya tdak merubah makna yang terkandung dalam sifat tersebut. Seperti perkataan Jahmiyyah tentang sifat istiwaa’ (bersemayam), mereka rubah menjadi istaulaa’ (menguasai). Juga perkataan sebagian ahlul-bid’ah tentang makna al-ghadlab (marah) diartikan dengan iradatul-intiqaam (kehendak untuk menyiksa); dan makna ar-rahmah dirubah menjadi iradatul-in’am (kehendak untuk memberi nikmat). Semuanya ini tidak benar. Yang benar adalah bahwa makna istiwaa’ bagi Allah adalah bahwa Allah mempunyai sifat ketinggian dan berada dalam ketinggian yang sesuai dengan keagungan dan kemuliaan-Nya. Begitu pula dengan al-ghadlab dan ar-rahmah, adalah sifat bagi Allah secara hakekat sesuai dengan kemuliaan Allah dan keagungan-Nya.

Tanpa ta’thil (menolak) adalah tidak mengingkari sifat-sifat Allah yang telah ditetapkan dalam Al-Qur’an dan As-Sunnah. Pengingkaran atas hal ini adalah seperti yang dilakukan oleh Jahmiyyah dan semisalnya. Perbuatan mereka merupakan puncak kebatilan. Padahal dalam Al-Qur’an dan As-Sunah banyak sekali diterangkan sifat-sifat Allah yang sesuai dengan keagungan dan kebesaran-Nya.

Tanpa tasybih (menyerupakan) adalah tidak menyerupakan sifat-sifat Allah dengan sifat-sifat makhluk-Nya. Untuk itu kita tidak boleh mengatakan bahwa sifat Allah itu adalah seperti sifat kita. Hal itu dikarenakan Allah sudah menyatakan tidak ada yang serupa dengan-Nya sesuatupun.

Adapun makna tanpa takyif (menanyakan bagaimananya) adalah tidak menanyakan bagaimana hakekatnya. Seperti menanyakan bagaimana istiwaa’-nya Allah ? Atau menanyakan bagaimana wajah dan tangan Allah ? Yang seharusnya kita lakukan adalah kita beriman akan keberadaan sifat Allah yang telah ditetapkan oleh Al-Qur’an maupun As-Sunnah sesuai dengan keagungan-Nya, tanpa menanyakan bagaimana hakekat sifat itu, karena Allah dan Rasul-Nya tidak pernah mengkhabarkan bagaimana hakekat sifat tersebut.

Pedoman yang harus dipegang oleh setiap muslim adalah :
1. Semua sifat Allah adalah sifat yang paling sempurna, tidak memiliki kekurangan sama sekali dari segi apapun.
2. Sifat Allah dibagi menjadi dua :

Sifat tsubutiyyah, yaitu sifat yang ditetapkan oleh Allah untuk diri-Nya dalam Al-Qur’an atau melalui lisan Rasul-Nya. Semuanya adalah sifat yang sempurna, tidak ada unsur kekurangan sama sekali.

Sifat salbiyyah, yaitu sifat yang di-nafi-kan (ditiadakan) oleh Allah untuk diri-Nya, baik peniadaan tersebut termuat dalam Al-Qur’an mapun As-Sunnah. Semuanya yang di-nafi-kan tersebut berupa sifat-sifat kekurangan seperti sifat mati, bodoh, lemah, dan lain-lain. Untuk itu wajib bagi kaum muslimin untuk meniadakan sifat-sifat tersebut dari Allah subhaanahu wa ta’ala dan menetapkan sifat kesempurnaan lawan sifat tersebut.
3. Semua sifat Allah harus berasal dari Allah dan Rasul-Nya. Tidak ada tempat bagi akal untuk menentukannya.
Dari dalil-dalil pada pembagian di atas dapat diketahui oleh siapa saja tentang kebenaran pembagian tauhid menjadi tiga, yaitu :

- Tauhid Rububiyyah.
- Tauhid Uluhiyyah.
- Tauhid Asmaa’ wa Shifat.

Orang yang mengingkari pembagian tauhid ini adalah orang yang mengingkari sesuatu tanpa ilmu dan berbicara atas nama Allah tanpa didasari ilmu. Karena orang yang mempunyai ilmu sedikit saja dari kalangan Ahlus-Sunnah wal-Jama’ah dimana saja ia berada dan kapan saja, mesti akan mengetahui kebenaran pembagian tersebut. Seseorang tidak dikatakan beriman kalai ia tidak mengimani tiga macam tauhid di atas. Barangsiapa mengimani tauhid rububiyyah saja, maka ia belum dikatakan mukmin. Demikian juga kalau dia hanya mengimani tauhid uluhiyyah atau tauhid asmaa’ wa shifaat saja. Jadi, seseorang dikatakan mukmin kalau dia mengimani ketiga macam tauhid di atas.

Wallaahu a’lam bish-shawwab.

Link to Post - Back to Top  IP: Logged


Result 5 of 30:
   [Search This Thread][Send Topic To Friend] [Print]
 AuthorTopic: AKIDAH, TAUHID, MURTAD DAN SYIRIK (Read 53 times)
ammal09
New Ofis Boy
*
member is offline





Joined: Nov 2009
Gender: Male
Posts: 8
Karma: 0
 Re: AKIDAH, TAUHID, MURTAD DAN SYIRIK
« Result #5 on Dec 5, 2009, 10:10am »

Tauhid Uluhiyyah

Tauhid Uluhiyyah adalah : Pengesaan Allah subhaanahu wa ta’ala dalam hal ibadah dengan penuh ketaatan dan rendah diri serta cinta pada setiap peribadatan tanpa menyekutukan-Nya dengan sesuatu apapun.

Dalil tentang Tauhid Uluhiyyah di antaranya adalah firman Allah subhaanahu wa ta’ala :
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
”Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam” [QS. Al-Fatihah : 2].

Lafadh Allah maknanya adalah Al-Ma’luh (yang disembah) dan Al-Ma’bud (Yang diibadahi). Dan juga firman Allah :
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
”Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan” [QS. Al-Fatihah : 5].

Kemudian juga firman-Nya :
يَا أَيُّهَا النَّاسُ اعْبُدُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ وَالَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
”Hai manusia, sembahlah Tuhanmu Yang telah menciptakanmu dan orang-orang yang sebelummu, agar kamu bertakwa” [QS. Al-Baqarah : 21].

Juga firman-Nya :
إِنَّا أَنْزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ فَاعْبُدِ اللَّهَ مُخْلِصًا لَهُ الدِّينَ * أَلا لِلَّهِ الدِّينُ الْخَالِصُ وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مِنْ دُونِهِ أَوْلِيَاءَ مَا نَعْبُدُهُمْ إِلا لِيُقَرِّبُونَا إِلَى اللَّهِ زُلْفَى
”Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu Kitab (Al Qur'an) dengan (membawa) kebenaran. Maka sembahlah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya. Ingatlah, hanya kepunyaan Allah-lah agama yang bersih (dari syirik). Dan orang-orang yang mengambil pelindung selain Allah (berkata): "Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah dengan sedekat-dekatnya" [QS. Az-Zumar : 2-3].

Dan firman Allah subhaanahu wa ta’ala :
وَمَا أُمِرُوا إِلا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ وَذَلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ
”Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan lurus, dan supaya mereka mendirikan salat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus” [QS. Al-Bayyinah : 5].

Ayat-ayat di atas menjelaskan kepada kita agar kita mengesakan Allah dalam beribadah. Oleh sebab itu dilarang menyembah selain Allah baik dia seorang Nabi, wali, raja, atau malaikat sekalipun.

Yang dimaksud dengan ibadah adalah segala aktifitas kehidupan yang Allah ridlai dan Allah cintai baik berupa perkataan atau perbuatan yang lahir maupun yang batin. Ibadah dibangun di atas tiga hal yang sangat besar dan sangat penting pengaruhnya dalam perjalanan ibadah seseorang, yaitu : cinta (mahabbah), takut (khauf), dan harapan (raja’). Cinta kepada Allah dalam beribadah akan membuahkan keikhlasan, takut kepada Allah akan membawa seseorang untuk menjauhi segala larangan Allah subhaanahu wa ta’ala dan membimbingnya untuk selalu taat kepadanya. Sedangkan pengharapan akan membangkitkan semangat dalam menjalankan perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya untuk mendapatkan janji-janji Allah subhaanahu wa ta’ala. Kalau ketiga penggerak hati tersebut sudah tumbuh dengan kuat di hari seorang hamba, maka akan mudah baginya untuk mendapatkan ridla dan cinta Allah subhaanahu wa ta’ala. Dengan kata lain kalau seseorang masih berbuat maksiat atau suatu hal yang tidak dicintai dan diridlai Allah berarti kecintaannya dan ketakutannya terhadap Allah sangat rendah, bahkan dapat dikatakan orang tersebut tidak mengharapkan atau tidak percaya terhadap janji-janji Allah dan meremehkan ancaman-ancaman Allah subhaanahu wa ta’ala. Na’uudzu billahi min-dzaalik.

Dari dalil-dalil dan keterangan di atas dapat diketahui bahwa tauhid ibadah (uluhiyyah) adalah hakekat makna Laa ilaaha illallaah yang mengandung nafi (peniadaan) dan itsbat (penetapan). Makna nafi adalah meniadakan segala macam peribadatan kepada selain Allah bagaimanapun bentuk dan macamnya, atau peniadaan segala macam bentuk ketuhanan. Sedangkan makna itsbat adalah menetapkan ke-Esa-an Allah dalam beribadah dengan berbagai bentuk ibadah yang sesuai dengan tuntunan syari’at Islamiyyah yang telah disampaikan oleh Muhammad shallallaahu ’alaihi wa sallam dan penetapan bahwa tidak ada ilah yang berhak untuk diibadahi kecuali Allah saja. Dua kandungan di atas – yaitu nafi dan itsbat – tidak boleh dipisahkan dan harus dipahami dan diambil keduanya. Karena kalau diambil salah satu saja, tidaklah seseorang dikatakan muslim. Misalnya, seseorang yang mengambil nafi saja tanpa itsbat, berarti dia seorang komunis karena dia meniadakan segala macam bentuk ketuhanan tanpa menetapkan ketuhanan bagi Allah. Begitu pula sebaliknya, apabila seseorang hanya mengambil itsbat saja tanpa nafi, dia juga bukan seorang muslim. Bahkan dia seorang kafir karena disamping menetapkan Allah sebagai ilah, ia juga menetapkan selain Allah sebagai ilah. Penyebabnya adalah karena dia tidak mengingkari tuhan-tuhan selain Allah sebagaimana orang-orang kafir Quraisy yang disamping mengakui Allah sebagai Rabb alam semesta, juga mengakui adanya sesembahan selain Allah seperti Latta, ’Uzza, dan lain-lain. Dengan perbuatan mereka ini, Allah dan Rasul-Nya menyatakan bahwa mereka adalah orang-orang kafir. Oleh sebab itu tidaklah cukup seseorang mengambil nafi saja tanpa itsbat, begitu pula itsbat saja tanpa nafi. Kalau seseorang mengakui dirinya seorang muslim, maka wajib baginya untuk mengambil, meyakini, dan mengamalkan keduanya secara bersamaan tanpa memisah-misahkannya dalam rangka membenarkan persaksian (syahadat) Laa ilaaha illallaah (tiada Rabb yang berhak untuk diibadahi dengan benar kecuali Allah).

Adapun dalil-dalil yang menunjukkan keesaan Allah dalam uluhiyyah-Nya adalah firman Allah subhaanahu wa ta’ala :
وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ مِنْ رَسُولٍ إِلا نُوحِي إِلَيْهِ أَنَّهُ لا إِلَهَ إِلا أَنَا فَاعْبُدُونِ
Dan Kami tidak mengutus seorang rasul pun sebelum kamu, melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahwasanya tidak ada Tuhan (yang hak) melainkan Aku, maka sembahlah olehmu sekalian akan Aku" [QS. Al-Anbiyaa’ : 25].

Juga firman-Nya :
وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولا أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ
Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): "Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut (= segala sesuatu yang diibadahi selain Allah dan dia ridla dengan peribadatannya tersebut)" [QS. An-Nahl : 36].

Juga firman-Nya :
شَهِدَ اللَّهُ أَنَّهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ وَالْمَلائِكَةُ وَأُولُو الْعِلْمِ قَائِمًا بِالْقِسْطِ لا إِلَهَ إِلا هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
”Allah menyatakan bahwasanya tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang menegakkan keadilan. Para malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga menyatakan yang demikian itu). Tak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana” [QS. Ali-’Imran : 18].

Ayat-ayat di atas adalah dalil yang sangat jelas akan keesaan Allah dalam hal uluhiyyah-Nya.

Kerancuan (syubhat) yang biasa dilontarkan oleh sebagian manusia adalah pernyataan mereka : ”Bagaimana kamu menyatakan tidak ada Rabb (Tuhan) selain Allah sedangkan Allah sendiri menyatakan keberadaan tuhan-tuhan selain-Nya ? sebagaimana firman-Nya :
وَلا تَدْعُ مَعَ اللَّهِ إِلَهًا آخَرَ
”Janganlah kamu sembah di samping (menyembah) Allah, tuhan apapun yang lain” [QS. Al-Qashash : 88].

Juga firman-Nya :
وَمَنْ يَدْعُ مَعَ اللَّهِ إِلَهًا آخَرَ لا بُرْهَانَ لَهُ
”Dan barang siapa menyembah tuhan yang lain di samping Allah, padahal tidak ada suatu dalil pun baginya tentang itu” [QS. Al-Mukminun : 117].

Juga firman-Nya :
فَمَا أَغْنَتْ عَنْهُمْ آلِهَتُهُمُ الَّتِي يَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ
”Karena itu tiadalah bermanfaat sedikit pun kepada mereka sembahan-sembahan yang mereka seru selain Allah” [QS. Huud : 101].

Jawaban atas kerancuan tersebut :

Pertama, yang perlu diketahui bahwa ketuhanan selain Allah adalah ketuhanan yang bathil atau tidak hak (benar), walaupun tuhan-tuhan tersebut diibadahi atau disembah oleh orang-orang yang bodoh dan sesat. Sesungguhnya tuhan-tuhan tersebut adalah sesuatu yang tidak pantas untuk diibadahi sebagaimana firman-Nya :
ذَلِكَ بِأَنَّ اللَّهَ هُوَ الْحَقُّ وَأَنَّ مَا يَدْعُونَ مِنْ دُونِهِ الْبَاطِلُ
”Demikianlah, karena sesungguhnya Allah, Dia-lah yang hak dan sesungguhnya apa saja yang mereka seru selain dari Allah itulah yang batil” [QS. Luqman : 30].

Kedua, sebutan tuhan bagi tuhan-tuhan selain Allah adalah sekedar penamaan saja sebagaimana firman-Nya subhaanahu wa ta’ala :
إِنْ هِيَ إِلا أَسْمَاءٌ سَمَّيْتُمُوهَا أَنْتُمْ وَآبَاؤُكُمْ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ بِهَا مِنْ سُلْطَانٍ
”Itu tidak lain hanyalah nama-nama yang kamu dan bapak-bapak kamu mengada-adakannya; Allah tidak menurunkan suatu keterangan pun untuk (menyembah) nya” [QS. An-Najm : 23].

Dua macam tauhid di atas (Tauhid Rububiyyah dan Tauhid Uluhiyyah) tidak ada yang menentangnya dan tidak ada pula yang mengingkarinya dari kalangan ahli kiblat yang menyandarkan diri kepada Islam, kecuali orang yang berlebih-lebihan dari kalangan Syi’ah Rafidlah. Mereka menyatakan bahwa ’Ali bin Abi Thalib adalah tuhan sebagaimana yang dilakukan oleh ’Abdullah bin Saba’ (pemimpin Syi’ah yang pertama) yang datang kepada ’Ali bin Abi Thalib dan berkata kepadanya : ”Kamu (wahai ’Ali) adalah Allah yang sebenarnya”. Akan tetapi ’Abdullah bin Saba’ adalah Yahudi yang berpura-pura masuk Islam. Dengan pengakuan ingin melindungi keluarga Rasulullah, dia berusaha menghancurkan Islam dari dalam. Perbuatan ’Abdullah bin Saba’ ini diingkari oleh ’Ali bin Abi Thalib dan beliau tidak ridla kepada siapa saja yang menempatkan dirinya lebih dari semestinya. Karena beliau juga seorang hamba Allah, bahkan di atas mimbar Kuffah beliau berkata : ”Sebaik-baik umat setelah Nabi-Nya (shallallaahu ’alahi wa sallam) adalah Abu Bakar, kemudian ’Umar”. ’Ali juga memerintahkan untuk membakar ’Abdullah bin Saba’ dan pengikut-pengikutnya. Yang jelas, kedua macam tauhid di atas tidak ada yang mengingkari secara terang-terangan dari ahli kiblat (kaum muslimin) walaupun ada dari kalangan ahli bid’ah yang mengingkarinya dengan berbagai penakwilan (penyelewengan makna).
Link to Post - Back to Top  IP: Logged


Result 6 of 30:
   [Search This Thread][Send Topic To Friend] [Print]
 AuthorTopic: AKIDAH, TAUHID, MURTAD DAN SYIRIK (Read 53 times)
ammal09
New Ofis Boy
*
member is offline





Joined: Nov 2009
Gender: Male
Posts: 8
Karma: 0
 Re: AKIDAH, TAUHID, MURTAD DAN SYIRIK
« Result #6 on Dec 5, 2009, 10:10am »

Pembagian Tauhid Menurut Ahlus-Sunnah wal-Jama'ah
Abu Al-Jauzaa' :, 06 Oktober 2008
Tauhid menurut bahasa berarti : menjadikan sesuatu itu satu. Sedangkan menurut istilah syar’i berarti : Pengesaan terhadap Allah subhaanahu wa ta’ala dengan sesuatu yang khusus bagi-Nya, baik dalam uluhiyyah-Nya, rububiyyah-Nya, asma’ dan sifat-Nya. Dari definisi ini dapat diketahui bahwa tauhid ini dibagi menjadi tiga bagian, yaitu : Tauhid Rububiyyah, Tauhid Uluhiyyah, dan Tauhid Asmaa’ wa Shifaat Allah.

Tauhid Rububiyyah

Tauhid Rububiyyah adalah : Suatu keyakinan yang pasti bahwa Allah subhaanahu wa ta’ala satu-satunya pencipta, pemberi rizki, menghidupkan dan mematikan, serta mengatur semua urusan makhluk-makhluk-Nya tanpa ada sekutu bagi-Nya. Dalil-dalil yang menunjukkan Tauhid Rububiyyah ini diantaranya firman Allah subhaanahu wa ta’ala :
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
”Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam” [QS. Al-Fatihah : 2].

Juga firman-Nya :
أَلا لَهُ الْخَلْقُ وَالأمْرُ تَبَارَكَ اللَّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ
”Ingatlah, menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah. Maha Suci Allah, Tuhan semesta alam” [QS. Al-A’raf : 54].

Dalam ayat di atas Allah menjelaskan kepada hamba-Nya bahwa Dia-lah satu-satunya pencipta dan pemilik seluruh alam semesta ini serta Dia pulalah yang mengaturnya secara mutlak, tidak ada pengecualian (yang luput) dari-Nya sesuatupun.

Di samping dua ayat di atas, Allah juga menjelaskan tentang Rububiyyah-Nya dengan firman-Nya :
قُلْ مَنْ رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ قُلِ اللَّهُ
Katakanlah: "Siapakah Tuhan langit dan bumi?" Jawabnya: "Allah." [QS. Ar-Ra’d : 16].

Dan juga firman-Nya :
قُلْ لِمَنِ الأرْضُ وَمَنْ فِيهَا إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ * سَيَقُولُونَ لِلَّهِ قُلْ أَفَلا تَذَكَّرُونَ * قُلْ مَنْ رَبُّ السَّمَاوَاتِ السَّبْعِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ * سَيَقُولُونَ لِلَّهِ قُلْ أَفَلا تَتَّقُونَ * قُلْ مَنْ بِيَدِهِ مَلَكُوتُ كُلِّ شَيْءٍ وَهُوَ يُجِيرُ وَلا يُجَارُ عَلَيْهِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ * سَيَقُولُونَ لِلَّهِ قُلْ فَأَنَّى تُسْحَرُونَ
Katakanlah: "Kepunyaan siapakah bumi ini, dan semua yang ada padanya, jika kamu mengetahui?". Mereka akan menjawab: "Kepunyaan Allah." Katakanlah: "Maka apakah kamu tidak ingat?". Katakanlah: "Siapakah Yang Empunya langit yang tujuh dan Yang Empunya 'Arsy yang besar?". Mereka akan menjawab: "Kepunyaan Allah." Katakanlah: "Maka apakah kamu tidak bertakwa?". Katakanlah: "Siapakah yang di tangan-Nya berada kekuasaan atas segala sesuatu sedang Dia melindungi, tetapi tidak ada yang dapat dilindungi dari (azab)-Nya, jika kamu mengetahui?". Mereka akan menjawab: "Kepunyaan Allah." Katakanlah: "(Kalau demikian), maka dari jalan manakah kamu ditipu?" [QS. Al-Mukminun : 84-89].

Dari pengertian ayat di atas, tiada keraguan bagi orang yang berakal tentang rububiyyah Allah bahwa Dia-lah satu-satunya Dzat yang mampu menciptakan langit dan bumi, memberi rizki, menghidupkan dan mematikan. Demikian pula pengakuan mereka (orang-orang Quraisy) ketika ditanya tentang siapa pencipta langit dan bumi ? Dan siapa Rabb langit dan bumi ? Mereka akan mengatakan : ”Allah”. Sebagaimana firman Allah :
وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ
”Dan jika kamu bertanya kepada mereka : Siapakah yang menciptakan tujuh langit dan bumi. Pasti mereka akan mengatakan : Allah” [QS. Luqman : 25].

Juga firman-Nya :
قُلْ مَنْ رَبُّ السَّمَاوَاتِ السَّبْعِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ * سَيَقُولُونَ لِلَّهِ قُلْ أَفَلا تَتَّقُونَ
Katakanlah : ”Siapakah Rabb langit yang tujuh dan ’Arsy yang besar ?”. Pasti mereka akan mengatakan : ”Allah”. Katakanlah: "Maka apakah kamu tidak bertakwa?" [QS. Al-Mukminun : 86-87].

Allah banyak menyebutkan dalam Al-Qur’an pengakuan orang-orang kafir Quraisy terhadap rububiyyah Allah, akan tetapi dengan pengakuan tersebut mereka tetap menyekutukan Allah dengan yang lainnya. Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.

Link to Post - Back to Top  IP: Logged


Result 7 of 30:
   [Search This Thread][Send Topic To Friend] [Print]
 AuthorTopic: Taubat Kata2 Ke-1 - Ex-Tabligh (Read 208 times)
1mat
New Ofis Boy
*
member is offline





Joined: Dec 2009
Gender: Male
Posts: 1
Karma: 0
 Re: Taubat Kata2 Ke-1 - Ex-Tabligh
« Result #7 on Dec 1, 2009, 6:23pm »

Cik Firdaus ni tak habis habis....pergi la jumpa ulama tabligh bawa muzakarah kan senang. Yang kusut kita leraikan tanpa merosakkan tali tersebut.
Link to Post - Back to Top  IP: Logged


Result 8 of 30:
Page 1 of 3 » Jump to page   Go    [Search This Thread][Send Topic To Friend] [Print]
 AuthorTopic: Adakah Wahhabi KAFIR? (Read 2,172 times)
ammal09
New Ofis Boy
*
member is offline





Joined: Nov 2009
Gender: Male
Posts: 8
Karma: 0
 Re: Adakah Wahhabi KAFIR?
« Result #8 on Nov 29, 2009, 8:36am »

Wahabi dan Asy’ariyah alias Asha’irah: Siapa yang mengikut aqidah Imam Abul Hasan asy’ariy??

Orang kata, wahabi mengatakan Allah memerlukan tempat kerana wahabi menetapkan sifat Allah istiwa’ di atas langit di ‘Arasy-Nya padahal ‘wahabi’ (pinjam kata-kata mereka) hanya menetapkan sifat istiwa’ bagi Allah dan tidak ada pun pernyataan ‘wahabi’ yang menyatakan Allah memerlukan tempat. Sedangkan Asha’irah mengatakan mereka mengikut aqidah Imam Abul Hasan Asy’ariy iaitu Allah wujud tanpa bertempat? Betulkah demikian? Haatu burhanakum inkuntum shadiqiin (Tunjukkanlah bukti kebenaranmu jika kamu adalah orang yang benar).

Apa yang penting bukan perkataan ulama yang menjadi neraca timbangan kebenaran, akan tetapi perkataan mereka (para ulama) yang bertepatan dengan syariat yang telah Allah turunkan kepada umat ini melalui lisan Rasul-Nya yang mulia shallallahu ‘alaihi wa sallam dan telah dicontohkan oleh generasi terbaik umat ini yakni para sahabat ridhwanallah ‘alaihim jami’an.

Posting sebelum ini saya membawakan tulisan dari al-Ustadz Abul Jauzaa’ hafizhahullah berjudul -Imam Abul-Hasan Al-Asy’ariy, Asyaa’irah (Asy’ariyyah), dan Bahasan Pemalsuan Kitab Al-Ibaanah ‘an Ushuulid-Diyaanah-, dan kali ini saya bawakan tulisan yang sama (yang telah bahagikan kepada 2, untuk bagian pertama saya meletakkan judul “Wahabi Tipu Al-Ibanah Lagi????“) untuk pembahasan Aqidah sebenar Imam Abul Hasan Asy’ari rahimahullah. Semoga artikel ini memberi penjelasan kepada kita akan hakikat kelompok asy’ariyah yang ada di zaman ini, apakah sama pegangan mereka dengan sang imam, atau terbalik 180 darjah dari hakikat yang sebenar.

Ada beberapa tambahan dari saya seperti subtopik dan ubahan pada format tulisannya, saya juga ubah bahasa tulisan ini kepada bahasa melayu malaysia. Antara subtopik yang saya letakkan:

* Pernyataan Imam Abul-Hasan Al-Asy’ariy mengenai Sifat ‘Uluw/istiwa’ bagi Allah
* Perkataan Para Muktazilah, Jahmiyah Dan Haruriyah
* Perkataan para ulama yang menukil pegangan Imam Abul Hasan Asy’ariy

Silakan membaca:

Ustadz Abul Jauzaa’ menulis: Sebagaimana telah diketahui bersama, di akhir usia beliau kembali ke ‘aqidah Ahlus-Sunnah wal-Jama’ah setelah puluhan tahun lamanya beliau tenggelam dalam ‘aqidah Mu’tazillah dan Kullabiyyah [lihat Wifaayatul-A’yaan oleh Ibnu Khalkaan Asy-Syaafi’iy 2/446, Al-Bidaayah wan-Nihaayah oleh Ibnu Katsir 11/187, Thabaqaat Asy-Syaafi’iyyah Al-Kubraa oleh Taajuddin As-Subkiy 2/246, dan yang lainnya]. Adalah keliru jika banyak kaum muslimin mengira beliau masih beraqidah Asy’ariyyah. Seorang imam ahli hadits dan pakar sejarah Islam yang diakui, Abu ‘Abdillah Syamsuddin Muhammad bin Ahmad bin ‘Utsman bin Qaimaz Ad-Dimasyqiy atau yang lebih dikenal dengan Adz-Dzahabiy rahimahullah, telah mengumpulkan beberapa riwayat dan nukilan ‘aqidah seputar sifat Allah menurut Ahlus-Sunnah dalam kitab Al-‘Ulluw lil-‘Aliyyil-‘Adhiim[1], diantaranya adalah ‘aqidah Al-Imam Abul-Hasan Al-Asy’ariy rahimahullah. Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullah telah meringkas kitab tersebut dengan judul : Mukhtashar Al-‘Ulluw lil-‘Aliyyil-Ghaffaar.

Pernyataan Imam Abul-Hasan Al-Asy’ariy mengenai Sifat ‘Uluw/istiwa’ bagi Allah

Pada kesempatan kali ini, saya akan coba tuliskan ‘aqidah Al-Imam Abul-Hasan Al-Asy’ariy rahimahullah sebagaimana tertera dalam kitab Mukhtashar Al-‘Ulluw lil-‘Aliyyil-Ghaffaar halaman 236-243 (Penerbit Al-Maktab Al-Islamiy, Cet. 1/1401 H) atau Al-‘Ulluw lil-‘Aliyyil-Ghaffaar halaman 159-163 (Penerbit Al-Maktabah As-Salafiyyah, Cet. 2/1388 H) :

Abul-Hasan Al-Asy’ariy (260 – 324 H)

1. Telah berkata Al-Imam Abul-Hasan ‘Aliy bin Isma’il bin Abi Bisyr Al-Asy’ariy Al-Bashriy, seorang ahli ilmu kalam, dalam kitabnya yang berjudul Ikhtilaaful-Mushalliin[2] wa Maqaalatul-Islaamiyyin menyebutkan kelompok Khawarij, Rafidlah, Jahmiyyah, dan yang lainnya, hingga kemudian beliau menyebutkan pernyataan Ahlus-Sunah dan Ashhaabul-Hadiits (dalam ‘aqidah) :

جملة قولهم الإقرار بالله وملائكته وكتبه ورسله وبما جاء عن الله وما رواه الثقات عن رسول الله صلى الله عليه وسلم لا يردون من ذلك شيئا. وأن الله على عرشه كما قال (الرحمن على العرش استوى) وأنه له يدين بلا كيف كما قال : (لما خلقت بيدي). وأن أسماء الله لا يقال إنها غير الله كما قالت المعتزلة والخوارج. وأقروا أن لله علما كما قال: (أنزله بعلمه) (وما تحمل من أنثى ولا تضع إلا بعلمه). وأثبتوا السمع والبصر ولم ينفوا ذلك عن الله كما نفته المعتزلة. وقالوا : لا يكون في الأرض من خير وشر إلا ما شاء الله وأن الأشياء تكون بمشيئته كما قال تعالى : (وما تشاؤون إلا أن يشاء الله) إلى أن قال : ويقولون : [إن] القرآن كلام الله غير مخلوق.

ويصدقون بالأحاديث التي جاءت عن رسول الله صلى الله عليه وسلم : (إن الله ينزل إلى السماء الدنيا فيقول هل من مستغفر) كما جاء الحديث. ويقرون أن الله يجيء يوم القيامة كما قال : (وجاء ربك والملك صفا صفا) وأن الله يقرب من خلقه كما يشاء قال : (ونحن أقرب إليه من حبل الوريد) إلى أن قال : فهذا جملة ما يأمرون به ويستعملونه ويرونه وبكل ما ذكرنا من قولهم نقول وإليه نذهب وما توفيقنا إلا بالله.

“Kesimpulan dari perkataan mereka (Ahlus-Sunnah dan Ashhaabul-Hadiits) adalah pengakuan kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, dan apa-apa yang datang dari Allah serta apa yang disampaikan oleh para perawi tsiqaat dari Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam; tanpa menolak sedikitpun dari semua hal itu. Dan bahwasannya Allah berada di atas ‘Arsy-Nya sebagaimana firman-Nya : ‘(Yaitu) Tuhan Yang Maha Pemurah, Yang bersemayam di atas ‘Arsy’ (QS. Thaha : 5). Juga (Allah) mempunyai dua tangan, sebagaimana firman-Nya : ‘Kepada yang telah Kuciptakan dengan kedua tangan-Ku’ (QS. Shaad : 75). Dan bahwasannya nama-nama Allah tidak dikatakan sebagai selain Allah seperti dikatakan Mu’tazilah dan Khawarij.

Mereka (Ahlus-Sunnah dan Ashhaabul-Hadiits) juga menetapkan bahwa Allah mempunyai ilmu, sebagaimana firman-Nya : ‘Allah menurunkannya dengan ilmu-Nya’ (QS. An-Nisaa’ : 166). ‘Dan tidak ada seorang perempuanpun mengandung dan tidak (pula) melahirkan melainkan dengan sepengetahuan-Nya’ (QS. Fathir : 11). Mereka (Ahlus-Sunnah dan Ashhaabul-Hadiits) juga menetapkan sifat mendengar serta melihat bagi Allah, dan tidak menafikannya dari Allah sebagaimana Mu’tazillah telah menafikannya. Mereka (Ahlus-Sunnah dan Ashhaabul-Hadiits) mengatakan : ‘Tidak ada satupun kebaikan dan kejelekan yang terjadi di muka bumi kecuali apa-apa yang telah dikehendaki Allah. Segala sesuatu terjadi dengan kehendak-Nya, sebagaimana firman-Nya ta’ala : ‘Dan kamu tidak dapat menghendaki (menempuh jalan itu) kecuali apabila dikehendaki Allah’ (QS. At-Takwir : 29)”.

Hingga beliau (Al-Imam Asy-ariy rahimahullah) berkata : “Dan mereka (Ahlus-Sunnah dan Ashhaabul-Hadiits) berkata : ‘Sesungguhnya Al-Qur’an adalah Kalamullah, bukan makhluk”.

Dan mereka (Ahlus-Sunnah dan Ashhaabul-Hadiits) membenarkan hadits-hadits yang datang dari Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam : ‘Sesungguhnya Allah turun ke langit dunia, dan berfirman : Apakah ada orang yang memohon ampun (kepada-Ku) ?’; sebagaimana disebutkan dalam hadits. Mereka pun mengakui bahwa Allah akan datang pada hari kiamat sebagaimana firman-Nya : ‘Dan datanglah Tuhanmu, sedang malaikat berbaris-baris’ (QS. Al-Fajr : 22). Dan bahwasannya Allah dekat dengan makhluk-Nya seperti yang Dia kehendaki, sebagaimana firman-Nya : ‘Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya’ (QS. Qaaf : 16)”.

Hingga beliau (Al-Imam Al-Asy’ariy rahimahullah) berkata : “Ini semua adalah kesimpulan dari apa yang mereka (Ahlus-Sunnah dan Ashhaabul-Hadiits) perintahkan dengannya, dan mereka amalkan dan berpendapat. Semua yang kami sebutkan dari perkataan mereka adalah juga yang kami katakan dan bermadzhab dengannya. Dan tidak ada yang memberikan taufiq kepada kita melainkan Allah”.[3]

2. Al-Imam Al-Asy’ariy rahimahullah menyebutkan dalam kitabnya di atas (yaitu : Maqaalatul-Islaamiyyiin) pada bab : ‘Apakah Allah berada di suatu tempat tertentu, atau tidak berada di suatu tempat, atau berada di setiap tempat ?’ ; maka beliau berkata :

إختلفوا في ذلك على سبع عشرة مقالة منها قال أهل السنة وأصحاب الحديث إنه ليس بجسم ولا يشبه الأشياء وإنه على العرش كما قال : (الرحمن على العرش استوى). ولا نتقدم بين يدي الله بالقول، بل نقول استوى بلا كيف وإن له يدين كما قال : (خلقت بيدي) وإنه ينزل إلى سماء الدنيا كما جاء في الحديث.

ثم قال : وقالت المعتزلة استوى على عرشه بمعنى إستولى وتأولوا اليد بمعنى النعمة وقوله تجري بأعيننا أي بعلمنا

“Mereka (para ulama) berbeda pendapat tentang permasalahan tersebut menjadi tujuh belas pendapat. Diantara pendapat-pendapat tersebut adalah pendapat Ahlus-Sunnah dan Ashhaabul-Hadiits yang mengatakan bahwa Allah tidak bersifat mempunyai badan (seperti makhluk), dan tidak pula Dia menyerupai sesuatupun (dari makhluk-Nya). Dan bahwasannya Dia berada di atas ‘Arsy sebagaimana firman-Nya : ‘(Yaitu) Tuhan Yang Maha Pemurah, Yang bersemayam di atas ‘Arsy’ (QS. Thaha : 5). Kami tidak mendahului Allah dengan satu perkataanpun tentangnya, namun kami mengatakan bahwa Allah bersemayam (istiwaa’) tanpa menanyakan bagaimananya. Dan bahwasannya Allah mempunyai dua tangan sebagaimana firman-Nya : ‘Kepada yang telah Kuciptakan dengan kedua tangan-Ku’ (QS. Shaad : 75). Dan bahwasannya Allah turun ke langit dunia sebagaimana yang terdapat dalam hadits”.

Kemudian beliau (Al-Imam Al-Asy’ariy) berkata : “Mu’tazillah berkata : ‘Allah bersemayam (istiwaa’) di atas ‘Arsy-Nya’ ; dengan makna menguasai (istilaa’). Dan mereka menta’wilkan pengertian tangan (Allah) dengan nikmat. (Dan juga menakwilkan) firman-Nya : ‘Yang berlayar dengan mata-mata Kami’ (QS. Al-Qamar ; 14), yaitu : dengan ilmu Kami”.[4]

3. Abul-Hasan Al-Asy’ariy rahimahullah berkata dalam kitabnya yang berjudul Jumalul-Maqaalaat :

رأيته بخط المحدث أبي علي بن شاذان فسرد نحوا من هذا الكلام في مقالة أصحاب الحديث. تركت إيراد ألفاظه خوف الإطالة والمعنى واحد

“Aku melihat tulisan Muhaddits Abu ‘Aliy bin Syaadzaa – lalu menuangkan perkataan yang semisal dengan di atas dalam (Bab) Maqaalaatu Ashhaabil-Hadiits. Aku tingalkan penyebutan lafaznya karena khuatir akan menjadi panjang (pembahasannya), padahal maknanya adalah satu (sebagaimana telah disebutkan sebelumnya)”.

4. Telah berkata Al-Imam Abul-Hasan Al-Asy’ariy rahimahullah dalam kitabnya Al-Ibaanah fii Ushuulid-Diyaanah, pada Baab Al-Istiwaa’ :

فإن قال قائل : ما تقولون في الإستواء ؟. قيل [له] نقول : نقول إن الله مستو على عرشه كما قال : (الرحمن على العرش استوى) وقال : (إليه يصعد الكلم الطيب) وقال : (بل رفعه الله إليه) وقال حكاية عن فرعون : (وقال فرعون يا هامان ابن لي صرحا لعلي أبلغ الأسباب أسباب السموات فأطلع إلى إله موسى وإني لأظنه كاذبا). فكذب موسى في قوله : إن الله فوق السموات. وقال عزوجل : (أأمنتم من في السماء أن يخسف بكم الأرض) فالسموات فوقها العرش، فلما كان العرش فوق السموات. وكل ما علا فهو سماء، وليس إذا قال : (أأمنتم من في السماء) يعني جميع السموات، وإنما أراد العرش الذي هو أعلى السموات، ألا ترى أنه ذكر السموات فقال : (وجعل القمر فيهن نورا) ولم يرد أنه يملأهن جميعا، [وأنه فيهن جميعا]. قال : ورأينا المسلمين جميعا يرفعون أيديهم – إذا دعوا – نحو السماء لأن الله مستو على العرش الذي هو فوق السماوات، فلو لا أن الله على العرش لم يرفعوا أيديهم نحو العرش.

“Apabila seseorang bertanya : ‘Apa yang engkau katakan mengenai istiwaa’ ?’. Maka dikatakan kepadanya : ‘Kami mengatakan sesungguhnya Allah bersemayam (istiwaa’) di atas ‘Arsy-Nya sebagaimana firman-Nya : ‘(Yaitu) Tuhan Yang Maha Pemurah, Yang bersemayam di atas ‘Arsy’ (QS. Thaha : 5). ‘Kepada-Nya lah naik perkataan-perkataan yang baik’ (QS. Fathir : 10). ‘Tetapi (yang sebenarnya), Allah telah mengangkat Isa kepada-Nya’ (QS. An-Nisaa’ : 158). Allah juga berfirman mengenai hikayat/cerita Fir’aun : ‘Dan berkatalah Firaun: “Hai Haman, buatkanlah bagiku sebuah bangunan yang tinggi supaya aku sampai ke pintu-pintu, (yaitu) pintu-pintu langit, supaya aku dapat melihat Tuhan Musa dan sesungguhnya aku memandangnya seorang pendusta” (QS. Al-Mukmin : 36-37). Fir’aun mendustakan Musa yang mengatakan : ‘Sesungguhnya Allah berada di atas langit’. Allah ‘azza wa jalla berfirman : ‘Apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang di langit bahwa Dia akan menjungkirbalikkan bumi bersama kamu’ (QS. Al-Mulk : 16). Yang berada di atas langit adalah ‘Arsy (dimana Allah bersemayam/ber-istiwaa’ di atasnya). Ketika ‘Arsy berada di atas langit, maka segala sesuatu yang berada di atas disebut langit (as-samaa’). Dan bukanlah yang dimaksud jika dikatakan : ‘Apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang di langit’ ; yaitu semua langit, namun yang dimaksud adalah ‘Arsy yang berada di puncak semua langit. Tidakkah engkau melihat bahwasannya ketika Allah menyebutkan langit-langit, Dia berfirman : ‘Dan Allah menciptakan padanya bulan sebagai cahaya’ (QS.Nuuh : 16) ? Bukanlah yang dimaksud bahwa bulan memenuhi seluruh langit dan berada di seluruh langit”.

Beliau (Abul-Hasan Al-Asy’ariy rahimahullah) melanjutkan : “Dan kami melihat seluruh kaum muslimin mengangkat tangan mereka – ketika berdoa – ke arah langit, karena (mereka berkeyakinan) bahwa Allah bersemayam (istiwaa’) di ‘Arsy yang berada di atas semua langit. Jika saja Allah tidak berada di atas ‘Arsy, tentu mereka tidak akan mengarahkan tangan mereka ke arah ‘Arsy”.

Perkataan Para Muktazilah, Jahmiyah Dan Haruriyah

وقد قال قائلون من المعتزلة والجهمية والحرورية : إن معنى استوى إستولى وملك وقهر، وأنه تعالى في كل مكان، وجحدوا أن يكون على عرشه، كما قال أهل الحق، وذهبوا في الإستواء إلى القدرة، فلو كان كما قالوا كان لا فرق بين العرش وبين الأرض السابعة لأنه قادر على كل شيء، والأرض شيء، فالله قادر عليها وعلى الحشوش.

وكذا لو كان مستويا على العرش بمعنى الإستيلاء، لجاز أن يقال : هو مستو على الأشياء كلها ولم يجز عند أحد من المسلمين أن يقول : إن الله مستو على الأخلية والحشوش، فبطل أن يكون الإستواء [على العرش] : الإستيلاء.

“Dan telah berkata orang-orang dari kalangan Mu’tazillah, Jahmiyyah, dan Haruriyyah (Khawarij) : ‘Sesungguhnya makna istiwaa’ adalah menguasai (istilaa’), memiliki, dan mengalahkan. Allah ta’ala berada di setiap tempat’. Mereka mengingkari keberadaan Allah di atas ‘Arsy-Nya, sebagaimana yang dikatakan oleh Ahlul-Haq (Ahlus-Sunnah). Mereka (Mu’tazillah, Jahmiyyah, dan Haruriyyah) memalingkan (mena’wilkan) makna istiwaa’ kepada kekuasaan/kemampuan (al-qudrah). Jika saja hal itu seperti yang mereka katakan, maka tidak akan ada bedanya antara ‘Arsy dan bumi yang tujuh, karena Allah berkuasa atas segala sesuatu. Bumi adalah sesuatu, dimana Allah berkuasa atasnya dan atas rerumputan.

Begitu juga apabila istiwaa’ di atas ‘Arsy itu bermakna menguasai (istilaa’), maka akan berkonsekuensi untuk membolehkan perkataan : ‘Allah ber-istiwaa’ di atas segala sesuatu’. Namun tidak ada seorang pun dari kaum muslimin yang membolehkan untuk berkata : ‘Sesungguhnya Allah ber-istiwaa’ di tanah-tanah kosong dan rerumputan’. Oleh karena itu, terbuktilah kebathilan perkataan bahwa makna istiwaa’ (di atas ‘Arsy) adalah istilaa’ (menguasai)”.

Kemudian Al-Imam Abul-Hasan Al-Asy’ariy rahimahullah menyebutkan beberapa dalil dari Al-Kitab (Al-Qur’an), As-Sunnah, dan akal selain yang tersebut di atas.[5]

Perkataan para ulama yang menukil pegangan Imam Abul Hasan Asy’ariy

5. Al-Imam Abu Bakr bin Faurak menukil perkataan di atas dari para ahli hadits, dari Abul-Hasan Al-Asy’ariy dalam kitab Al-Maqaalaatu wal-Khilaaf Bainal-Asy’ariy wa Baina Abi Muhammad ‘Abdillah bin Sa’iid bin Kullaab Al-Bashriy – tulisan Ibnu Faurak. Beliau (Ibnu Faurak) berkata :

الفصل الأول في ذكر ما حكى أبو الحسن رضي الله عنه في كتاب المقالات من جمل مذاهب أصحاب الحديث وما أبان في آخره أنه يقول بجميع ذلك.

“Pasal Pertama : Penyebutan Apa-Apa yang Dihikayatkan Abul-Hasan Radliyallaahu ‘anhu dalam Kitab Al-Maqaalaat dari Kumpulan Pendapat Ashhaabul-Hadiits dan Apa yang Dijelaskan di Akhir Kitab tersebut Bahwa Beliau Mengatakan Keseluruhan Pendapat Tersebut.”

Ibnu Faurak kemudian menyatakan perkataan tersebut apa adanya, lalu berkata di bagian akhirnya :

فهذا تحقيق لك من ألفاظه أنه معتقد لهذه الأصول التي هي قواعد أصحاب الحديث وأساس توحيدهم

“Ini adalah satu penelitian bagi Anda dari perkataan Al-Asy’ariy bahwasannya beliau berkeyakinan dengan prinsip ini dimana hal itu merupakan kaidah yang dipegang oleh Ashhaabul-Hadiits dan pondasi bagi ketauhidan mereka”.

Telah berkata Al-Haafidh Abul-‘Abbas Ahmad bin Tsaabit Ath-Tharqiy[6] : Aku pernah membaca kitab Abul-Hasan Al-Asy’ariy yang berjudul Al-Ibaanah beberapa dalil yang menetapkan al-istiwaa’ (bersemayam). Beliau berkata dalam kesimpulan atas hal tersebut :

ومن دعاء أهل الإسلام إذا هم رغبوا إلى الله يقولون : يا ساكن العرش ومن حلفهم : لا والذي إحتجب بسبع.

“Termasuk salah satu doa orang Islam saat mereka berharap kepada Allah, mereka berkata : ‘Wahai yang penghuni ‘Arsy dan Dzat yang dijadikan sumpah oleh mereka’ ; tidak (dikatakan) : ‘Demi Dzat yang terhijab oleh tujuh langit”.[7]

6. Telah berkata Al-Ustadz Abul-Qaasim Al-Qusyairiy rahimahullah dalam Syikaayatu Ahlis-Sunnah :

ما نقموا من أبي الحسن الأشعري إلا أنه قال بإثبات القدر، وإثبات صفات الجلال لله، من قدرته، وعلمه، وحياته، وسمعه، وبصره، ووجهه، ويده، وأن القرآن كلامه غير مخلوق.

سمعت أبا علي الدقاق يقول : سمعت زاهر بن أحمد الفقيه يقول مات الأشعري رحمه الله ورأسه في حجري فكان يقول شيئا في حال نزعه لعن الله المعتزلة موهوا ومخرقوا

“Tidaklah mereka membenci Abul-Hasan Al-Asy’ariy kecuali karena ia telah menetapkan adanya qadar, menetapkan sifat keagungan bagi Allah, mulai dari kekuasaan-Nya, ilmu-Nya, hidup-Nya, pendengaran-Nya, penglihatan-Nya, wajah-Nya, tangan-Nya, dan bahwasannya Al-Qur’an adalah kalamullah, bukan makhluk.

Aku pernah mendengar Abu ‘Aliy Ad-Daqaaq berkata : Aku pernah mendengar Zaahir bin Ahmad Al-Faqiih berkata : ‘Ketika Al-Asy’ariy rahimahullah menjelang wafat, kepalanya berada di pangkuanku, maka beliau mengatakan : ‘Semoga Allah melaknat Mu’tazillah. Mereka telah tertipu dan telah berdusta”.[8]

7. Telah berkata Al-Haafidh Al-Hujjah Abul-Qaasim bin Al-‘Asaakir dalam kitabnya Tabyiinu Kadzibil-Muftariy fii maa Nusiba ilaa Al-Asy’ariy :

فإذا كان أبو الحسن رحمه الله كما ذكر عنه من حسن الإعتقاد، مستصوب المذهب عند أهل المعرفة والإنتقاد، يوافقه في أكثر ما يذهب إليه أكابر العباد، ولا يقدح في مذهبه غير أهل الجهل والعناد، فلا بد أن يحكى عنه معتقده على وجهه بالأمانة، ليعلم حاله في صحة عقيدته في الديانة، فاسمع ما ذكره في كتاب الإبانة فإنه قال : ((الحمد لله الواحد العزيز الماجد، المتفرد بالتوحيد، المتمجد بالتمجيد، الذي لا تبلغه صفات العبيد، وليس له مثل ولا نديد….)). فرد في خطبته على المعتزلة والقدرية والجهمية [والرافضة. إلى أن قال : فإن قال قائل : قد أنكر تم قول المعتزلة والقدرية والجهمية] والحرورية والرافضة والمرجئة، فعرفونا ما قولكم الذي تقولون، وديانتكم التي بها تدينون ؟ قيل له : قولنا الذي به نقول، وديانتنا التي بها ندين، التمسك بكتاب الله وسنة نبيه صلى الله عليه وسلم، وما روي عن الصحابة والتابعين وأئمة الحديث، ونحن بذلك معتصمون، وبما كان عليه أحمد بن حنبل نضر الله وجهه قائلون، ولمن خالف قوله مجانبون، لأنه الإمام الفاضل، والرئيس الكامل، الذي أبان الله به الحق عند ظهور الضلال، وأوضح به المنهاج، وقمع به المبتدعين، فرحمه الله من إمام مقدم، وكبير مفهم وعلى جميع أئمة المسلمين.

“Abul-Hasan Al-Asy’ariy rahimahullah, sebagaimana telah disebutkan dari beliau, adalah seorang yang mempunyai keyakinan (i’tiqad) yang baik, sesuai dengan madzhab yang ditempuh para ulama, dimana sebagian besar perkataannya mencocoki madzhab mereka (para ulama). Tidak ada yang mencela madzhabnya[9] kecuali dari kalangan orang-orang bodoh dan ingkar. Maka, sudah seharusnya bagi seseorang yang ingin menjelaskan i’tiqadnya disertai rasa amanah agar dapat diketahui kebenaran ‘aqidahnya dalam perkara agama. Maka, dengarkanlah apa yang telah ia sebutkan dalam kitabnya yang berjudul Al-Ibaanah : ‘Segala puji bagi Allah Yang Maha Esa, Maha Agung, dan Maha Terpuji. Yang sendiri dengan keesaan-Nya, yang terpuji dengan pujian, yang tidak sampai kepada-Nya sifat-sifat hamba, dan tidak ada kesamaan maupun tandingan bagi-Nya…”.

Beliau (Al-Imam Al-Asy’ariy) membantah dalam khutbahnya kepada Mu’tazillah, Jahmiyyah, dan Raafidhah. Hingga kemudian beliau berkata : Apabila ada seseorang mengatakan jika engkau telah mengingkari/membantah secara lengkap perkataan Mu’tazillah, Qadariyyah, Jahmiyyah, Haruriyyah/Khawarij, Raafidhah, dan Murji’ah; maka beritahukanlah kepada kami tentang perkataan yang menjadi pendapat dan agama bagimu ! Maka katakanlah padanya : ‘Perkataan yang kami katakan dan agama yang kami anut adalah berpegang-teguh kepada Kitabullah (Al-Qur’an), Sunnah Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam, dan apa-apa yang diriwayatkan dari shahabat, tabi’in, serta para imam ahli-hadits. Kami berpegang teguh terhadap hal itu. Dan juga, dengan agama (pemahaman) yang Ahmad bin Hanbal berada di atasnya – semoga Allah membaguskan wajahnya. Barangsiapa yang menyelisihi perkataannya (Ahmad bin Hanbal) adalah para pembangkang, karena dia adalah seorang imam yang utama dan pemimpin yang sempurna dimana Allah telah memberikan penjelasan kebenaran melalui perantaraannya di saat muncul kesesatan. Melalui perantaraannya, Allah juga telah menjelaskan manhaj yang benar dan membungkam ahlul-bida’. Semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya kepada imam yang unggul dan agung, serta kepada seluruh imam-imam kaum muslimin.

وجملة قولنا : أن نقر بالله وملائكته وكتبه ورسله، وما جاء من عند الله، وما رواه الثقات عن رسول الله صلى الله عليه وسلم، لا نرد من ذلك شيئا، وأن الله إله واحد فرد صمد، لا إله غيره، وأن محمدا عبده ورسوله، وأن الجنة والنار حق، وأن الساعة آتية لا ريب فيها، وأن الله يبعث من في القبور، وأن الله تعالى مستو على عرشه كما قال : (الرحمن على العرش استوى) وأن له وجها كما قال : (ويبقى وجه ربك) وأنه له يدين كما قال : (بل يداه مبسوطتان) وأن له عينين بلا كيف كما قال : (تجري بأعيننا) وأن من زعم أن اسم الله غيره كان ضالا، وندين أن الله يرى بالأبصار يوم القيامة كما يرى القمر ليلة البدر، يراه المؤمنون – إلى أن قال :

وندين بأنه يقلب القلوب، وأن القلوب بين إصبعين من أصابعه، وأنه يضع السموات والأرض على إصبع، كما جاء في الحديث، – إلى أن قال : -

وأنه يقرب من خلقه كيف شاء كما قال : (ونحن أقرب إليه من حبل الوريد) وكما قال : (ثم دنا فتدلى فكان قاب قوسين أو أدنى) ونرى مفارقة كل داعية إلى بدعة، ومجانبة أهل الأهواء، وسنحتج لما ذكرناه من قولنا وما بقي [منه] بابا بابا، وشيئا شيئا.

Dan kesimpulan perkataan kami adalah : ‘Kami mengakui Allah, para malaikat-Nya. Kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, dan apa-apa yang datang dari sisi Allah, serta apa-apa yang diriwayatkan oleh para perawi tsiqaat dari Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam. Kami tidak menolak satupun dari hal tersebut sedikitpun. Dan bahwasannya Allah adalah Tuhan yang Esa, tempat bergantung, tidak ada tuhan yang berhak disembah selain Dia. Dan bahwasannya Muhammad adalah hamba sekaligus utusan-Nya, surga dan neraka adalah haq (benar), kiamat akan datang tanpa ada keraguan di dalamnya, Allah akan membangkitkan manusia dari kuburnya, Allah ta’ala bersemayam (istiwaa’) di atas ‘Arsy-Nya sebagaimana firman-Nya : ‘(Yaitu) Tuhan Yang Maha Pemurah, Yang bersemayam di atas ‘Arsy’ (QS. Thaha : 5). Allah mempunyai wajah, sebagaimana firman-Nya : ‘Dan tetap kekal wajah Tuhan-Mu’ (QS. Ar-Rahmaan : 27). Allah mempunyai dua tangan sebagaimana firman-Nya : ‘Tetapi kedua tangan Allah terbuka’ (QS. Al-Maaidah : 64). Allah mempunyai dua mata tanpa ditanyakan bagaimananya, sebagaimana firman-Nya : ‘Yang berlayar dengan mata-mata Kami’ (QS. Al-Qamar : 14). Dan barangsiapa yang berkeyakinan bahwa nama Allah bukanlah Allah, maka ia adalah orang yang sesat. Kami meyakini bahwa Allah kelak akan dilihat dengan penglihatan (mata) pada hari kiamat oleh kaum mukminin sebagaimana dilihatnya bulan di malam purnama”. Hingga beliau (Al-Imam Al-Asy’ariy) berkata :

Kami berkeyakinan bahwasannya Allah membolak-balikkan hati, dan hati-hati manusia itu berada di antara dua jari di antara jari-jari Allah. Juga, bahwasannya Allah meletakkan semua langit dan bumi di atas satu jari, sebagaimana tercantum dalam hadits”. Hingga beliau (Al-Imam Al-Asy’ariy) berkata :

“Dan bahwasannya Allah itu dekat dengan makhluk-Nya dengan kehendak-Nya, sebagaimana firman-Nya : ‘Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat kehernya’ (QS. Qaaf : 16). ‘Kemudian dia mendekat, lalu bertambah dekat lagi, maka jadilah dia dekat (pada Muhammad sejarak) dua ujung busur panah atau lebih dekat (lagi)’ (QS. An-Najm : 8-9). Sedangkan di sisi lain kami melihat jauhnya setiap penyeru bid’ah dan pengikut hawa nafsu (dari agama dan pemahaman yang benar ini). Kami akan berhujjah (berargumentasi) dengan apa yang telah kami sebutkan tadi bab per bab secara rinci”.

Kemudian Ibnu ‘Asakir berkata :

فتأملوا رحمكم الله هذا الإعتقاد ما أوضحه وأبينه، واعترفوا بفضل هذا الإمام الذي شرحه وبينه.

“Maka renungkanlah – semoga Allah memberikan rahmat kepada kalian – i’tiqad/keyakinan ini. Alangkah terang dan jelasnya keyakinan ini. Dan hendaknya kalian mengakui keutamaan imam ini (yaitu Abul-Hasan Al-Asy’ariy) yang telah menjelaskan dan menerangkannya (kepada kalian semua)”.[10]

8. Telah berkata Al-Haafidh Ibnu ‘Asaakir : “Al-Imam Abul-Hasan Al-Asy’ariy telah berkata dalam kitabnya yang berjudul Al-‘Imad fir-Ru’yah :

ألفنا كتابا كبيرا في الصفات تكلمنا فيه على أصناف المعتزلة والجهمية، فيه فنون كثيرة من الصفات في إثبات الوجه واليدين، وفي إستوائه على العرش.

كان أبو الحسن أولا معتزليا أخذ عن أبي علي الجبائي، ثم نابذه ورد عليه، وصار متكلما للسنة، ووافق أئمة الحديث في جمهور ما يقولونه، وهو ما سقناه عنه من أنه نقل إجماعهم على ذلك وأنه موافقهم. وكان يتوقد ذكاء، أخذ علم الأثر عن الحافظ زكريا الساجي. وتوفي سنة أربع وعشرين وثلاثمائة، وله أربع وستون سنة رحمه الله تعالى.

“Kami telah menulis satu kitab besar dalam permasalahan sifat-sifat (Allah) dimana kami berbicara dari sudut pandang kelompok Mu’tazillah dan Jahmiyyah. Padanya terdapat berbagai macam pembahasan sifat dalam penetapan wajah dan dua tangan, serta istiwaa’-Nya di atas ‘Arsy”.[11]

Abul-Hasan Hasan pada mulanya adalah seorang Mu’tazillah yang mengambil pemahaman dari Abu ‘Ali Al-Juba’iy. Kemudian beliau meninggalkannya dan menolaknya serta berpaling menjadi seorang mutakallim (ahli ilmu kalam) Sunah. Para imam ahli hadits menyepakati sebagian besar apa yang dikatakannya. Demikianlah yang kami tuturkan dari beliau, bahwasannya beliau mengutip ijma’ mereka dan setuju dengan pendapat mereka. Beliau adalah orang yang cerdas, mempelajari ilmu atsar (hadits) dari Al-Haafidh Zakariyyah As-Saajiy. Beliau wafat pada tahun 324 H dalam usia 64 tahun. Semoga Allah memberikan rahmat kepada beliau”.

[selesai]

Scan kitab Al-‘Ulluw oleh Adz-Dzahabi rahimahullah pada halaman dimaksud : http://www.scribd.com/doc/16205688/Kitab-AlUlluw

Scan kitab Mukhtashar Al-‘Ulluw lidz-Dzahabi oleh Al-Albani rahimahullah pada halaman dimaksud : http://www.scribd.com/doc/16205769/Kitab-Mukhtashar-AlUlluw

Dapat kita lihat dari keterangan di atas bahwa manhaj Al-Imam Abul-Hasan Al-Asy’ariy rahimahullah sangat berbeda dengam kaum Asy’ariyyah (Asyaa’irah). Beliau telah menetapkan sifat-sifat Allah ta’ala yang terdapat di dalam Al-Qur’an dan As-Sunnah Ash-Shahiihah sebagaimana zhahirnya. Beliau rahimahullah menetapkan sifat istiwaa’, tangan, wajah, turun, dan yang lainnya. Bahkan yang menunjukkan manhaj beliau yang bertolak belakang dengan kaum Asy’ariyyah adalah pengingkaran beliau tentang ta’wil istiwaa’ dengan istilaa’ (menguasai) atau tangan dengan nikmat. Keyakinan ini adalah keyakinan Mu’tazillah dimana beliau dulu pernah berkeyakinan dengannya. Oleh sebab itu, keyakinan/’aqidah kaum Asy’ariyyah yang ada sekarang ini (dimana mereka gemar menta’wilkan sifat-sifat Allah – dan ini diingkari oleh Abul-Hasan Al-Asy’ariy) adalah keyakinan Mu’tazillah yang telah beliau tinggalkan sebelum taubatnya.

Oleh: Abu Al-Jauzaa’ – Perumahan Ciomas Permai, Bogor.

Dicopy dari: abul-jauzaa.blogspot.com

Semoga Allah memberikan taufiq kepada kita semua, kepada orang-orang yang ikhlas mencari kebenaran dan orang-orang yang cinta kepada sunnah Nabi dan benci kepada bid’ah. Dan semoga Allah memberikan ganjaran yang selayaknya kepada Ustadz Abul Jauzaa’ atas ketekunannya menulis artikel untuk membela sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Allahul musta’an.
Link to Post - Back to Top  IP: Logged


Result 9 of 30:
   [Search This Thread][Send Topic To Friend] [Print]
 AuthorTopic: Wahhabi Bukan Salafi (Read 622 times)
ammal09
New Ofis Boy
*
member is offline





Joined: Nov 2009
Gender: Male
Posts: 8
Karma: 0
 Re: Wahhabi Bukan Salafi
« Result #9 on Nov 29, 2009, 8:23am »

Orang Wahabi Lebih Mengikuti Sunnah?

Saat ini kecoh seluruh negara mengenai isu Wahabi. Ada mengatakan mereka sesat sehingga terkeluar dari aqidah ahlu sunnah wal jamaah yang menjadi mazhab aqidah bagi umat islam di Malaysia. Tidak kurang juga ada sebagian manusia yang mengatakan bahawa ajaran wahabi ini terkeluar dari mazhab fiqh yang empat seperti mazhab Syafie, Maliki, Hanafi dan Hanbali.

Saya kira, jika disenaraikan keseluruhan tuduhan sesat ke atas wahabi, mungkin tuduhan-tuduhan tersebut boleh menjangkau berjilid-jilid tebalnya. Kenapa saya katakan ‘tuduhan’? Iya, memang ianya sekadar tuduhan dan tidak lebih dari itu, orang-orang yang mengkritik wahabi menuduh amalan yang dilakukan oleh para ‘wahabi’ itu sebagai amalan yang sesat.

Sedangkan apabila kita bertanya kepada mereka, apa definisi wahabi dan kenapa mereka sesat? Rata-rata diantara mereka tidak dapat menjawab sehingga lebih pantas mereka ini dikatakan ibarat burung kakak tua, berkata sesuatu yang mereka sendiri tidak tahu.

Berhati-hatilah wahai kaum muslimin, janganlah kamu mencela saudaramu, janganlah kamu menyakiti mereka, apatah lagi kamu menuduh sesuatu tuduhan yang memang tidak ada pada diri mereka. Takutlah kamu kepada Allah kerana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam:

“Barangsiapa berkata tentang seorang mukmin sesuatu yang tidak ada padanya, Allah akan menempatkannya pada lumpur neraka, sehingga dia keluar dari apa yang telah dia katakan” [Shahih HR Abu Dawud, no. 3597, Ahmad (2/270 dan al-Baihaqi (6/82)]

Dan apabila kamu mengatakan sesat ke atas seseorang sedangkan kamu tidak tahu dasar kesesatan mereka, atau kamu tidak mengetahui apa yang kamu ucapkan itu hasil dari khabar burung (qila wa qola) yakni dengar dan cakap tanpa memeriksa, lihatlah firman Allah ini:

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (QS. al-Hujurat 49:6)

Syaikh Abu Bakar Jabir al-Jazairi berkata di dalam tafsirnya tentang perkataan

“periksalah; iaitu menetapkan terlebih dahulu sebelum berkata, berbuat dan menghukum.

Agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui; Ditakuti musibah menimpa satu kaum kerana kejahilan daripada kamu.” (Aisar Tafasir tafsir Surah al-Hujurat ayat 6)

Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:

“Cukuplah seseorang itu dikatakan sebagai pendusta apabila dia menyampaikan apa yang dia dengar.” (HR Muslim)

Berbalik kepada isu wahabi, mereka ini lebih mengikuti sunnah Nabi berbanding orang yang mencela mereka. Mereka ini lebih mengikuti mazhab Syafie berbanding Syafi’iyah (pengikut mazhab Syafie tegar) dan nasihat para aimmah (imam-imam) di dalam mazhab Syafie.

Buktinya, mari kita lihat perbandingan tuduhan-tuduhan oleh orang yang menuduh dan amalan yang dilakukan oleh para ‘wahabi’.

Tuduhan:

Pertama: Wahabi melarang bertaqlid kepada imam-imam mazhab

Kedua: Wahabi mengharamkan zikir berjemaah/kuat selepas solat

Ketiga: Wahabi mengharamkan membaca bismillah dengan kuat ketika solat jahr (bacaan yang dibaca kuat)

Keempat: Wahabi meletakkan tangan di atas dada ketika solat

Kelima: Wahabi merapatkan kaki-kaki mereka dengan orang disebelah mereka ketika solat berjemaah

Jawapan:

Pertama: Dalam hal agama, segala nya dikembalikan kepada Allah dan Rasul-Nya sebagaimana firman Allah, “Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.” (QS. an-Nisaa’ 4:59)

Perktaan ulil amri, dimaklumi maknanya sebagaimana perkataan mufassirin ianya adalah umara’ dan ulama. Sedangkan para ulama berkata antaranya:

Berkata Imam Syafie ketika menasihati salah seorang muridnya: “Hai Abu ishaq, janganlah engkau mengikut sahaja segala apa yang aku ucapkan, kajilah dahulu kerana apa yang aku ucapkan ini adalah masalah agama.” (Mizan al-kubra 1/192)

Katanya lagi : “Apabila kamu dapati di dalam bukuku sesuatu yang bertentangan dengan hadits Rasulullah, maka berpeganglah dengan hadits tersebut dan tinggalkanlah apa yang telah aku katakan (pendapatku).” (Majmu’ Syarah al-Muhazzab 1/63)

Bahkan tidak ada di antara imam-imam mazhab yang mewajibkan setiap orang yang mengikuti mereka untuk bertaqlid tanpa memeriksa hujah yang telah mereka keluarkan.

Berkata Imam Abu Hanifah : “Tidaklah dihalalkan bagi sesiapa menerima pendapat kami jika mereka tidak tahu dari mana kami mengambilnya.” (Al-Intiqa Fi Fadhail al-tsalatsah al-Aimmah)

Berkata Imam Malik : “Aku hanya manusia yang mana pendapat aku terkadang benar dan terkadang salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Quran dan Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Quran dan Sunnah, tinggalkanlah”. (Jami’ al-Bayan al-’Ilm 2/32)

Berkata Imam Ahmad: “Dapatkanlah ilmu dengan cara yang ditempuh oleh para imam mujtahid dalam mendapatkan ilmu, janganlah berpuas hati dengan hanya bertaqlid. Kerana taqlid itu bagaikan orang yang buta.” (Mizan al-kubra 1/32)

Jadi, persoalan sekarang siapa yang lebih mengikuti perintah Nabi dan para imam mazhab?

Kedua: Berkata Imam Syafie ketika mengulas hadis dari Ibn Abbas, katanya : “Aku berpendapat sekiranya imam dan makmum bahawa mereka berzikir kepada Allah sesudah selesai solat, kedua-duanya menyembunyikan zikir (perlahankan) kecuali imam itu adalah orang yang harus orang belajar darinya.” Kemudian katanya lagi, “Aku berpendapat bahawa Nabi menguatkan suaranya ketika berzikir supaya manusia dapat belajar darinya.” (Al-Umm Jld 1 ms. 150 –Syamila-)

Jadi, persoalan sekarang siapa yang lebih mengikuti perintah Nabi dan para imam mazhab?

Ketiga: Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam membaca ”Bismillahirrahmaannirrahim” dengan tanpa mengeraskan suara. (HR Bukhari, Muslim & Ahmad).

Hadis ini menunjukkan ianya sebahagian dari sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Dan ianya antara pendapat Imam Hanbali, bagaimana mungkin orang yang melabel sesat kepada orang yang membaca bismillah dengan perlahan sedangkan ianya sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Jadi, persoalan sekarang siapa yang lebih mengikuti perintah Nabi dan para imam mazhab?

Keempat: Hadis dari Wail bin Hujur radiyallahu ‘anhu, “Baginda meletakkan kedua tangannya (bersedekap) di dada”. (HR Ibnu Khuzaimah di dalam shahihnya)

Jadi, persoalan sekarang siapa yang lebih mengikuti perintah Nabi dan para imam mazhab?

Kelima: Mengenai shaf di dalam solat, berdasarkan kepada hadits dari Anas bin Malik Radiyallahu ‘anhu dia berkata : “Setiap orang merapatkan bahunya dengan bahu orang yang disampingnya dan merapatkan kakinya dengan kaki orang yang disampingnya.” (HR Bukhari no. 722 dan Muslim no. 435)

Dari hadits Nu’man bin Basyir Radiyallahu ‘anhu : “Aku melihat mereka (sahabat) merapatkan bahunya dengan bahu orang yang disampingnya, lututnya dengan lutut orang disampingnya serta mata kakinya dengan mata kaki orang disampingnya.” (HR Abu Daud no. 662 dengan sanad yang shahih)

Jadi, persoalan sekarang siapa yang lebih mengikuti perintah Nabi dan para imam mazhab?

Untuk ini dahulu setakat ini, mudah-mudahan mendapat sedikit sebanyak manfaat..Allahul Musta’an

Abu Hurairah al-Atsary

Kota Kinabalu

10/11/2009
Link to Post - Back to Top  IP: Logged


Result 10 of 30:
   [Search This Thread][Reply] [Send Topic To Friend] [Print]
 AuthorTopic: Mana perginya ustaz2 ASWJ ? (Read 127 times)
abdullah
New Ofis Boy
*
member is offline





Joined: Nov 2009
Gender: Male
Posts: 2
Karma: 0
 Re: Mana perginya ustaz2 ASWJ ?
« Result #10 on Nov 24, 2009, 9:24pm »
[Quote]


Nov 28, 2008, 2:09am, hafizinternet wrote:
Assalamualaikum.

kebelakangan ini, semakin ramai ust. dari ASWj yang bangkit menentang ajaran sesat seperti wahabi dan sebagainya.TApi ini masih tidak mencukupi kerana mereka akan menggunakan apa sahaja cara untuk menyebarkan ajaran mereka .

Internet adalah cara yang yang paling cepat dan mudah sekali kerana orang awam lebih ramai yang melayari internet dari berguru.

Soalannya , bilakah kita akan ada website yang sistematik dan centralized? banyak lagi usaha perlu untuk menyatukan bloggers ASWJ ni. Mungkin kerana ust2 sibuk. BAgaimana pula kalau kita adakan kutipan dana . Sekurangnya2 dapat menampung perbelanjaan website dan saguhati kepada ust2 yang menjadi admin.??


Sohib bisa jg buka blog http://naamyesss.blogspot.com/ atau http://invasi.blogspot.com/ di indonesia
Link to Post - Back to Top  IP: Logged


Result 11 of 30:
   [Search This Thread][Send Topic To Friend] [Print]
 AuthorTopic: ALLAH EXISTS WITHOUT A PLACE (Read 308 times)
abdullah
New Ofis Boy
*
member is offline





Joined: Nov 2009
Gender: Male
Posts: 2
Karma: 0
 Re: ALLAH EXISTS WITHOUT A PLACE
« Result #11 on Nov 24, 2009, 8:54pm »

Alhamdulillah, saya dapat menemukan situs yang sangat bermanfaat bagi saya khususnya, sebagian tulisan yg sudah kubaca ternyata serupa dan sepaham dg apa yang kuperoleh di majelis pengajian saya di danawarih, balapulang, tegal, jawa tengah, indonesia...kami jg sepaham dengan pandangan yang sangat masyhur dari Al’allaamah Al-Muhaddits Assyeih Abdulloh Al-Harariy Al- Habssyi... mudah2 kita bisa berjuang demi tegaknya akidah ahlu sunah waljamaah (ASWAJA).
Link to Post - Back to Top  IP: Logged


Result 12 of 30:
Page 1 of 2 » Jump to page   Go    [Search This Thread][Reply] [Send Topic To Friend] [Print]
 AuthorTopic: Ikhwan Ahmadiah Bukit Abal (Read 1,285 times)
jhk
Guest
 Re: Ikhwan Ahmadiah Bukit Abal
« Result #12 on Nov 24, 2009, 2:36am »
[Quote]

¹ã·º´ó¸Å¿ÅÁ£»ú¸ÉÏ´µê¼ÓÃË|¸ÉÏ´µêÁ¬Ëø|¸ÉÏ´¼ÓÃËÁ¬Ëø|Ï´Òµê¼ÓÃË|Ï´Ò¼ÓÃË|Ƥ¾ß»¤Àí|ƤЬÃÀÈÝÊÔÑé»ú´òµÄҺѹ»ú|ËÄÖùҺѹ»úÕßÀϼé¾Þ»¬¿ÍÍòÄܲÄÁÏÊÔÑé»ú|ÍòÄÜÊÔÑé»ú|²ÄÁÏÊÔÑé»úÎÒµÄÍø¶¨Ê±¹Ø»úÀ­Á¦»ú·­Ò빫˾Áíһ̨¼ÆËã»úÁ¬½Ó²»Ðâ¸Ö¹Ü|¹Ü¼þ|²»Ðâ¸ÖÎÞ·ì¹Ü|Ä͸ßκϽð¹ÜÊÔÑé»ú·¨À¼ÉϺ£·­Ò빫˾½«¼ÆËã»ú´øÀ­Á¦»ú|À­Á¦ÊÔÑé»ú¼õ·Ê·½·¨ÈçºÎ¼õ·Ê¼õ·Ê·½·¨|ÈçºÎ¼õ·Ê|¼õ·ÊÒ©|×îÓÐЧµÄ¼õ·Ê²úÆ·|ÓÐЧµÄ¼õ·Ê²úÆ·|×îºÃµÄ¼õ·ÊÒ©Äܹ»Ê¹ÎÒÃǵıʼDZ¾ÂçÂëΪ·ç»úÅ̹Ü|ÖÐÑë¿Õµ÷Ä©¶ËÉ豸Õâµ½µ×ÄÜÊÔÑé»ú»á°ÑÒÂÎïÄõ½×¨ÒµÏûÉùÆ÷|ÎÞ¶¯Á¦·çñ|·À»ð·§¿ÉÒԵǼרҵ»ìÁ÷·ç»ú¿ÉÒԵǼÁËÅäµç¹ñ|ͨÐŵçÔ´ÎÞÎÞÏßÅäµç¹ñ|ͨÐŵçÔ´ÎÞÎÞÏßËÄÖùҺѹ»úÎÞÎÞÏßÎÞÏßµçÀÂÇżÜÎÞ°²È«·Â¹Å¼Ò¾ß|¶«Ñôľµñ¿ÉÒÔ¼ÓÃܹ·|¼ÓÃÜËø¼ÓÃܹ·ÎÒ¸üÈÝÒ׳ÝÂÖ±Ã|Âݸ˱Ã|³ÝÂÖÓͱÃ|Á¤Çà±ÃÎÒ¸üÈÝÒ×¼Çס¸Ö½á¹¹¸ö·¢ÎÞת×ÓÁò»¯ÒÇÊ×ÏÈÏÂÃæÈËÍòÄÜÓ¦´Ǫ́ʽ»úµÄÍøÏß¿ªÀ­Á¦»ú´óµçÀÂÇżÜ|Çżܻ¯²¨À­Á¦»úÒÔ×Ô¶¯»ñȡһÀ­Á¦ÊÔÑé»ú|µç×ÓÀ­Á¦ÊÔÑé»ú·ÃÎÊ·ÓÉÆ÷²¢½øÐдóÀÏ»¯ÊÔÑéÏ仯²¨¶¯±È½Ï´ósew|flender|flender¼õËÙ»ú|sew¼õËÙ»ú|¸¥À¼µÂ¼õËÙ»ú¼¼Êõ¸ïдÓĿǰÀ´Ëµ±È½ÏÄÑ×ö¸ÉÏ´¼ÓÃË|¼ÓÃËÏ´Òµê|Ï´ÒÂÁ¬Ëø|Ï´ÒµêÁ¬Ëø¼ÓÃ˵÷ÖÆ½âµ÷À´±È½ÏÄÑ×ölevisÅ£×пãµ÷ÖÆÆ÷ͬÉù´«Òë|ͬÉù·­ÒëÏ´Òµê˵ÎÞת×ÓÁò»¯ÒÇÔõÆ÷ƽ°åÁò»¯»úÔõ·­ÒëÏð½ºÀ­Á¦ÊÔÑé»úÔõ·­»éÒö×Éѯ|»éÍâÇéÍøÂçÒëÍòÄÜÊÔÑé»ú Ôõ·­Ò빫˾ÈÕÓïÅàѵѧУÔõ·­Ò빫˾ô»ØÊÂÒÔµ½Äþ²¨°á¼Ò|Äþ²¨°á¼Ò¹«Ë¾Äܹ»Ê¹µ½µç»ú°óÔúÏß|°óÔúÏßÄܹ»Ê¹À­Á¦»úÃÜÎÒÃǵĴ«¶¯ÖáÔ²Öù³ÝÂÖ¼õËÙ»ú|Ô²×¶³ÝÂÖ¼õËÙ»úËüȱ Ïð½ºÆ£À͹êÁÑÊÔÑé»úÔõ·­Òë·­ÒëÓÍ·âÐýתÐÔÄÜÊÔÑé»ú|ÓÍ·âÊÔÑé»úÔõ·­Ïð½ºË«Í·ÇÐÆ¬»ú ÇòѹÄÍÈÈÊÔÑé×°Öà V´ø²âÁ¿ÒÇ swlË¿¸ËÉý½µ»úËüȱ
Link to Post - Back to Top  IP: Logged


Result 13 of 30:
Page 1 of 2 » Jump to page   Go    [Search This Thread][Reply] [Send Topic To Friend] [Print]
 AuthorTopic: Ikhwan Ahmadiah Bukit Abal (Read 1,285 times)
gfdg
Guest
 Re: Ikhwan Ahmadiah Bukit Abal
« Result #13 on Nov 13, 2009, 8:48pm »
[Quote]

°²×°ËµÃ÷ÉÏ´Ǫ́ʽ»úµÄÍøÏ߸ÉÏ´µê¼ÓÃË|¸ÉÏ´µêÁ¬Ëø|¸ÉÏ´¼ÓÃËÁ¬Ëø|Ï´Òµê¼ÓÃË|Ï´Ò¼ÓÃË|Ƥ¾ß»¤Àí|ƤЬÃÀÈÝÊÔÑé»ú¶¨Ê±¹Ø»úÀ­Á¦»ú·­Ò빫˾Áíһ̨¼ÆËã»úÁ¬½Ó²»Ðâ¸Ö¹Ü|¹Ü¼þ|²»Ðâ¸ÖÎÞ·ì¹Ü|Ä͸ßκϽð¹Ü|²»Ðâ¸Ö»»ÈȹÜ|Ë«Ï಻Ðâ¸Ö¹ÜÊÔÑé»ú»á°ÑÒÂÎïÄõ½×¨ÒµµÄÏ´Òµ귨À¼|²»Ðâ¸Öº¸½Ó¹Ü|²»Ðâ¸Ö»»ÈȹÜÉϺ£·­Ò빫˾½«¼ÆËã»ú´øÒºÑ¹»úÀ´ÕÒÎÒ°ïæͬÉù´«Òë|ͬÉù·­ÒëÏ´Òµê¸ÉÏ´¼ÓÃËÁ¬ËøÏ´ÒµÄÀ­Á¦ÊÔÑé»úÖÃÀ­Á¦»ú|À­Á¦ÊÔÑé»ú¼õ·Ê·½·¨ÈçºÎ¼õ·Ê¼õ·Ê·½·¨|ÈçºÎ¼õ·Ê|¼õ·ÊÒ©|×îÓÐЧµÄ¼õ·Ê²úÆ·|ÓÐЧµÄ¼õ·Ê²úÆ·|×îºÃµÄ¼õ·ÊÒ©Äܹ»Ê¹ÎÒÃǵıʼDZ¾ÍòÄܲÄÁÏÊÔÑé»ú|ÍòÄÜÊÔÑé»ú|²ÄÁÏÊÔÑé»úÎÒµÄÍøÂçÒÔ×Ô¶¯»ñȡһ¸ö IP µØÖ·À­Á¦ÊÔÑé»ú|µç×ÓÀ­Á¦ÊÔÑé»ú·ÃÎÊ·ÓÉÆ÷²¢½øÐÐÀ­Á¦»ú|ÍòÄܲÄÁÏÀ­Á¦»úÁ¢¼´µ¥»÷ÎÞÏßÏÂÃæµÄÈËÍòÃÜÂëΪadmin·ç»úÅ̹ÜÕâµ½µ×ÄÜÊÔÑé»ú»á°ÑÒÂÎïÄõ½×¨ÒµÏûÉùÆ÷|ÎÞ¶¯Á¦·çñ|·À»ð·§¿ÉÒԵǼÁËÅäµç¹ñ|ͨÐŵçÔ´ÎÞÏ߸ֽṹÎÞÏß°²È«ÁÚ¾Ó»ò·Â¹Å¼Ò¾ß|¶«ÑôľµñÕß¿ÍÈ˾Ͳ»·Â¹Å¼Ò¾ß|¶«Ñôľµñ¿ÉÒÔ¼ÓÃܹ·|¼ÓÃÜËø¼ÓÃܹ·ÎÒ¸üÈÝÒ׳ÝÂÖ±Ã|Âݸ˱Ã|³ÝÂÖÓͱÃ|µã»ð±Ã|Á¤Çà±ÃÎÒ¸üÈÝÒ×¼ÇסµÄÒ»¸öÃû³Æ»éÒö×Éѯ|»éÍâÇé|ÐÄÀí×ÉÑ¯ÍøÂçÃû³Æ¸Ä³ÉÎÞת×ÓÁò»¯ÒÇÊ×ÏÈÏÂÃæÈËÍòÄÜÓ¦´Ǫ́ʽ»úµÄÍøÏß¿ªÀ­Á¦»ú´óµçÀÂÇżÜ|ÇżÜ|ĸÏß²Û»¯²¨À­Á¦»ú´óÀÏ»¯ÊÔÑéÏ仯²¨¶¯±È½Ï´ósew|flender|flender¼õËÙ»ú|sew¼õËÙ»ú|¸¥À¼µÂ¼õËÙ»ú¼¼Êõ¸ïдÓĿǰÀ´Ëµ±È½ÏÄÑ×ö¸ÉÏ´¼ÓÃË|¼ÓÃËÏ´Òµê|Ï´ÒÂÁ¬Ëø|Ï´ÒµêÁ¬Ëø¼ÓÃ˵÷ÖÆ½âµ÷À´±È½ÏÄÑ×ölevisÅ£×пãµ÷ÖÆÆ÷˵ ÎÞת×ÓÁò»¯ÒÇÔõ·­Ò빫˾ô»ØÊÂÒÔµ½Äþ²¨°á¼Ò|Äþ²¨°á¼Ò¹«Ë¾Äܹ»Ê¹µ½google×ó²àÅÅÃûÄܹ»Ê¹ÎÒµç»ú°óÔúÏß|°óÔúÏßÄܹ»Ê¹ÎÒÃǵıʼDZ¾µç·¨À¼Ã»ÓнøÔ²Öù³ÝÂÖ¼õËÙ»úËüȱ
Link to Post - Back to Top  IP: Logged


Result 14 of 30:
Page 1 of 2 » Jump to page   Go    [Search This Thread][Send Topic To Friend] [Print]
 AuthorTopic: HUkum Berlafaz Niat Sebelum Solat (Read 562 times)
harriemaulana
New Ofis Boy
*
member is offline





Joined: Nov 2009
Gender: Male
Posts: 4
Karma: 0
 Re: HUkum Berlafaz Niat Sebelum Solat
« Result #14 on Nov 12, 2009, 4:48am »

Takpe la orang nak kata bid'ah ke tidaknya sbb mereka tak sampai, malah ilmu ALLah ini terlalu tinggi utk kita duga dengan menggunakan hukum aqal yang sangat terbatas ni. Janganlah rasa dengan adanya secebis ilmu yang ditempiaskan kepada kita lalu kita boleh menghukumkan sesuatu yang kita sendiri tak akan tahu. Sebaliknya hendaklah kita berserah diri padaNya dengan memohon petunjuk bukan dengan berhujjah sana sini mengatakan orang semua tak betul bid'ah dan sesat. Inilah sebenar penyakit manusia sejak azalinya lagi iaitu hawa nafs (keakuan diri) yang membawa syirik kepada ALLah Azza Wa Jalla.

Selalunya yang bercakap sana sini tentang mencontohi RasuluLLah SAW sedangkan orang itu sendiri pun tak pernah bertemu dengan RasuluLLah apatah lagi di ajarkan oleh baginda Nabi SAW sendiri. Kemudian menyesatkan orang lain yang menerima terus secara khususiyah segala amalan dan ajaran baginda RasuluLLah SAW melalui kerohanian.

Sudahlah, kalau kita tidak dianugerah ALLah makam Musyahadah dan Muraqqabah maka sesatlah kita dari petunjuk yang sebenar.


ALLah Azza Wa Jalla telah berfirman :

فسـئلوا أهل الذكر إن كنتم لا تعلمون

Yang bermaksud kira2 :

"...maka bertanyalah kepada Ahla-Dzikir sekiranya kamu tidak mengetahui"

WaLLahu'alam.


~ Hamba faqir ~
Link to Post - Back to Top  IP: Logged

إلـهى أنت مقصودى ورضاك مطلوبى


Result 15 of 30:
   [Search This Thread][Send Topic To Friend] [Print]
 AuthorTopic: Menyanggah DR. Johari Mat (Read 871 times)
harriemaulana
New Ofis Boy
*
member is offline





Joined: Nov 2009
Gender: Male
Posts: 4
Karma: 0
 Re: Menyanggah DR. Johari Mat
« Result #15 on Nov 10, 2009, 9:49am »

Ramai orang hari ini hanya pandai berkata-kata tentang hal ketuhanan tetapi haqiqatnya langsung tidak kenal Tuhan... mereka hanya tahu tuhan melalui logik aqal mereka semata-mata tetapi tidak sekali-kali di hati... ketahuilah wahai sekalian manusia, selagi ALLah Azza Wa Jalla tidak kurniakan Musyahadah dan Muraqqobah kepada seseorang hamba itu maka tak guna seduit pun, walau ia memiliki segedung ilmu tetapi padanya hanyalah maklumat yang diadaptasi daripada orang lain semata-mata.

Selagimana kita mengatakan yang diri kita ini benar maka itulah haqiqat kepada kebathilan... yang benar hanya dari ALLah dan rasulNya sahaja.

WaLLahu'alam.



~ Hamba yang berdosa ~
« Last Edit: Nov 10, 2009, 10:04am by harriemaulana »Link to Post - Back to Top  IP: Logged

إلـهى أنت مقصودى ورضاك مطلوبى


Result 16 of 30:
   [Search This Thread][Send Topic To Friend] [Print]
 AuthorTopic: Hukum membuang SAKA Islam??? (Read 83 times)
meksofi
New Ofis Boy
*
member is offline





Joined: Nov 2009
Gender: Female
Posts: 2
Karma: 0
 Re: Hukum membuang SAKA Islam???
« Result #16 on Nov 10, 2009, 9:06am »

Salam Nabihah,


Macam cerita novel Ramlee Awang Mursyid jer... ;D ;D..apa2pun kalau kena gaya rundingnya ISYALLAH perginya dia...Wallahua'lam
Link to Post - Back to Top  IP: Logged


Result 17 of 30:
   [Search This Thread][Send Topic To Friend] [Print]
 AuthorTopic: Sidratul Muntaha? (Read 65 times)
meksofi
New Ofis Boy
*
member is offline





Joined: Nov 2009
Gender: Female
Posts: 2
Karma: 0
 Re: Sidratul Muntaha?
« Result #17 on Nov 10, 2009, 8:58am »

Salam Nabihah,

Wah jauh betul mikraj saudari ke langit yg ke 7!!. Sidratul Muntaha itulah lah nama bagi langit yg ke 7 tempat dimana Nabi SAW mengambil sendiri ibadah solat yg diperintahkan kpd kita2 ini. Kalau lah saudari dpt di pimpin, dibimbing oleh mursyid INSYALLAH mudah sgt tercapai maksudnya... Wallahua'lam.
Link to Post - Back to Top  IP: Logged


Result 18 of 30:
   [Search This Thread][Reply] [Send Topic To Friend] [Print]
 AuthorTopic: Ilmu Laduni Menurut Alqur’an dan sunnah (Read 611 times)
harriemaulana
New Ofis Boy
*
member is offline





Joined: Nov 2009
Gender: Male
Posts: 4
Karma: 0
 Re: Ilmu Laduni Menurut Alqur’an dan sunnah
« Result #18 on Nov 9, 2009, 8:42pm »
[Quote]

السلام عليكم ورحمة الله

Sebaiknya ilmu laduni ni tak perlulah dicari kalau kita bukan haqnya... adalah lebih baik beramal dengan penuh keikhlasan dan rendah hati kepadaNya semata2... dan tuntutlah ilmu syariat serta amalkan dengan thoriqat bagi menyampaikan kepada haqiqat dan makrifatNya.


WaLLahu'alam.
« Last Edit: Nov 10, 2009, 2:29am by harriemaulana »Link to Post - Back to Top  IP: Logged

إلـهى أنت مقصودى ورضاك مطلوبى


Result 19 of 30:
Page 1 of 2 » Jump to page   Go    [Search This Thread][Reply] [Send Topic To Friend] [Print]
 AuthorTopic: Ikhwan Ahmadiah Bukit Abal (Read 1,285 times)
harriemaulana
New Ofis Boy
*
member is offline





Joined: Nov 2009
Gender: Male
Posts: 4
Karma: 0
 Re: Ikhwan Ahmadiah Bukit Abal
« Result #19 on Nov 9, 2009, 8:23pm »
[Quote]


Feb 7, 2009, 10:00am, cikgusains wrote:
er.. nape saya x leh baca eh.. ygada cuma simbol2


Inilah sabotaj namanya....
Link to Post - Back to Top  IP: Logged

إلـهى أنت مقصودى ورضاك مطلوبى


Result 20 of 30:
   [Search This Thread][Send Topic To Friend] [Print]
 AuthorTopic: Taubat Kata2 Ke-2 - Allah berkata KAF dan NUN? (Read 121 times)
firdaus83
Manager
***
member is offline





Joined: Sept 2008
Gender: Male
Posts: 54
Karma: 0
 Re: Taubat Kata2 Ke-2 - Allah berkata KAF dan NUN?
« Result #20 on Nov 7, 2009, 9:53pm »

Risalah asal. Boleh Mohon kepada

Saudara Firdaus bin Mazlan bin Siam
di email greens_lavender4@yahoo.com
« Last Edit: Nov 7, 2009, 9:53pm by firdaus83 »Link to Post - Back to Top  IP: Logged


Result 21 of 30:
   [Search This Thread][Send Topic To Friend] [Print]
 AuthorTopic: Taubat Kata2 Ke-2 - Allah berkata KAF dan NUN? (Read 121 times)
firdaus83
Manager
***
member is offline





Joined: Sept 2008
Gender: Male
Posts: 54
Karma: 0
 Re: Taubat Kata2 Ke-2 - Allah berkata KAF dan NUN?
« Result #21 on Nov 7, 2009, 9:31pm »

D. KESIMPULAN

1. Tidak pernah sampaikah kepada mu wahai Saudara-saudaraku! Akan peringatan-peringatan dari Nabi saw, yang melarang kita dari menghuraikan Ayat-ayat Al-Quran dan Hadis-hadisnya berdasarkan apa sahaja yang terlintas di fikiran kita tanpa mempelajari Ilmu-ilmu Tafsir.

2. Marilah kita sama-sama membaca, melihat dan mendengar lagi akan Hadis Nabi saw yang melarang perbuatan tersebut!

3. Telah tersebut di dalam Kitab Tafsir Marah Labid Li Kasyfi Ma’na Quran Majid / Tafsir Al-Munir, bagi Asy-Syaikh Muhammad Nawawi Ibnu Umar, Al-Banteni At-Tanari, Juzu’ Pertama, m/s 2.

Ertinya,

Dengan Nama Allah yang amat Pemurah lagi Amat Pengasih

- Segala puji adalah milik bagi Allah, yang mana telah Tawadhu’ (Merendahkan diri) oleh tiap-tiap sesuatu kerana Kehebatan Allah, dan telah menjadi Hina oleh tiap-tiap sesuatu kerana KemuliaanNya Allah. Dan, telah menyerah diri oleh tiap-tiap sesuatu di bawah Kekuasaan Allah.

Dan, tunduklah oleh tiap-tiap sesuatu di bawah kerajaannya Allah. Maha Suci Allah, yang mensyarakkan (menitahkan) segala Hukum yang dapat membezakan di antara Halal dan Haram.

Aku puji akan Allah, di atas apa yang telah dibukakan (difahamkan) daripada yang tersembunyi daripada Ilmu-ilmu, dengan mengeluarkan (memberikan) kefahaman.

Bermula Salawat dan Salam di atas penghulu kami Muhammad yang mana telah menghilangkan oleh dek penerangannya akan tiap-tiap kesamaran. Dan, juga Salawat dan salam di atas Keluarganya, dan Sahabat-sahabatnya, yang empunya perbuatan yang terpuji dan kesabaran yang tinggi, akan sebagai salawat dan salam yang berkekalan keduanya, selama mana masih ada hari-hari dunia.

(Adapun kemudian daripada bertahmid memuji Allah, dan berselawat dan salam di atas keluarga dan sahabat.)

Maka, berkatalah oleh sehina-hina makhluk iaitu Muhammad Nawawi,

"Sesungguhnya, telah meminta kepada ku, oleh sebahagian orang-orang yang mulia di sisiku, bahawa aku tuliskan suatu Tafsiran
bagi Al-Quran Al-Majid."

Maka, berbelah bagilah hati ku pada menunaikan permintaannya itu, serta mengambil masa yang lama.

Ini semua kerana takutkan daripada terjerumus di dalam Sabdaan Nabi saw,

"Barangsiapa berkata-kata (menafsirkan) tentang Al-Quran dengan pemikirannya sahaja (tanpa Ilmu alat bagi menafsirkan Al-Quran). Maka, Taqdir Allah betul pula Tafsirannya (secara kebetulan). Maka sesungguhnya, dia tetap bersalah (berdosa)."

(Ingatlah, walaupun betul penafsiran seseorang itu tentang Al-Quran, dia tetap berdosa kerana menggunakan pemikiran semata-mata. – Pent.)

Dan lagi, sabda Nabi saw,

“Barangsiapa berkata-kata (menafsirkan) tentang Al-Quran dengan pemikirannya semata-mata, maka hendaklah dia menyiap sediakan tempat duduknya di dalam api neraka Jahannam.”

Aku terima jua akan permintaan mereka supaya membuat satu tafsiran kerana mengikut jejak langkah para Ulama' Salaf dalam kerja menyusun Ilmu pengetahuan, supaya kekal ilmu pengetahuan beredar di kalangan Makhluk. Sebenarnya, tidak ada suatu penambahan atau pembaharuan dalam perbuatan ku ini.

Akan tetapi, sedarlah setiap zaman ada pemangkin atau penyemarak agama (Tajdid), dan juga supaya tafsiran Al-Quran yang ku susun ini menjadi penolong untuk ku. Dan, untuk orang-orang yang kurang pengetahuan, seperti aku. Dan, aku ambil di dalam kitab tafsiran ku ini daripada Kitab ;

1. Kitab Tafsir Al-Futhuhatul Ilahiyyah,
2. Kitab Tafsir Mafatihul Ghaib,
3. Kitab Tafsir Assirajul Munir,
4. Kitab Tafsir Tanwirul Miqbas,
5. Kitab Tafsir Tafsir Li Abi Su'ud.

Dan aku namakan akan dia, serta bersepakat dengan tarikhnya ;

"Marah Labid Li kasyfi Ma'na Quran Majid."

Dan, di atas Allah yang bernama sifat Al-Karim Al-Fattah, aku berpegang. dan kepadanya lah aku berserah dan aku bersandar. Dan, sekarang tibalah masanya, aku masuk menafsirkan dengan keelokan Taufiq daripada Allah, dan Dialah Allah sebenar-benar pembantu bagi tiap-tiap orang yang lari mendapatkan bantuan denganNya.

................................................

4. Maka, peliharalah dirimu wahai pembaca-pembaca budiman dari melakukan perkara-perkara di atas, iaitu dengan menjauhkan dirimu dari menafsir Al-Quran berdasarkan apa yang terlintas di fikiranmu.

5. Telah berkata orang-orang yang jahil dalam Agama,

“Tak kanlah jatuh Riddah (Murtad) cakap agama berdasarkan
Al-Quran dan Hadis.”

6. Ketahuilah olehmu! Tidaklah jatuh sesat 72 golongan itu yang dijanjikan masuk neraka kerana meninggalkan Al-Quran dan Hadis, malah mereka berpegang kuat akan Al-Quran dan Hadis Nabi saw.

7. Tetapi, jatuhnya mereka masuk ke lembah neraka Allah adalah kerana, mereka menterjemahkan dan mengulas keterangan-keterangan Al-Quran dan Hadis berdasarkan Hawa Nafsu mereka, dan mereka mengulas Nas tersebut berdasarkan apa yang terlintas di fikiran mereka semata-mata.

8. InsyaAllah, di dalam Risalah yang akan datang!

9. Kami akan memperkenalkan kepada saudara dan saudari pembaca yang budiman akan pengkelasan ayat-ayat Al-Quran yang Zahir dan Haqiqat. Yang mana, kejahilan mengenal pengkelasan ini akan menyebabkan kita terjatuh ke dalam lembah Muktazilah (Qadariyyah) yang dikeji oleh Nabi saw.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

10.Telah berkata lagi orang-orang yang jahil dalam Agama (Orang Tabligh),

“Kalau macam tulah mengikut pegangan kamu, sudah tentu umat Islam
akan berpecah belah dan tidak akan bersatu selama-lamanya!
Itu sebablah kami buat dakwah,dengan Dakwah umat Nabi saw boleh bersatu tanpa mengira Iktiqad, Mazhab dan segala perbezaan pendapat.”

11. Sedarlah wahai para pembaca yang budiman sekalian! Tujuan kami menyebarkan Risalah ini bukan sebagai memecah belahkan Ummat Nabi saw seperti apa yang didakwa oleh orang-orang Jahil di atas.

12. Tetapi, sebagai menyampaikan peringatan dari Nabi saw, bahawa di akhir zaman ini, akan terpecah Ummatnya menjadi 73 puak. Hanya, satu pecahan sahaja yang selamat masuk ke syurga, iaitu mereka-mereka yang mempunyai Aqidah dan Tauhid yang benar.

13. Dan, ini merupakan suatu Perintah dari Allah swt kepada kami, agar melakukan ‘Al-‘Amru Bil Ma’ruf (Mengajak Manusia ke arah kebaikan) dan Nahyu Anil Munkar (Mencegah daripada Kemungkaran). Iaitu, dengan menyebarkan Aqidah dan Tauhid yang benar, dan mencegah manusia dari terjerumus ke lembah Iktiqad Bidaah yang mungkar.

14. Maka, dengan ini jelaslah bahawa si jahil yang berkata-kata di atas, mengenal dan memahami agama berdasarkan penilaian baik dan buruk aqalnya semata-mata.

15.Maka, bertentanganlah kata-kata dan keyakinan si jahil ini dengan Dasar-dasar Ahlus Sunnah Al-Asya’irah dan Maturidiyyah, iaitu ;

Jalan wajib mengenal (faham) agama dengan sumber Syarak (Nas Al-Quran dan Hadis.
Link to Post - Back to Top  IP: Logged


Result 22 of 30:
   [Search This Thread][Send Topic To Friend] [Print]
 AuthorTopic: Taubat Kata2 Ke-2 - Allah berkata KAF dan NUN? (Read 121 times)
firdaus83
Manager
***
member is offline





Joined: Sept 2008
Gender: Male
Posts: 54
Karma: 0
 Re: Taubat Kata2 Ke-2 - Allah berkata KAF dan NUN?
« Result #22 on Nov 7, 2009, 9:30pm »

10.Pak ustaz, bolehkah kami bertanya, bagaimana pula dengan ayat-ayat Al-Quran yang menerangkan bahawa Nabi Musa as boleh berdialog dengan Allah?

11.Wahai para pembaca yang mencari Keredhaan Allah! Bagi Kisah Nabi Musa as pula, sebenarnya, Allah telah membuka hijab Nabi Musa as supaya dapat mendengar kata-kata Allah yang Qadim (Tiada Mula). Dan, bukanlah dengan berdialog yang mempunyai Permulaan dan Kesudahan.

12.Untuk memantapkan lagi hujjah kami ini, kami bawakan kepada para pembaca sekalian akan penerangan Kitab Tijanud Darari Fi Syarhi Risalatil Baajuriyy, bagi Asy-Syaikh Muhammad Nawawi Ibnu Umar, Al-Banteni At-Tanari, m/s 8, baris 9 dari bawah.

Tentang Bab Kalam Allah

Dan, bermula dalil atas demikian itu, yaitu tsabitnya sifat Kalam bagi Allah swt iaitu, dalil Sam’iyy,

Ertinya, “Dan telah berkata-kata oleh Allah Taala kepada Nabi Musa as akan sebagai benar-benar berkata-kata.”

Tafsir - Iaitu, menghilangkan oleh Allah daripada Nabi Allah Musa as akan Hijab, dan Allah memperdengarkan kepada Nabi Musa as akan Kalamnya yang Qadim (Tiada Mula).

Kemudian, Allah kembalikan ke atas Nabi Musa as akan Hijab.

Dan, bukanlah maksud daripada ayat ini bahawasanya Allah Taala memulakan percakapan (Dialog). Kemudian, lalu Allah Taala diam (daripada berdialog), kerana sesungguhnya Allah Taala itu sentiasa berkata-kata, kekal dan selama-lamanya. ( ).

Dan ada diriwayatkan, bahawasanya Musa as adalah beliau menyumbat akan dua lubang telinganya ketika sekembalinya daripada bermunajat kepada Allah Taala, supaya beliau tidak mendengar akan perkataan makhluq, kerana keadaan Musa as sudah tidak sanggup mendengar perkataan makhluq.

Kerana, sudah jadi di sisinya (apa yang didengari dari Makhluq) lebih buruk daripada suara-suara binatang yang buruk lantaran kerana sudah mengecapi daripada kelazatan mendengar Kalamullah yang Qadim, yang tidak dapat sama sekali diterangkan ketika mana mendengar akan Kalam “Zat yang tiada serupa dengan suatu apa pun.”

Dan, sesungguhnya, naik cemerlang (bercahaya) wajahnya Musa as, lantaran kerana cahaya nur yang bergemilangan. Sehingga tidak ada orang yang melihat akan dia melainkan pasti buta matanya.

Lalu, beliau pun memakai Burqu’ (Kain Penutup Muka) dan berkekalanlah beliau memakai Burqu’ (Kain penutup muka) di atas muka beliau sehinggalah beliau wafat.

...........................................

13.Kesimpulannya, jangan bermudah-mudah kita membaca Terjemahan Al-Quran, lalu menafsirkan ayat-ayat Al-Quran seperti apa yang telah orang-orang Tabligh lakukan. Kesannya jelas, ia boleh membawa Riddah (Murtad).
Link to Post - Back to Top  IP: Logged


Result 23 of 30:
   [Search This Thread][Send Topic To Friend] [Print]
 AuthorTopic: Taubat Kata2 Ke-2 - Allah berkata KAF dan NUN? (Read 121 times)
firdaus83
Manager
***
member is offline





Joined: Sept 2008
Gender: Male
Posts: 54
Karma: 0
 Re: Taubat Kata2 Ke-2 - Allah berkata KAF dan NUN?
« Result #23 on Nov 7, 2009, 9:30pm »

B. PENERANGAN TAUBAT YANG KEDUA

1.Inilah titik perbezaan orang yang Berilmu Agama (Belajar Tauhid dari Kitab-kitab Muktabar) dengan orang yang Jahil Agama walaupun dia itu seorang Profesor di dalam bidang tertentu sekalipun;

a.Orang Jahil Agama. – Memang tinggi fikir orang Tabligh ini. Tidak pernah dengar pun dari mulut Ustaz-ustaz yang mengatakan Allah Taala sehebat begini. Jika Allah mahu ciptakan makhluq, sebelum habis sebutan Nun lagi, makhluq sudah tercipta. Orang Tabligh memang tinggi fikir agamanya.

b.Orang Berilmu Agama. – Jika Allah Taala itu mahu menjadikan makhluq, bukanlah dengan berkata-kata “Kun Fayakun”. Sedangkan Maha Suci Allah dari berkata-kata sesuatu yang menyerupai Makhluq.

2.Ketahuilah oleh mu wahai para pembaca sekalian! Iaitu, boleh terjatuh hukum kufur (kafir) kepada si Penyebutnya jika dia ini beriktiqad bahawa Allah itu berkata-kata seperti Makhluq.

3.Inilah kesannya kerana mengambil Zahir ayat Al-Quran (Ayat-ayat Mutasyabihat) yang mengatakan Allah berdialog, tanpa mempelajari Ilmu Tauhid.

4.Perkara ini seperti apa yang dinyatakan di dalam Kitab ‘Aqidatun Najin Fi ‘Ilmi Usuliddin, bagi Al-’Alim Al-’Allamah Asy-Syaikh Zainul ‘Abidin bin Muhammad Al-Fathani, pada m/s 49, baris yang ke-8 dari atas.

- (Dan) Telah lalu disebut, orang yang berpegang dengan ZAHIR segala ayat Mutasyabihat atau segala Hadis Mutasyabihat itu, jadi KUFUR (Kafir).

................................

5. Maka, sebagai tafsilan atau perincian penghujjahan kami ini, baiklah! Secara “Tabarrukan Wa Tawasullan”, kami bawakan apa yang dinyatakan di dalam Kitab AsySyarhul Qawwim Fi Halli Al-Fazi Assiratil Mustaqim, bagi Asy-Syaikh Abdullah Al-Harari Al-Ma’ruf Bil Habasiyyi, m/s 141.

Ertinya,

....Maka, jika berkata mereka, iaitu Qaum Musyabbihah ,

(Qaum Musyabbihah itu, adalah Qaum yang mempunyai Aqidah yang terkeluar daripada Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah Al-Asya’irah dan Maturidiyyah. – Pent.)

“Bermula dalil kami di atas bahawasanya, Kalam Allah Taala itu dengan ada Huruf dan Suara, ialah sebagaimana FirmanNya Taala,

Ertinya, “Hanya sesungguhnya keadaan Allah Taala, apabila mengkehendaki menjadikan ia akan sesuatu bahawa berkata Ia,
baginya ‘Jadilah, maka jadilah ia.”

Maka jawapannya, kalau adalah perkara sebenar sebagaimana yang kamu (orang-orang Musyabbihah) dakwa, nescaya bersalahanlah ini ayat serta Ayat Al-Quran yang lainnya. Sedangkan, Al-Quran itu saling kuat mengkuatkan satu sama lain. Dan, tidaklah saling bertentangan.

(Jadi, apakah maksud sebenar ayat “Kun Fayakun” ini? – Pent.)

Dan, hanya sesungguhnya makna ini ayat bahawa, Allah Taala mengadakan segala benda dengan ketiadaan penat, dan kesusahan, dan dengan ketiadaan halangan dari seseorang kepada Allah.

Iaitu, sesungguhnya Allah Taala menjadikan akan benda-benda yang ia kehendaki, bahawa ia jadikan akan benda itu dengan bersegera, lagi dengan ketiadaan terlewat, daripada waktu yang ia kehendaki adanya benda itu, pada waktu tertentu itu.

Maka adapun, makna,

Ertinya, “Jadilah, maka jadilah ia.”

Ia menunjukkan di atas segera mengadakan. Dan, bukanlah maknanya itu, tiap-tiap kali apakala berkehendak oleh Allah Taala menjadikan sesuatu benda, bahawa berkata ia,

“Jadilah”, “Jadilah”, “Jadilah”.

Dan, jika sekiranya begini maknanya. Nescaya, Allah Taala itu tiap-tiap waktu hanya berkata,

“Jadilah”, “Jadilah”, “Jadilah”.

Bermula, fahaman yang sedemikian adalah Mustahil kerana Allah swt menjadikan pada detik yang satu, iaitu barang yang tidak dapat masuk di bawah perkiraan.

(Tidak terkira banyaknya Allah menjadikan makhluq pada satu detik masa yang sama. Tidak dapat difahami, hanya Allah sahaja yang faham.- Pent.)

Kemudian, adalah perkataan, “Kun, ( )” itu bahasa ‘Arab. Sedangkan Allah Taala itu, telah ada sebelum adanya bahasa-bahasa makhluq semuanya. Dan, sebelum adanya berbagai-bagai bangsa makhluq.

Maka, di atas fahaman Qaum Musyabbihah (Yang mengatakan Allah Taala menjadikan makhluq dengan menyebut perkataan, “Kun’. – Pent.), nescaya pastilah Allah Taala itu asalnya diam. (Tidak berkata-kata). Kemudian, baharulah ia berkata-kata.

Bermula ini perkara adalah mustahil, kerana bahawasanya keadaan diam, kemudian berkata-kata, kemudian diam lagi, dan kemudian berkata-kata lagi, adalah Sifat Keadaan Manusia, dan juga selain daripada manusia.

Dan, demi sesungguhnya, berkatalah Qaum Ahlus Sunnah Wal Jamaah (Al-Asya’irah),

“Kalaulah ada Allah Taala itu berkata-kata dengan huruf dan suara, nescaya Allah Taala berlaku di atasnya segala Sifat-sifat kemakhluqan, seperti bergerak, dan diam, dan sejuk, dan kering, dan berwarna-warni, dan ada bauan tertentu, dan rasa tertentu, dan lain-lain lagi. Sedangkan, ini semua adalah Mustahil bagi Allah.”

Dan, bermula Allah Taala menjadikan sebahagian daripada ‘Alam atau Makhluq itu bergerak-gerak pada satu ketika, dan diam pada satu ketika, mereka itulah manusia dan jin dan malaikat, dan angin, dan cahaya, dan gelap, dan bayang-bayang.

Sedangkan Allah Taala, langsung tidak menyerupai akan sesuatu pun daripada ini ‘Alam atau makhluq kesemuanya.

.......................................

6. Dan, lagi pada halaman 142.

Ertinya,

... Dan adapun, barang yang berpendapat kepadanya oleh Qaum Mujassimah daripada mengatakan bahawa Allah Taala menyebut dengan huruf “Kaf dan Nun ( )” ketika menjadikan sesuatu daripada segala makhluq. Maka, fahaman itu adalah fahaman yang *****.

Tidak pernah mengatakan dengan ini fahaman oleh seorang yang beraqal pun. Kerana, sesungguhnya mereka (Qaum Mujassimah) berkata mereka,

“Sebelum mengadakan makhluq, berkata oleh Allah Taala dengan ini perkataan yang tersusun dari huruf kaf dan nun.”

Maka, adalah maknanya Allah berkata-kata kepada sesuatu benda yang belum ada.

( Pada ketika Allah mula-mula menjadikan alam ini, iaitu sewaktu masa dan ruang masih belum ada, malah cahaya dan kegelapan pun masih belum ada, bagaimana boleh Allah berkata huruf kaf dan nun sedangkan huruf kaf dan nun ini wujud setelah manusia itu dijadikan? - Pent.)

Dan, jika mereka berkata pula,

“Sesungguhnya Dia (Allah Taala) berkata akan yang demikian itu selepas menjadikan sesuatu makhluq.”

Maka, tidak ada makna sama sekali berkata-kata untuk menjadikan sesuatu yang sudah ada.

.......................................

7. Inilah kesan sebenar yang berlaku apabila Al-Quran itu diterjemah tanpa disertakan Tafsir berbahasa Arabnya. Kerana ini perkaralah, Ulama’ dan Fuqaha’ mengharamkan menterjemah Al-Quran tanpa disertakan dengan tafsir bahasa ‘Arabnya.

8. Ini jelas kerana kerosakan telah berlaku lantaran dengan adanya Al-Quran dan Terjemahannya sahaja, ada orang sudah merasakan ia sudah faham Al-Quran dan boleh menafsir Al-Quran hanya dengan berdasarkan terjemahan ke dalam Bahasa tertentu.

9. Seperti apa yang dipelajari dari Kitab-kitab Tauhid yang Muktabar, mengenai Allah itu bersifat Kalam. Diketahui bahawa Allah Taala itu berkata-kata dengan;

a. Tidak berhuruf dan tidak bersuara,
b. Tidak ada permulaan dan tidak ada kesudahan,
c. Tidak mempunyai arah, iaitu atas, bawah, kanan, kiri, depan dan belakang.
d. Tidak mempunyai jarak jauh dan dekat.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Link to Post - Back to Top  IP: Logged


Result 24 of 30:
   [Search This Thread][Send Topic To Friend] [Print]
 AuthorTopic: Taubat Kata2 Ke-2 - Allah berkata KAF dan NUN? (Read 121 times)
firdaus83
Manager
***
member is offline





Joined: Sept 2008
Gender: Male
Posts: 54
Karma: 0
 Re: Taubat Kata2 Ke-2 - Allah berkata KAF dan NUN?
« Result #24 on Nov 7, 2009, 9:29pm »

DI BAWAH INI ADALAH FAHAMAN-FAHAMAN TAUHID
YANG DI AJARKAN KEPADA SAYA SEMASA BERGERAK DI DALAM USAHA TABLIGH.

B. TAUBAT YANG KEDUA

1. Dahulu aku pernah berkata-kata seperti di bawah ini;

Contoh 1

- “Tuan-tuan, terdapat di dalam surah Yassin, ada ayat yang menerangkan Allah nak jadikan makhluk itu dengan sebutan “Kun Fayakun”.

Allah Maha Kuasa tuan-tuan. Begitu hebatnya Kuasa Allah, Allah nak jadikan makhluk itu sebenarnya, sebelum sebutan “Kun” bertemu dengan “Fa” lagi, makhluk itu pun dah terjadi.”


2. Daripada kata-kata ku di atas, apa yang difahami di waktu dahulu adalah sebegini.

- Saya memang yakin, bahawa Allah Taala memang berkata-kata dan menyebut perkataan “Kun, ( )” semasa mahu menjadikan makhluq.

- Saya juga memang yakin, cepatnya dan hebatnya Allah Taala nak menjadikan makhluq. Sebelum Allah Taala habis menyebut bunyi ‘nun’, makhluq sudah pun terjadi.

- Ayat Al-Quran yang menerangkan perkara ini ialah Firman Allah, Surah Yasin, ayat 82.

Terjemahannya, “Hanya sesungguhnya keadaan Allah Taala, apabila mengkehendaki menjadikan ia akan sesuatu bahawa berkata Ia, baginya ‘Jadilah, maka jadilah ia.”

Maafkan saya kerana menyampaikan sesuatu yang murtad lagi memurtadkan kepada sahabat-sahabat.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
« Last Edit: Nov 7, 2009, 9:50pm by firdaus83 »Link to Post - Back to Top  IP: Logged


Result 25 of 30:
   [Search This Thread][Send Topic To Friend] [Print]
 AuthorTopic: Peringatan 1 - Tiada Mazhab dalam Tauhid (Read 17 times)
firdaus83
Manager
***
member is offline





Joined: Sept 2008
Gender: Male
Posts: 54
Karma: 0
 Re: Peringatan 1 - Tiada Mazhab dalam Tauhid
« Result #25 on Nov 7, 2009, 8:56pm »

Risalah asal. Boleh Mohon kepada

Saudara Firdaus bin Mazlan bin Siam
di email greens_lavender4@yahoo.com
Edit/Delete Message
Link to Post - Back to Top  IP: Logged


Result 26 of 30:
   [Search This Thread][Send Topic To Friend] [Print]
 AuthorTopic: Peringatan 1 - Tiada Mazhab dalam Tauhid (Read 17 times)
firdaus83
Manager
***
member is offline





Joined: Sept 2008
Gender: Male
Posts: 54
Karma: 0
 Re: Peringatan 1 - Tiada Mazhab dalam Tauhid
« Result #26 on Nov 7, 2009, 8:22pm »

PERINGATAN !!!


1. Tuan-tuan pembaca yang budiman! Di dalam perihal menceritakan Tabligh ini, kami lebih menekankan perihal Tauhid. Kerana, segala amalan tidak akan diterima Allah jika Pegangan Tauhid seseorang itu rosak.

2. Di dalam Ilmu Fiqh (Yang membicarakan hukum sah, batal, halal dan haram bagi ibadah seperti Solah, Puasa, Zakat, dan sebagainya), terdapat beberapa perbezaan pendapat. Dan, ia diterima kerana perbezaan pendapat di dalam Fiqh itu merupakan satu rahmat di dalam Islam.

3.Berikut adalah Imam-imam besar kita yang empat di dalam Ilmu Fiqh (Cabang Ilmu Furu’ Masail.)

a. Imam Hanafi Rahmatullah ‘Alaihi.
b. Imam Malik Rahmatullah ‘Alaihi.
c. Imam Syafieyy Rahmatullah ‘Alaihi.
d. Imam Hanbali Rahmatullah ‘Alaihi.

4. Antara contoh Sahabat-sahabat Nabi saw yang sangat ‘Alim, lagi mempunyai Mazhab atau Ijtihad tersendiri di dalam Ilmu Fiqh, adalah seperti Ibnu Abbas Radiallahu’anhu.

5. Antara Hadis Nabi saw yang tidak menolak Ijtihad Sahabat-sahabatnya di dalam Ilmu Fiqh, adalah seperti apa yang ternaqal di dalam Kitab Hasyiah Asy-Syaikh Muhammad bin ‘Ali As-Syinwani ‘Ala Mukhtasar Ibni Abi Jamrah Lil Bukhari, bagi Asy-Syaikh Muhammad bin ‘Ali As-Syinwani, m/s 72, Hadith ke-56, iaitu ;

Daripada Ibnu ‘Umar ia berkata, bersabda Junjungan Nabi saw kepada kami tatkala balik daripada peperangan Ahzab. Iaitu,

“Janganlah sembahyang oleh seseorang, akan Sembahyang ‘Asar melainkan pada Bani Quraizah. ”

Maka, setengah mereka mendapati Sembahyang ‘Asar di jalan. (Bahawa, waktu ‘Asar kian berakhir. – Pent.)

Kemudian, berkata setengah mereka;

“Tiadalah kami sembahyang hingga kami datang ke Bani Quraizah.”

Dan, berkata setengah mereka pula;

“Bahkan, kami hendak sembahyang juga. Tiada dikehendaki daripada kita yang demikian itu. (Iaitu, mentakhirkannya. – Pent.)”

Maka, disebutkan yang demikian itu kepada Nabi saw. Maka, ia tiada menempelak (menyalah) seseorang daripada mereka itu.

( Sila rujuk Syarah Hadis ini untuk huraian yang lebih lanjut mengenai, Nabi saw tidak menolak perbezaan Ijitihad (Pendapat) Sahabat-sahabatnya di dalam Ilmu Fiqh (Furu’ Masail) – Pent.)

..............................................

6. Tetapi, ketahuilah oleh mu wahai pembaca yang mencari Keredhaan Allah! Di dalam Ilmu Tauhid atau Ilmu Usuliddin, tidak diterima adanya perbezaan pendapat atau Mazhab.

7.Tauhid pegangan kita mestilah satu-satunya iaitu Pegangan Tauhid Ahlus Sunnah Wal Jamaah Al-Asya’irah dan Maturidiyyah. Kempat-empat Imam Mazhab Fiqh kita ini mempunyai satu pegangan dan Tauhid Aqidah yang sama.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

8. Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir (Pada tahun 1983, umurnya genap 1000 tahun) adalah merupakan salah satu Universiti yang sangat kuat mempertahankan Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah Al-Asya’irah dan Maturidiyyah sejak zaman-berzaman lagi.

9. Untuk mempertahankan Aqidah ini, Para Ulama’ dan Syaikh Al-Azhar telah mewajibkan setiap pelajar yang ingin memasuki Universiti Al-Azhar, mestilah mempelajari sukatan pelajaran yang terkandung di dalam Kitab Muzakkiratut Tauhid Wal Firaq, bagi Asy-Syaikh Hasan As-Sayyid Mutawalliyy.

10. Baiklah! Seperti apa yang terkandung di dalam Kitab ini pada Juzu’ Pertama, m/s 15-16, kami akan menuliskan secara Ijmal (Ringkas) akan Dasar-dasar Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah Al-Asya’irah dan Maturidiyyah,

DASAR-DASAR AHLUS SUNNAH

1. Jalan wajib mengenal (faham) agama dengan sumber Syarak (Nas Al-Quran dan Hadis, dan adanya Dakwah Rasul, iaitu orang kafir yang tidak sampai seruan dakwah Islam tidak akan diazab sekalipun ia mati dalam kekafiran.)

2. Baharu ‘Alam (Makhluq).

3. Bermula Iman itu percaya dengan hati sahaja. Dan, amal itu kesempurnaan baginya.

4. Mentsabitkan (Mengatakan Ada) sifat-sifat Ma’ani. (Cth. - Sifat Qudrah, ‘Ilmu )

5. Tiada mula Al-Quran yang Mulia.

6. Tiada Wajib di atas Allah suatu,

7. Daripada perkara Harus (Aqal) pada Zat Allah Taala, memberi pahala dan dosa, dan mengutuskan Rasul, dan melihat (Zat dan Sifat) Allah Taala di akhirat.

8. Allah yang mengkehendaki (menentukan) akan yang baik dan buruk.

9. Menjadikan oleh Allah dan Menentukan oleh Allah pada seluruh Perbuatan Hamba yang sengaja (Ikhtiar).

10. Allah menjadikan bagi seluruh perbuatan Hamba yang Sengaja.(Ikhtiar)

11. Tiada ada Ma’sum (Terpelihara dari melakukan dosa) melainkan untuk Nabi-nabi sahaja.

12. Tsabit (Mengatakan ada) soal Kubur, dan nikmatnya, dan azabnya.

13. Kebangkitan (Di hari Qiamat) bagi tubuh Badan dan Ruh.

14. Shafa’at bagi Ahli-ahli dosa besar.

15. Wujud Syurga dan Neraka, dan kekal tidak binasa kedua-duanya.

16. Imam (Khalifah atau Pemerintah) yang besar, bukan satu asas
di dalam Agama.

..........................................

11. Maka, inilah garis Panduan Aqidah kita, Aqidah yang di bawa oleh Nabi Muhammad saw.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

12. Ketahuilah olehmu wahai pembaca yang mencari Keredhaan Allah! Sesungguhnya, semakin tua usianya sesebuah Kitab-kitab Muktabar itu dikarang, maka semakin bernilailah ia di sisi Agama.

13. Ini kerana, semakin hampir zamannya sesuatu Kitab Muktabar itu kepada Zaman Rasulullah saw, iaitu Zaman Sebaik-baik Kurun. Maka, semakin tinggilah kualiti ilmu dan kefahamannya di dalam Agama Islam.

14. Baiklah! Marilah kita sama-sama menelaah akan Kitab Al-Farqu Bainal Firaq (Perbezaan Puak-puak dalam Ilmu Tauhid), bagi Al-Imam Al-‘Alim ‘Abdul Qahir Ibni Tahir Ibni Muhammad Al-Baghdadiyyi At-Tamimiy, wafatnya pada tahun 429 H, bersamaan tahun 1037 Masihi, dicetak oleh Darul Kutubil ‘Ilmiyyah, Bairut, Lubnan. Cetakan ke-3, tahun 2005 M, m/s 7.

( Mengenai kedatangan Hadis Nabi saw yang menerangkan bahawa akan terdapat banyak perbezaan pendapat di dalam perkara Tauhid pada akhir zaman, dan hanya satu golongan sahaja yang akan selamat dari terjatuh ke lembah Jahannam Allah Taala. - Pent.)

Bab Yang Pertama,

Pada menerangkan Hadis yang ada kedatangan (dibekaskan) dalam pada menyatakan berpecah-belahnya Ummat ini.

Masalah ke-1 - Telah mengkhabarkan kepada kami, oleh Abu Sahl Bishr bin Ahmad bin Bishr Al-Isfarainiy. Telah berkata ia;

Telah mengkhabarkan kepada kami, oleh Abdullah bin Naajiah, telah berkata ia, telah menceritakan kepada kami oleh Wahhab bin Baqiyyah daripada Khalid bin Abdullah, daripada Muhammad bin Amru, daripada Abi Salamah, daripada Abi Hurairah ra, berkata ia;

Telah bersabda Rasulillah saw,

“Terpecahlah Yahudi di atas 71 firqah (pecahan), dan berpecah belahlah Nasrani di atas 72 firqah (pecahan),
dan terpecah belahlah Ummatku di atas 73 firqah.“

…………………………………

15. Dan lagi, telah dinaqalkan Hadis ini di dalam Kitab Risalah Ahlus Sunnah Wal Jamaah, bagi Al-‘Alim Al-‘Allamah Asy-Syaikh Muhammad Hashim bin Asya’ ariyy, RaIsul Akbar Li Jam’iyyah Nahdhatul Ulama’, m/s 23.

Telah meriwayatkan Abu Daud, dan Imam Tirmizi, dan Ibnu Majah. Daripada Abu Hurairah ra, bahawasanya Rasulullah saw bersabda,

“Terpecah, terbelahlah orang-orang Yahudi di atas 71 firqah (pecahan). Dan terpecah, terbelahlah Kaum Nasrani (Orang-orang Kristian) menjadi 72 firqah (pecahan). Terpecah, dan terbelahlah Ummat Ku di atas 73 puak. Semuanya masuk neraka, kecuali satu.

Berkata mereka para Sahabat,

“Dan, siapa mereka wahai Pesuruh Allah (yang selamat)?”

Bersabda Nabi saw,

“Mereka itu orang-orang yang berpegang sebagai pegangan Ku dan pegangan sahabat-sahabat Ku.”

………………………………

16. Dan, lagi tersebut di dalam Kitab Al-Farqu Bainal Firaq, pada m/s 7.

Masalah Ke-8 - Dan, sesungguhnya telah mengetahui oleh tiap-tiap yang empunya ‘Aqal (fikiran), daripada tuan punya persuratan yang dibangsakan kepada Agama Islam. (Penulis buku-buku Islam. – Pent.)
Bahawasanya, Nabi (saw) tidak bermaksud dengan pecahan-pecahan kelompok yang dicela itu, yang mana dia itu dari Ahli Neraka, sebagai kelompok-kelompok Ahli Fiqh, yang mana berselisihan mereka di dalam Ilmu Fiqh, serta bersamaan mereka itu di dalam Usuliddin (Usul Tauhid).

( Bukanlah yang dimaksudkan oleh Nabi saw sebagai kelompok-kelompok Ahli Neraka itu merupakan kelompok-kelompok Ahli Fiqh. Sedangkan, kesemuanya mereka itu selamat kerana mempunyai Usul Tauhid yang sama. – Pent.)

Kerana, orang Islam pada apa yang mereka bersalah-salahan padanya daripada cabang-cabang perkara halal dan haram, di atas dua qaul.

(Terdapat dua pendapat di kalangan orang-orang Islam, terhadap perbezaan pendapat di kalangan Mazhab Fiqh, iaitu ; – Pent.)

a. Satu dari Keduanya ( ),

– Pendapat yang memandang benar atau tepat segala pendapat Mujtahid ini pada cabangan Fiqh. Dan, kelompok-kelompok (Mazhab-mazhab) perpecahan dalam Ilmu Fiqh semuanya di sisi mereka benar, iaitu berdasarkan apa yang mereka (Mujtahid-mujtahid itu) faham.

b. Dan, pendapat yang keduanya ( ),

– Pendapat yang memandang benar, hanya salah satu sahaja daripada pendapat yang bersalah-salahan itu. Dan, memandang silap pada yang lainnya. Tetapi, tiadalah menyatakan sesat pada kelompok yang tidak benar pada pemikiran mereka.

__________________________________________________

Masalah Ke-9 - Dan, hanya sesungguhnya Nabi saw memperincikan (menjelaskan) dengan menyebut kelompok-kelompok yang berpecah, lagi yang dicela, iaitu kelompok-kelompok orang yang mempunyai Hawa Nafsu yang sesat.

Yang mana, mereka itu menyalahi akan kelompok yang benar dan yang selamat. Iaitu, umpamanya pada masalah;

i. Pada Bab-bab Membahaskan Keadilan Allah dan Tauhid
(MengEsakan Allah.)

ii. Ataupun pada, membahaskan Janji Baik (Janji Masuk ke Syurga), dan Janji Azab.(Janji Masuk ke Neraka).

iii. Ataupun pada bab, membahaskan Taqdir dan Istatho’ah
(Kesanggupan atau kuasa pada manusia.)

iv. Ataupun pada, membahaskan Taqdir Penentuan Baik dan Buruk.

v. Ataupun pada bab, membahaskan Memberi Petunjuk dan Menyesatkan.

vi. Ataupun pada bab, membahaskan Kemahuan Allah dan Penentuan Allah.

vii. Ataupun pada bab, membahaskan Melihat Allah dan Mengenal Allah,

viii. Ataupun pada bab, membahaskan Sifat-sifat Allah dan Nama-nama-Nya, dan Sifat-sifat-Nya,

ix. Ataupun pada bab, membahaskan Keadilan ataupun Kejahatan.

x. Ataupun pada bab, membahaskan Nubuwwah (Kenabian) atau Syarat-syarat Kenabian, Dan lain-lainnya, daripada Bab Ilmu Tauhid,

Yang mana Bab-bab Tauhid itu bersepakat di atas perkara itu Ahlus Sunnah Wal Jamaah, daripada dua perbezaan dari sudut Pemikiran dan juga keterangan Hadis, yakni usul sumber syarak di atas sumber yang satu.

( Tiada terdapatnya perbezaan pemikiran, mahupun keterangan hadis bagi Ahlus Sunnah Wal Jamaah Al-Asya’irah dan Maturidiyyah di dalam membahaskan perkara-perkara yang berkaitan dengan Tauhid. – Pent.)

Bersalah-salahan mereka itu, pada ia (Pada Perbezaan Pemikiran dan Keterangan Hadis), iaitu dengan memiliki Hawa Nafsu yang sesat seperti Puak-puak;
i. Al-Qadariyyah ,
ii. dan Al-Khawarij ,
iii. dan Ar-Rawafid ,
iv. dan An-Najariyyah ,
v. dan Al-Jahmiyyah ,
vi. dan Al-Mujassimah ,
vii. dan Al-Musyabbihah ,

viii. dan Sesiapa juga yang menjalani jalan-jalan seperti mereka itu daripada kelompok-kelompok yang sesat,
.

( Ini perkara Iktiqad (Kepercayaan) dan bukan pengakuan mulut. Jika seseorang itu mengaku bahawa dirinya berkeyakinan Ahlus Sunnah sekalipun, tetapi menjalani jalan-jalan Aqidah Qadariyyah, maka orang ini adalah di bawah Kelompok Qadariyyah seperti apa yang dinyatakan di atas. – Pent.)

Maka sesungguhnya, kelompok-kelompok yang bersalah-salahan itu pada memahami tentang masalah ‘Adilnya Allah, dan masalah Esanya Allah, dan masalah Taqdir Allah dan Kekuasaan Hamba, dan masalah Melihat Allah di Akhirat, dan masalah Sifat Ketuhanan, dan masalah Keadilan dan Kesalahan, dan pada masalah Syarat-syarat Kenabian, dan juga masalah perlantikan menjadi Ketua.

Ini mengkafirkan sebahagian mereka (Ahlus Sunnah Wal Jamaah Al-Asya’irah dan Maturidiyyah mengkafirkan mereka. – Pent.), atas sebahagian mereka yang lain.

Maka, sah benarlah pentakwilan (penafsiran) hadis ini yang diriwayatkan itu pada Perpecahan Ummat Menjadi 73 puak itu, iaitu kepada ini jenis daripada Perselisihan. (Iaitu, Perselisihan Tauhid. – Pent.)

Dan bukanlah, dari jenis perselisihan oleh Imam-imam Fiqh dari segi cabang Ilmu Fiqh, pada bab halal dan haram.

Tidak ada di kalangan mereka (Ahli Fiqh atau Mazhab-Mazhab Fiqh. -Pent.) itu ada yang kafir-mengkafirkan. Dan, tidak ada juga yang mengatakan sesat pada perselisihan mereka itu di cabang Ilmu Hukum Fiqh.

Kita akan menyebutkan sebentar lagi, perbicaraan-perbicaraan yang kembali kepada mereka itu, Takwil (Penafsiran) Hadis Pemecahan Ummat pada perbahasan (bab-bab) yang akan datang ini, .

................................................

17. Maka, Siddiq (Benar) lah seperti apa yang telah Nabi saw khabarkan dahulu, bahawa telah terpecah belah ummatnya menjadi 73 golongan. Perpecahan yang dimaksudkan ini bukanlah perpecahan di dalam Fiqh, tetapi Perpecahan di dalam Usuliddin (Tauhid).

18. Kerana sesungguhnya! Tidak ada Khilaf Ulama’ (Perbezaan Pendapat di kalangan Ulama’) di dalam Perkara Tauhid sejak Nabi Adam as, sehinggalah sampai kepada Nabi kita, Nabi Muhammad saw, dan sehingga tibanya hari Kiamat.

19. Maka, berhati-hatilah saudara-saudara ku yang cintakan mencari Ilmu Agama! Peliharalah dirimu dari melakukan Bidaah pada Iktiqad (Tauhid), seperti apa yang telah lalu disebut di dalam Risalah pertama kami.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

20. Maka, kita tidak boleh sekali-kali berkata bahawa,

“Tauhid Al-Mujassimah , dan Tauhid Al-Qadariyyah , itu merupakan salah satu cabang Tauhid Ahlus Sunnah Wal Jamaah.”


21. Kerana, perkataan sebegini menunjukkan jahilnya seseorang itu di dalam Ilmu Hadis. Dan juga, tidak mengetahui dan mengenali adanya pengkelasan Hadis-hadis Ilmu Tauhid dan pengkelasan Hadis-hadis Ilmu Fiqh, seperti apa yang telah dihuraikan di dalam Kitab Al-Farqu Bainal Firaq di atas.

22. Maka, berkata lagi orang-orang yang jahil agama kepada kami,

“Itu Kitab kamu sahaja yang kata begitu, kitab lain takde pun
cakap macam tu.”

23. Ketahuilah oleh mu wahai para pembaca yang budiman!

24. Berikut adalah Kitab-kitab Tauhid Yang Muktabar, yang bersepakat di dalamnya hujjah dan dalil, dan tidak terdapat sebarang perbezaan Pemikiran dan Keterangan Hadis di dalam perihal Tauhid Ahlus Sunnah Wal Jamaah Al-Asya’irah dan Maturidiyyah.

a. Kitab ‘Aqidatun Najin Fi ‘Ilmi Usuliddin, bagi Al-’Alim Al-’Allamah Asy-Syaikh Zainul ‘Abidin bin Muhammad Al-Fathani.

b. Kitab Tuhfatul Murid, Hasyiah A’la Matni Jauharatit Tauhid, bagi Asy-Syaikh Al-‘Allamah Ibrahim b. Muhamad Al-Bayjuri.

c. Kitab Hasyiah Tahqiqul Maqam A’la Kifayatil Awam Fi Ilmil Kalam, bagi Asy-Syaikh Muhammad Al-Fudali.

d. Kitab Nuruzzalam Syarah ‘ala Aqidatil Awwam,
e. Kitab Fathul Majid Syarhun ‘Alad Durril Farid Fi ‘Aqaidie Ahlit Tauhid,
f. Kitab Mirqatu Su’udit Tasdiq Fi Syarhi Sullamit Taufiq Ila Mahabbatillahi ‘Alat Tahqiq,
g. Kitab Maraqil ‘Ubudiyyah, bagi Asy-Syaikh Muhammad Nawawi Ibnu Umar, Al-Banteni At-Tanari.

h. Kitab AsySyarhul Qawwim Fi Halli Al-Fazi Assiratil Mustaqim,
i. Kitab Bughyatut Talib Li Ma’rifatil Ilmid Diniyyil Wajib,
j. Kitab Sarikhul Bayan Fi Raddi ‘Ala Man Khalafal Quran,
k. Kitab Al-Mathalibul Wafiyyah Syarhul ‘Aqidatin Nasafiyyah, bagi Asy-Syaikh Abdullah Al-Harari Al-Ma’ruf Bil Habasiyyi.

l. Kitab Tuhfatur Raghibin Fi Bayani Haqiqati Imanilmu’minin Wama Yufsiduhu Min Riddatil Murtaddin, bagi Asy-Syaikh Muhammad Arsyad bin Abdullah Al-Banjari.

m. Kitab Mabahis Fi ‘Aqaidie Ahlissunnah Al-Musamma Al-Muhannad ‘Ala Mufannad, bagi Asy-Syaikh Khalil Ahmad As-Saharanpuriyyi Al-Hindiyyi.

n. Kitab Mursyidul Ha’ir Fi Hallil Al-Fazi Risalah Ibni Asakir,
o. Kitab Al-As’ilatul Mubassathah ‘Ala Syarhi Risalah Ibni Asakir, bagi Qismul Abhas Waddirasatil Islamiyyah Fi Jam’iyyah Al-Masyari’ Al-Khairiyyah Al-Islamiyyah, Bairut, Lubnan.

p. Kitab Muzakkiratut Tauhid Wal Firaq, bagi Asy-Syaikh Hasan As-Sayyid Mutawalliyy.

q. Kitab Ad-Durarus Saniyyah Fir Raddi A’la Wahhabiyyah, bagi Al-‘Alim Al-‘Allamah Min Aali Baitin Nubuwwah As-Sayyid Ahmad b. As-Sayyid Zaini Dahlan.

r. Kitab Al-Ajwibatul Ghaliyyah Fi ‘Aqidatil Firqatin Najiah, bagi Al-‘Allamah Ad-Da’ie Ilallah Al-Habib Zainul ‘Abidin Al-‘Alawiyyi.

s. Kitab Al-Farqu Bainal Firaq, bagi Al-Imam ‘Abdul Qahir b. Tahir b. Mohd. Al-Baghdadiyyi.

t. Kitab Ahlus Sunnah Al-Asya’irah Syahadatu ‘Ulama’il Ummah Wa Adillatuhum, bagi Asy-Syaikh Hamad As-Sinan dan Asy-Syaikh Fauzi Al-‘Anjariyyi.

u. Kitab Tahzibu Kitabil ‘Iktimad Fil ‘Iktiqad, bagi Asy-Syaikh Abul Mahasin Muhammad Al-Qauqaji At-Tarablusiyyi Al-Hanafiyyi.

v. Kitab Maqsidut Talibin Fi Ajwibati Matnis Siratil Mustaqim, bagi Majlis Ulama’ Darul Masyari’ (Darul Masyari’, Bairut, Lubnan).

w. Kitab Mursyidul Ha’ir Fi Halli Al-Faazi Risalah Ibni ‘Asaakir, bagi Qismul Abhas Waddirasatil Islamiyyah Fi Jam’iyyah Al-Masyari’ Al-Khairiyyah Al-Islamiyyah, Bairut, Lubnan.

x. Kitab Hasyiah Asy-Syaikh Muhammad Ibni Muhammad Al-Amir ‘Ala Syarhi Asy-Syaikh Abdis Salam Ibni Ibrahim Al-Malikiyy Li Jauharah At-Tauhid Lil Imam Al-Laqqaniyy Wa Bi Hamisyiha “Ithaful Murid Syarah Asy-Syaikh Abdis Salam Al-Malikiyy ‘Ala Jauhatit Tauhid Al-Mazkurah.

.........................................................

25. Maka, belajarlah dari Kitab-kitab Tauhid Muktabar seperti apa yang kami nyatakan di atas! Mudah-mudahan, Allah menyelamatkan kamu, dan melepaskan kamu dari kesesatan Aqidah (Tauhid) yang sangat teruk melanda Ummat akhir zaman ini.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

26. Baiklah! Pada 'thread' yang lain, kami akan menerangkan bagaimana seseorang itu boleh jatuh kepada kelompok Tauhid yang sesat, iaitu Firqah (Kelompok) Al-Mujassimah atau Al-Musyabbihah.

27. Ini suatu peringatan! Telah lalu disebut oleh kami, bahawa terdapat Hadis Nabi saw yang melarang kita daripada menafsirkan Ayat-ayat Al-Quran dan Hadis-hadis Nabi saw berdasarkan pendapat kita semata-mata tanpa disertakan Tafsir berbahasa Arabnya.

-----------------------------------------------------------------------------

« Last Edit: Nov 7, 2009, 9:01pm by firdaus83 »Link to Post - Back to Top  IP: Logged


Result 27 of 30:
   [Search This Thread][Send Topic To Friend] [Print]
 AuthorTopic: Peringatan 1 - Tiada Mazhab dalam Tauhid (Read 17 times)
firdaus83
Manager
***
member is offline





Joined: Sept 2008
Gender: Male
Posts: 54
Karma: 0
 Peringatan 1 - Tiada Mazhab dalam Tauhid
« Result #27 on Nov 7, 2009, 8:14pm »

Peringatan Pertama dari Ulama' dan Fuqaha' (Kitab-kitab Muktabar)
Link to Post - Back to Top  IP: Logged


Result 28 of 30:
Page 1 of 3 » Jump to page   Go    [Search This Thread][Send Topic To Friend] [Print]
 AuthorTopic: tentang Jama'ah Tabligh @ Jaulah (Read 2,697 times)
firdaus83
Manager
***
member is offline





Joined: Sept 2008
Gender: Male
Posts: 54
Karma: 0
 Re: tentang Jama'ah Tabligh @ Jaulah
« Result #28 on Nov 3, 2009, 8:29am »

Ketahuilah saudaraku,

1. Bahawasanya Jamaah Tabligh itu mempunyai dasar yang tersendiri yang menyimpang dari Aqidah Nabi saw.

2. Adapun penyimpangan-penyimpangan itu tidak akan dapat difahami sama sekali sekiranya seseorang itu tidak benar-benar mengenal Dasar-dasar Aqidah Nabi saw (Aqidah Asyairah atau Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah.)

3. Antara contoh penyimpangan yang disebarkan oleh Jamaah Tabligh yang menyimpang secara total daripada Aqidah Nabi saw ;

a. Beriktiqad bahawa Iman tidak akan bertambah dengan Ibadat atau Ketaatan seperti Sembahyang, Zikir, Tilawatil Al-Quran, Belajar Ilmu, dan sebagainya. Akan tetapi, Iman bertambah hanya dengan melakukan Dakwah, iaitu Dakwah Tabligh sahaja.

b. Beriktiqad bahawa Jodoh Pertemuan, Rezeki, Ajal dan Maut sudah ditetapkan dan tidak akan berubah. Akan tetapi, IMAN belum ditetapkan oleh Allah Taala dan IMAN akan bertambah hanya dengan berdakwah secara Tabligh sahaja.

c. Belajar Ilmu Agama dan mengajar Ilmu Agama tidak termasuk di dalam erti kata Dakwah. Dakwah hanyalah Dakwah Tabligh sahaja.

d. Dakwah ialah cara dakwah Tabligh sahaja. Mana-mana kerja Dakwah yang bukan datangnya dari Jamaah Tabligh adalah perkara Bid'ah dan tidak bernilai apa-apa di sisi Allah.

e. Para karkun di anggap sebagai karkun yang belum ikhlas kalau masih merasakan Jamaah Tabligh ini ada kekurangan dan perlu tambahan sesuatu supaya bertambah baik. Dan, karkun ini wajib membersihkan keyakinannya dengan menganggap bahawa Jamaah Tabligh sudah sempurna, tidak ada apa-apa yang perlu ditokok tambah atau diperbaiki lagi.

f. Yang hanya dikatakan Dakwah itu hanyalah Keluar 3 hari, 40 hari, 4 bulan dan setahun. Dan, buat gash, khususi, dan sebagainya. Ada pun pergerakan Dakwah yang lain yang bukan datangnya dari Markaz-markaz Tabligh atau Jamaah Tabligh yang berpusat di India atau mana-mana Dakwah yang tidak menggunakan asas Dasar fahaman Tabligh yang diiktiraf ioleh pemuka-pemuka Tabligh di Markaz Dunia di India atau Pakistan atau Bangladesh adalah bukan tabligh Nabi saw dan hanya Bidaah semata-mata.
Dan, tidak ada nilai di sisi Allah Taala.

e. Tidak perlu belajar Agama untuk memahamkan Agama, cukup hanya mengikut tertib Tabligh dan ia akan faham agama. Lagi banyak ia berkorban cara Tabligh, lagi semakin tinggi kefahaman Agama.

f. Kefahaman Agama yang didapati daripada hasil belajar Agama dengan Ulama' dan Fuqaha' (Kitab-kitab Muktabar) tidak benar sama sekali selagi tidak keluar berdakwah dengan cara Jamaah Tabligh dan dengan pengakuan (Borang Tafakud) Markaz-markaz Tabligh.

g. Mana-mana pihak yang berdakwah walaupun menggunakan cara atau Dasar-dasar Tabligh tetapi tidak datangnya dari Markaz-markaz Tabligh atau mendapat pengesahan Markaz-markaz Tabligh secara rasmi adalah dianggap sesat lagi menyesatkan lagi ditipu syaitan. Dan, akan dimusnahkan oleh Allah Taala.

h. Ilmu Agama itu merupakan Hijab (DINDING) yang amat tebal untuk seseorang mudah memahami Dasar-dasar fahaman Tabligh. Oleh sebab itulah, ramai orang-orang yang berilmu tidak mengikut Jamaah Tabligh kerana hati perut orang yang berilmu itu sudah terhijab dengan Ilmu. Itu sebablah orang-orang yang Jahil sangat mudah menerima dasar Tabligh tanpa banyak bicara kerana hati mereka bersih dan tidak ada hijab Ilmu. Oleh itu, demi untuk membuang hijab di dalam hati orang yang berilmu supaya mudah menerima apa sahaja dasar-dasar pemahaman Tabligh sekalipun menyalahi dasar Ahlus Sunnah Wal Jamaah, hendaklah keluar satu tahun supaya kepala dan akal fikirannya dapat dibasuh habis-habisan menerima apa sahaja fahaman Tabligh walaupun terpaksa membuang Ilmu yang Haq. Islam adalah Jamaah Tabligh dan Jamaah Tabligh itulah Agama Islam. Orang Islam yang tidak mengikut Jamaah Tabligh masih tidak betul kefahaman tentang Islam.

i. Ilmu hukum hakam memecahbelahkan Ummat dan Ilmu kelebihan beramal sahajalah yang menyatukan Ummat. Orang yang berilmu memecah belahkan Ummat.

j. Tidak mencari-cari atau melihat kesalahan Jamaah Tabligh. Jamaah Tabligh adalah Jamaah yang suci yang tidak boleh dipertikaikan sama sekali tentang kebenarannya. Mana-mana karkun yang cuba mempertikaikan Jamaah Tabligh, dia bukan Karkun lagi dan Allah telah buang ia dari Usaha yang suci ini. Dan, ia akan dihinakan dengan sibuk membuat usaha yang lain selain usaha Jamaah Tabligh yang tidak suci sebagaimana sucinya Jamaah Tabligh.

k. Jamaah Tabligh adalah Jamaah Rasulullah saw. Memilih Jamaah lain dari Tabligh bermakna telah memilih Jmaah yang bukan Jmaah Rasulullah saw. Akibatnya, Jahannamlah tempatnya.


3. Dan, masih banyak lagi keyakinan-keyakinan Jamaah Tabligh yang menyimpang daripada Aqidah Nabi saw.
Link to Post - Back to Top  IP: Logged


Result 29 of 30:
   [Search This Thread][Send Topic To Friend] [Print]
 AuthorTopic: Taubat Kata2 Ke-3 - Allah swt Uji sebab Nak Tahu? (Read 24 times)
firdaus83
Manager
***
member is offline





Joined: Sept 2008
Gender: Male
Posts: 54
Karma: 0
 Re: Taubat Kata2 Ke-3 - Allah swt Uji sebab Nak Ta
« Result #29 on Oct 31, 2009, 2:30am »

Penerangan Secara Tafsil (Terperinci) Mengenai Tafsir Surah Ali-Imran, Ayat 7.


1. Dan, telah tersebut di dalam Kitab Tafsir Marah Labid Li Kasyfi Ma’na Quran Majid, bagi Al-’Alim Al-‘Allamah Asy-Syaikh Muhammad Ibni Umar An-Nawawi Al-Jawiyy At-Tanariyy, Juzu’ Pertama, halaman 87, baris 8 dari bawah.

Ertinya,

Terjemahan – “Dia lah (Allah) yang menurunkan di atas Engkau (Ya Muhammad) akan Al-Kitab.”

Tafsir – Iaitu, Al-Quran.

Terjemahan – “Daripadanya (Al-Quran) ada ayat-ayat yang Muhkamat (Terang).”

Tafsir – Iaitu, terang rencananya. Terpelihara (Selamat) ayat-ayat itu daripada berbagai-bagai tanggungan (tafsiran-tafsiran) yang lain. Putus arah penunjukkannya itu, di atas makna yang dikehendaki dengan tepat.

Terjemahan – “Dia (Ayat-ayat Muhkamat) itulah Ummul (Ibu) Kitab.”

Tafsir – Iaitu, punca asal pemahaman pada Al-Kitab (Al-Quran) atau teras tempat berpegang. Ayat-ayat Muhkamat itu sebagai penafsir ayat-ayat yang Mutasyabihat.

Bermula, ayat yang Mutasyabihat (Samar) itu seperti Firman Allah Taala,

“Dan, apabila Kami berkehendak, bahawa Kami hancurkan akan suatu kampung. Kami ‘Perintahkan’ orang-orang yang membuat kerosakan.

Maka, mereka melakukan kejahatan padanya (kampung itu). Maka, haq lah ke atas mereka itu janji ‘Azab.”

Maka, Zahir atau asasnya ini ayat. Sesungguhnya! Mereka (orang-orang di dalam kampung itu) diperintahkan untuk membuat kejahatan.

Bermula, ayat yang Muhkamat (Terang) yang menerangkan sebenar maksud ayat ini ialah, Firman Allah Taala ;

“Sesungguhnya, Allah Taala tidak menyuruh dengan berbuat Kejahatan.”

Kerana menolak di atas fahaman orang kafir, pada apa yang telah dihikayatkan (diceritakan) daripada mereka itu. Dan, apabila mereka melakukan akan sesuatu kejahatan, mereka berkata ;

“Kami dapati di atas perkara-perkara kejahatan itu, bapa-bapa kami pun buat. Dan, Allah Taala menyuruh dengan kita.”

(Mereka berdalilkan ayat di atas, iaitu ‘Kami perintahkan perosak-perosak di kampung itu’. Sebenarnya, bukanlah ayat itu bermaksud Allah ‘Perintahkan’. Tetapi, bermaksud Allah ‘Jadikan’. - Pent.)

Dan, contoh ayat-ayat Mutasyabihat (Samar) lagi. Firman Allah Taala ;

“Mereka lupa akan Allah Taala. Maka, Allah ‘lupa’ akan mereka itu.”

Sedangkan ayat yang Muhkamat (Terang lagi tepat). Firman Allah Taala ;

“Dan, tidak adalah Tuhan Engkau Terlupa.”

.......................

Terjemahan – “Dan, yang sebahagian lagi ialah ayat-ayat yang Mutasyabihat.”

Tafsir – Dan, sebahagian ayat-ayat yang lain pula merupakan ayat yang masih lagi ditafsir, lantaran kerana maknanya yang samar-samar.

Tidak terang maksudnya dek kerana ringkasnya dan juga menyalahi Usul Agama (Tauhid), melainkan setelah ditafsirkan secara mendalam.

Ertinya,

Terjemahan – “Maka, adapun orang yang ada pada hati perut mereka itu menyimpang.”

Tafsir – Iaitu, menyimpang daripada kebenaran, kepada Hawa Nafsu yang Batil (sesat).

Terjemahan – “Maka, mengikut mereka itu apa yang samar daripadanya.”

Tafsir – Iaitu, mereka bekerja memahamkan dengan Zahir yang samar sahaja daripada Al-Kitab (Al-Quran),

Terjemahan – “Kerana, nak mencari huru-hara,”

Tafsir – Iaitu, mencari huru-hara (kekecohan) pada agama. Dan, yaitu kesesatan daripadanya (daripada tafsiran yang salah).

Maka, sesungguhnya mereka itu, apakala mereka menyebarkan perkara yang samar-samar (tafsiran yang salah) pada agama. Jadilah, sebahagian mereka itu (orang-orang Islam) bergaduh dan memusuhi sebahagian yang lain.

Pada demikian itu, dapat membawa kepada huru-hara dan berbunuh-bunuhan (Berperang).

Terjemahan – “Dan, kerana mereka ingin mencari Takwilnya,”

Tafsir – Iaitu, mencari penyelewengan terhadap ayat yang Mutasyabihat dengan cara menafsirkan Al-Quran dengan cara yang salah lantaran kerana tidak ada hujjah dan dalil yang menyokong tafsiran itu.

Dan, tidak ada suatu penjelasan pun (yang menyokong tafsir yang menyeleweng itu.)

Bermula orang yang insaf (orang yang sedar), menanggung atau menafsirkan perkara-perkara pada ayat-ayat Al-Quran itu di atas tiga pecahan Tafsir ;

Yang pertamanya, tafsiran yang diperkuatkan oleh zahirnya dengan dalil-dalil aqal. Dan dalil-dalil aqal itu berdasarkan ayat-ayat yang Muhkam (Terang) dan Haqqan (Benar).

(Ayat-ayat yang terang dan jelas, tidak menyalahi Tauhid dan Syariat. Contoh, ‘Dirikan olehmu akan Solah’. – Pent.)

Dan yang keduanya, iaitu tafsiran-tafsiran yang disokong oleh dalil-dalil yang putus, lagi tidak dibenarkan memahamkan ayat itu menurut zahir terjemahannya sahaja. Bahawasanya, maksud Allah Taala itu bukanlah seperti terjemahan Zahir ayat itu.

(Ayat-ayat yang terang pengertian zahirnya tetapi bukan itu maksud sebenarnya. Cthnya, ‘Mereka melupakan Allah, dan Allah melupakan mereka.’ Ayat ini mesti ditakwil lain, dan sudah tentu maknanya bukan ‘Lupa’. – Pent.)

Dan, yang ketiga pula, ayat yang mana tidak didapati suatu dalil dapat menjelaskan tafsiran yang tepat. Dan, ayat ini pula boleh membawa berbagai pemahaman.

Maka, adalah haq ayat ini dihentikan maknanya. Maka, jadilah ayat itu merupakan jenis ayat yang kesamaran (Mutasyabihat). Tidak boleh membezakan oleh seseorang di antara dua pemahaman itu daripada yang lainnya, melainkan kuat sangka yang betul sahaja.

Maka ayat itu, pada zahirnya tetaplah seolah-olah menyalahi Dasar Usuluddin dan Syariat. (Tetapi, pada Haqiqatnya tidak menyalahi.)

(Ayat-ayat yang menyalahi Tauhid dan Syariat. Ayat ini boleh berada di dalam dua keadaan. Cthnya, ‘Arrahman Arsys Tawa.’ Dinamakan ‘duduk’ pun boleh. Tidak dinamakan ‘duduk’ pun boleh. Ini lah punca kedatangan Takwil. – Pent.)

...........................

Terjemahan – “Dan, tidak ada yang tahu mengenai Takwilan ayat yang samar itu, melainkan Allah Taala.”

Tafsir – Iaitu, tidak ada yang tahu takwilan ayat yang samar itu haqiqat sebenarnya, melainkan Allah Taala. Esa Allah Taala.

Dinaqalkan daripada Ibnu Abbas Radiallahu’anhuma, Sesungguhnya dia berkata,

“Ada empat perkara di dalam masalah menafsirkan Al-Quran ;

a. Haram menafsirkan Al-Quran bagi orang yang bodoh tentang Al-Quran. (Orang-orang awam diharamkan menafsirkan Al-Quran)

b. Wajib memahamkan Tafsir berdasarkan pengetahuan bahasa ‘Arab. (Wajib mengambil Tafsir daripada Kitab-kitab Tafsir yang Muktabar, dan bukan berdasarkan pendapat dan rekaan aqal sendiri semata-mata.)

c. Wujudnya Tafsiran yang hanya diketahui oleh Ulama’ sahaja. (Tafsiran sebagaimana di dalam Kitab-kitab Tafsir yang Muktabar atau Kitab-kitab Kuning, iaitu Kitab-kitab Turas).

d. Wujudnya Tafsiran yang tidak mengetahui akan dia melainkan Allah Taala sahaja (Seperti huruf-huruf potong pada awal-awal Surah dalam Al-Quran yang mana di dalam Kitab-kitab Tafsir yang Muktabar ditafsirkan dengan Wallahu A’lamu Bi Muradihi.)”

.......................

Ertinya,

Terjemahan – “Dan, bermula orang yang teguh pada Ilmu, berkata mereka itu ‘Kami Beriman dengan semua ayat-ayat Al-Quran, sama ada Muhkamat atau Mutasyabihat daripada Tuhan kami.’”

Tafsir – Iaitu, dialah (iaitu, orang-orang yang teguh ilmunya) orang yang mengenal akan Zat Allah dan Sifat Allah Taala, dengan dalil-dalil yakin yang putus.

Dan, dialah (orang yang teguh ilmunya) mengenal bahawa Al-Quran itu adalah Kalam Allah, dengan dalil yang yakin.

Dan, dia mengenal sesungguhnya Allah Taala tidak akan berkata-kata sesuatu yang salah dan tidak berguna.

Maka, apabila dia lihat akan sesuatu yang kesamaran dan yang menunjukkan oleh dalil akal yang putus, bahawa zahir ayat itu bukanlah kehendak Allah Taala yang sebenarnya.

Dia tahu dan fahamlah ketika itu juga secara putus (pasti) bahawa ayat ini menerangkan sesuatu yang lain selain makna zahir yang ditunjukkan oleh ayat itu. Kemudian, dia serahkan pada Allah Taala penentuan sebenar tentang demikian maksud ayat itu.

Maka, dia serahkan demikian maksud itu, kepada Ilmu Allah Taala. Dan, dia memutuskan bahawasanya makna ayat itu di atas apa jua makna zahirnya, dan ayat itu tetap benar.

Dan, kerana ia (orang yang teguh ilmu) tahu dan faham bahawa ayat yang samar itu tidak boleh tidak, pasti mempunyai makna lain yang betul pada Haqiqat di sisi Allah.

................................

Terjemahan – “Dan, tidaklah dapat mengambil pelajaran (dengan apa yang ada di dalam Al-Quran) melainkan orang-orang yang mempunyai aqal.”

Tafsir – Dan, tiadalah dapat mengambil dengan apa yang ada di dalam Al-Quran melainkan orang-orang yang mempunyai aqal yang sempurna lagi bersih daripada cenderung kepada hawa nafsu yang menyimpang.

Bermula ini pujian terhadap orang-orang yang teguh ilmu, lantaran kerana elok pemikiran mereka dan baik pandangan mereka.

Dan bermula ini ayat juga menunjukkan di atas ketinggian kerja Ahlul Kalam (Ahli Tauhid) yang mana mereka itu sentiasa membahaskan tentang dalil-dalil Aqal, yang mana berhubunglah Ahli Tauhid itu dengan jalan dalil aqal bagi mengenal Zat Allah Taala dan Sifat-sifat-Nya dan Perbuatan-perbuatan-Nya.

Dan tidaklah Ahli Tauhid menafsirkan akan Al-Quran melainkan berdasarkan apa yang sepakat dengan dalil-dalil Aqal, dan sepakat dengan kaedah bahasa Arab, dan juga Kaedah I’rab, iaitu Penilaian Ilmu Nahwu dan Saraf.

Barangsiapa berkata-kata atau menafsirkan Al-Quran dengan ketiadaan melaut atau meluas pada ;

a. Ilmu Usul (Ilmu Tauhid),

b. Dan, juga pada Ilmu Lughah (Kaya pengetahuan tentang perkataan-perkataan bahasa Arab atau ‘Vocabulary’)

c. Dan, Ilmu Nahwu (Kaya Pengetahuan tentang Ilmu Tatabahasa Arab atau ‘Grammar’)

Maka, sebenarnya orang itu telah sangat jauh daripada Rahmat Allah Taala.

...................................................

7. Maka kesimpulannya, dapatlah diketahui bahawa ayat-ayat Al-Quran itu tidak boleh difahami hanya dengan melalui Kitab-kitab Terjemahan Al-Quran sahaja kerana ayat-ayat Al-Quran itu mempunyai Tafsiran-tafsiran yang tertentu disebalik terjemahan yang Zahir di dalam Kitab-kitab Terjemahan Al-Quran.

8. Oleh itu, wajiblah bagi orang-orang yang mahu berdalil dengan ayat-ayat Al-Quran bahawa melihat ia akan Kitab-kitab Tafsir yang Muktabar akan tafsiran-tafsiran ayat-ayat yang ia mahu berdalil dengannya, supaya mana tidaklah ia rosak dalam memahami ayat-ayat Al-Quran serta merosakkan orang-orang lain pula.

9. Mudah-mudahan Allah swt menTaufiqkan akan kita belajar Ilmu dan Beramal menurut jalan yang telah diaturkan oleh Para Ulama’ul Amilun dan akhirnya selamat di dunia dan di akhirat.

10. Amin....

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Link to Post - Back to Top  IP: Logged


Result 30 of 30:
   [Search This Thread][Send Topic To Friend] [Print]
 AuthorTopic: Taubat Kata2 Ke-3 - Allah swt Uji sebab Nak Tahu? (Read 24 times)
firdaus83
Manager
***
member is offline





Joined: Sept 2008
Gender: Male
Posts: 54
Karma: 0
 Re: Taubat Kata2 Ke-3 - Allah swt Uji sebab Nak Ta
« Result #30 on Oct 31, 2009, 2:28am »

D. PENERANGAN TAUBAT YANG KEEMPAT


1.Wahai para pembaca yang budiman yang takutkan Allah!

2.Berhati-hatilah apabila menerima dan mendengar sesuatu perkara Agama yang disampaikan oleh seseorang pendakwah Agama yang tidak bersumberkan dari Ulama’ dan Fuqaha’ (Kitab-kitab Muktabar).

3.Kemungkinan apa yang disampaikan itu bukanlah Madu. Tetapi, merupakan Racun yang amat berbisa.

4.Peliharalah Tauhid dan Iman yang ada di dalam dirimu dengan sebaik-baiknya dengan mempelajari Aqidah yang benar berdasarkan Ulama’ dan Fuqaha’ (Kitab-kitab Muktabar).

5.Janganlah kita bermudah-mudah menerima dan mendengar perkataan-perkataan orang yang jahil Agama. Kelak, dirimu akan menyesal tanpa kesudahan di akhirat nanti.

--------------------------------------------------------------------------------------

6.Para pembaca yang budiman yang dimuliakan Allah!

7.Apabila kita mendengar dan membaca petikan kata-kata di atas, ia sangat indah disusun dan sangat baik didengari. Lebih-lebih lagi apabila diselangi dengan ayat-ayat yang suci dari Al-Quran yang mulia.

8.Malah, jauh sekali untuk kita mengatakan terdapat kesesatan Tauhid yang tersembunyi di dalamnya.

9.Di sini, kami ingin bertanya kepada orang-orang Tabligh di atas,

“Perkataan ‘Nak Tahu’ dan ‘Nak Uji’ ini kamu sebenarnya
sandarkan kepada siapa?”

10.Tidakkah kamu sedar dengan apa telah kamu ucapkan?

11.Tidakkah kamu sedar, bahawa perkataan ‘nak tahu’ dan ‘nak uji’ itu kamu sandarkan kepada Allah Taala yang memiliki Sifat Maha Mengetahui sejak Tiada Mula lagi.

12.Bukankah, perkataan-perkataan di atas ini akan membawa maksud, bahawa Si Penguji ini merupakan seseorang yang tidak mengetahui haqiqat sebenar kejadian sesuatu perkara?

13.Maka, Si Penguji itu perlu membuat beberapa kajian di atas perkara yang perlu diuji itu. Setelah melakukan beberapa pengujian, barulah Si Penguji mendapat tahu haqiqat sebenar kejadian sesuatu perkara itu.

14.Kami ingin bertanya lagi,

a.Adakah benar diri Si Penguji ini, kamu sandarkan kepada Allah Taala?

b.Adakah Allah Taala itu terbatas Ilmu-Nya sehingga perlu mengkaji-kaji dahulu diri makhluq sebelum mendapat sesuatu keputusan?

c.Adakah Ilmu Allah Taala itu sememangnya terbatas untuk mengetahui apakah perkara yang akan berlaku di masa hadapan?

d.Adakah Allah itu bersifat Jahil (Bodoh) kerana tidak mengetahui perkara-perkara yang berlaku di masa hadapan?

e.Adakah ini Allah SWT yang kamu kenal?

15.Ini suatu peringatan! Sedarlah wahai sahabat-sahabatku yang benar-benar takutkan Allah!

16.Ini adalah suatu perkataan yang Kufur (Kafir) lagi Mensyirikkan Allah, kerana mengatakan bahawa Allah Taala itu ;

a.Hanya tahu sebahagian perkara, iaitu hanya mengetahui perkara yang berlaku pada masa sekarang dan yang sudah lepas.

b.Dan, tidak tahu sebahagian perkara, iaitu tidak mengetahui perkara yang akan berlaku di masa hadapan.

17.Larangan dari Nabi saw supaya memelihara diri dari berkata-kata perkara yang boleh mengeluarkan Islam, telah pun kami sampaikan di dalam penerangan yang lepas.

18.Maka, barangsiapa yang pernah mengucapkan kata-kata di atas. Wajiblah ia menarik kembali kata-kata tersebut dan mengucap dua kalimah Syahadah.

19.Antara contoh Taubat Aqidah, ialah ;

“Ya Allah, aku menarik kembali segala perkataanku yang mengatakan
diri Mu bersifat Nak Tahu atau Jahil (Bodoh).

Dan, Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan, aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.”

(Bahasa Melayu pun dibenarkan.)

20. Ya Allah! Ampunkan lah kami kerana pernah mengatakan sesuatu yang tidak layak bagi Mu !!!

--------------------------------------------------------------------------------------

PERINGATAN KE-4 !!!

1.Pak Ustaz, kami ingin bertanya lagi. Bukankah di dalam Al-Quran sendiri yang menyatakan bahawa Allah Taala itu sendiri yang bersifat Nak Tahu dan Nak Uji?

2.Wahai penuntut agama yang diredhai Allah!

3.Seperti apa yang telah lalu disebut, ayat Al-Quran itu terpecah kepada dua bahagian. Dan, ayat yang menyatakan bahawa ‘Allah Nak Tahu’ ini pula tergolong di dalam golongan ayat-ayat Mutasyabihat (Samar).

4.Maka, ayat-ayat ini wajib ditakwilkan atau diertikan maknanya dengan ayat yang lain supaya tidak Menghina Allah Taala dan Mensyirikkan Allah Taala.

5.Bagi semua ayat Al-Quran yang ada menerangkan dan menyatakan perkataan “Lina’lama” ( ) yang bermaksud “Supaya Kami dapat Tahu.” Wajiblah perkataan ini ditakwil dengan dua perkataan yang lain, iaitu ;

a.“Linuzhira”,( ) Yang ertinya, “Kerana Kami nak zahirkan (tunjukkan).”

b.Dan, “Linu’lima”,( ) Yang ertinya, “Kerana Kami hendak memberitahu.”

6.Maka, dengan ‘penakwilan’ ayat “Lina’lama ( )” ini kepada kedua-dua perkataan di atas. Dapatlah kita menyucikan Sifat Allah Taala daripada bersifat Jahil (Bodoh) kepada bersifat ‘Alim (Mengetahui).

7.Perkara yang kami nyatakan ini, adalah sama seperti apa dinyatakan di dalam Kitab Tuhfatul Murid, Hasyiah A’la Matni Jauharatit Tauhid, bagi Asy-Syaikh Al-‘Allamah ‘Ibrahim b. Muhamad Al-Bayjuri, pada halaman 41, baris 5 dari bawah.

Ertinya,

Dan, barang yang ada kedatangan kenyataan-kenyataan yang seolah-olah membawa pengertian adanya kerja mencari-cari Ilmu pada Ilmu Allah Taala, seperti Firmannya (Maha Tinggi Zat yang Berkata), Surah Al-Kahfi, ayat 12.

“Kemudian, Kami bangunkan mereka (Ashabul Kahfi) supaya ‘Kami Dapat Tahu’ manakah di antara dua kumpulan itu yang lebih tepat perhitungannya. (tentang lama Ashabul Kahfi tidur di dalam gua itu).”

Perkataan “Supaya Kami Dapat Tahu, “Lina’lama” ( )” ditakwilkan atau ditafsirkan bahawa kehendak ayat itu, (Dan bermula Allah Taala jualah yang sebenar-benar mengetahui maknanya),

“Kerana Allah nak menzahirkan kepada manusia.”

Iaitu, berta’alluq (berhubung kait) dengan ilmu kita, iaitu makhluq.

(Iaitu, Allah nak zahirkan dan tunjukkan pada kita supaya dapat dijadikan pengajaran. Bukanlah Ilmu Allah yang bertambah, tetapi Ilmu kita lah yang bertambah menjadi matang. – Pent.)

Atau, ditakwilkan maknanya “Nu’lima, ( )” iaitu dengan dibaris hadapan bagi ‘Nun’ dan dibariskan bawah bagi ‘Lam’.

Ertinya, “Nu’lima”, ( ) ialah, kerana hendak memberi tahu atau menjelaskan sesuatu.

.................................................

8.Kitab ini adalah Kitab Tauhid yang Besar yang digunapakai oleh Penuntut-penuntut Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir. Ia merupakan buku teks bagi Mata Pelajaran Tauhid bagi Tahun 1, 2 dan 3 di sana.

9.Kitab ini dikarang oleh salah seorang Rektor serta Dosen besar yang ke-19 di Universitas Al-Azhar.

10.Dengan membaca apa yang terkandung di dalam Kitab di atas, dapatlah kita mengetahui titik perbezaan yang amat besar di dalam Proses Menterjemah dan Menafsirkan Al-Quran.

11.Dan kerana inilah, orang-orang awam dilarang dan diharamkan dari membaca sebarang terjemahan Al-Quran semata-mata tanpa disertakan Tafsiran Muktabar. Apalagi mahu menterjemahkan Al-Quran tanpa bimbingan Ulama dan Fuqaha’ (Kitab-kitab Muktabar).

12.Baiklah, kini kami bawakan pula akan penerangan yang disampaikan oleh Al-Alim Al-‘Allamah Asy-Syaikh Abdullah Al-Harari Al-Ma’ruf Bil Habasiyyi, di dalam Kitabnya yang bernama Asy-Syarhul Qawwim Fi Halli Al-Fazi Assiratil Mustaqim, m/s 56, baris 6 dari atas.

Ertinya,

- Dan, adapun Firman Allah Taala, Surah Muhammad, Ayat 31.

Terjemahan - “Dan pastilah ‘Kami menguji akan kamu hingga Kami dapat ketahui’ akan orang-orang yang berjihad di jalan Allah daripada kalangan kamu, dan akan orang-orang yang sabar berjuang di jalan Allah.”

Maka, tiadalah makna demikian ayat ini,

“Sesungguhnya Allah Taala itu lagi akan mengetahui (nak tahu) akan siapakah orang-orang yang berjihad.”

Yang mana, pada asalnya Allah Taala tidak mengetahui tentang mereka, melainkan dengan diuji dan dicuba. Bermula ini makna, mustahil atas Allah Taala.

(Adalah sesuatu yang Mustahil, jika Allah nak tahu akan sesuatu perkara, Allah perlu uji dan cuba-cuba. – Pent. )

Bahkan, makna ayat ini ialah;

Tafsir - “Hingga kami bezakan, iaitu hingga ‘kami zahirkan, ( )’ kepada para hamba akan siapakah orang-orang yang berjuang di jalan Allah daripada kalangan kamu, dan orang-orang yang sabar daripada selain mereka itu.”

( Maksudnya, Allah nak zahirkan dan Allah nak tunjukkan kepada kita, siapakah di antara kita yang Allah Taala jadikan ia berjuang dan sabar dengan segala Perintah-Nya. – Pent.)

Dan, Kafir lah orang yang berkata,

“Sesungguhnya Allah Taala mengusahakan ilmu yang baru dan terkini.”

...............................................

13. Jika kita mengambil terjemahan Al-Quran semata-mata tanpa ketiadaan penerangan Ulama’ dan Fuqaha’ (Kitab-kitab Tafsir Muktabar), terjerumus kita ke lembah Riddah (Murtad) kerana mengatakan Allah itu tidak tahu, dan hanya dapat tahu selepas menguji hamba-hamba-Nya.

--------------------------------------------------------------------------------------

14. Baiklah, sekarang kami akan bawakan penerangan Tafsir ayat-ayat Al-Quran yang lain mengenai “Takwilan” perkataan “Supaya Kami Dapat Tahu, “Lina’lama” ( )” ini.

15. Maka, tersebut di dalam Kitab Tafsir Al-Quran Al-‘Azim (Tafsir Ibni Katsir), bagi Imam Abul Fida’ Al-Hafiz Ibni Katsir, Juzu’ 1, m/s 239, baris 8 dari atas.

Ertinya,

Dan, FirmanNya Allah Taala, Surah Al-Baqarah, ayat 143;

Terjemahan – “Dan, tiada lah Kami jadikan Qiblat yang adalah engkau mengadap di atasnya melainkan supaya ‘Kami Dapat Tahu’ siapa yang mengikut akan Rasul daripada orang-orang berpaling di atas sebaliknya.

Dan, jika adalah pertukaran Qiblat itu perintah yang sangat berat melainkan di atas orang-orang yang memberi Hidayat akan dia oleh Allah.”

Tafsir – Berfirman oleh Allah Taala ;

“Hanya Sesungguhnya! Kami Syarakkan atau Perintahkan kepada engkau Hai Muhammad! akan kerja mengadap Qiblat pada awalnya ke arah Baitul Maqdis.

Kemudian, kami palingkan (tukarkan) akan engkau daripadanya ke arah Kaabah pula, supaya “nampak zahirlah” hal keadaan orang-orang yang mengikut akan engkau.

Dan, mentaati akan engkau dan mengadap Qiblat Kaabah bersama engkau sekira-kira ke mana sahaja engkau mengadap.”

..........................................

16. Maka, jelas di sini bahawa Ayat Al-Quran yang terkandung di dalam Surah Al-Baqarah, ayat 143 bukanlah bermaksud Allah swt nak tahu. Tetapi, Allah nak zahirkan kepada Nabi saw, siapakah orang-orang yang mengikut Nabi saw dan siapakah orang-orang yang engkar.

--------------------------------------------------------------------------------------

17. Wahai sahabat-sahabatku yang Takutkan Allah!

18.Jika kita ada mendengar sesiapa sahaja yang menyampaikan dakwah Agama yang mengatakan bahawa;

“Allah Taala nak ‘ test ’ dan Allah nak uji dari hamba-hambanya, siapakah di antara hamba-hambanya yang beriman !!!”

19.Wajiblah kita menegurnya semampu yang mungkin.

20.Ini kerana, perkataan ini adalah suatu perbuatan yang Menghina Allah Taala.

21.Perkara ini bukan perkara yang kecil kerana ia membabitkan perkara Tauhid (Aqidah). Apabila rosaknya Aqidah seseorang, rosaklah asas agama seseorang.

22.Apabila rosaknya asas Agama seseorang. Maka, tiada bernilailah pun sezarah amalannya.

23.Jika ia tidak bertaubat sehingga ke akhir hayatnya, mati ia di dalam kekufuran (kekafiran).

--------------------------------------------------------------------------------------

D. KESIMPULANNYA

1. Berdasarkan penerangan Ulama’ dan Fuqaha’ (Kitab-kitab Muktabar) di atas. Dapatlah difahami bahawa kita tidak boleh mengatakan Allah nak tahu dan Allah nak uji hamba-hambanya.

2.Jika begitu Pak Ustaz, apakah jawapannya bagi persoalan di bawah ini ;

“Kenapa Allah hantar kita ke dunia ini susah dan miskin. Walaupun sudah berusaha keras membanting tulang. Tetapi tetap miskin dan papa, apakah sebabnya?”

3.Maka, jawapan yang sebenarnya ialah ;

“Kerana Allah nak zahirkan kepada kita dan Allah nak tunjukkan pada kita, siapakah dikalangan kita ini yang termasuk di dalam golongan orang-orang yang dapat mentaati Perintah Allah dan menjauhi Larangan Allah swt, sekalipun di dalam keadaan yang amat susah.”


4.Maka, inilah Aqidah dan Tauhid yang di ajarkan oleh Nabi saw kepada kita.

5.Tidak pernah Nabi saw mengajarkan kepada kita bahawa Allah itu bersifat dengan sesuatu Sifat yang Mustahil, seperti Jahil (Bodoh).

--------------------------------------------------------------------------------------

6.Baiklah, untuk membezakan di antara kefahaman orang-orang yang Jahil Agama dengan Kefahaman orang-orang yang Berilmu Agama di sisi Allah.

7.Marilah kita sama-sama menelaah dan mempelajari dengan apa yang telah disampaikan oleh Asy-Syaikh Zainul ‘Abidin Al-Fathani di dalam Kitab ‘Aqidatun Najin Fi ‘Ilmi Usuliddin, m/s 28, baris 7 dari atas.

Ertinya,

(Dan kata) Musannif.

(Kata pengarang Kitab Matan Sanusi, iaitu Imam Sanusi Rahmatullah ‘Alaihi. – Pent.)

Dan bermula Ilmu ( ). Ertinya, yang ketiga daripada Sifat Ma’ani itu Ilmu. Ertinya, Mengetahui.

Yaitu, sifat yang Maujudah (ada) yang berdiri ia dengan Zat Allah Taala, yang ta’alluq (berhubung kait) ia dengan suatu atas wajah meliputi dengan dia atas barang yang ia dengan dia tiada terdahulu sembunyi.

(Ayat di atas ini membawa maksud, bahawa Allah mengetahui segala perkara secara terperinci sebagaimana hal keadaan sebenar sesuatu perkara. Tidak ada perkara yang terselindung bagi Allah. Jika ada sesuatu perkara itu terselindung dan tidak diketahui sama ada perkara itu benar atau tidak. Maka, inilah yang dinamakan Jahil. – Pent.)

Maka, diketahui-Nya akan yang dahulu, dan yang lagi akan datang, dan yang sekarang dengan ilmunya yang Satu.

(Janganlah sesekali kita mengatakan bahawa Allah Taala tidak mengetahui apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Ini kerana, pengetahuan Allah Taala itu meliputi masa lepas, sekarang dan masa hadapan. – Pent.)

Maka, diketahui-Nya barang yang di dalam tujuh petala langit, dan yang di dalam tujuh petala bumi, hingga suatu yang amat tersembunyi, seperti kaki semut yang hitam, berjalan di atas batu yang hitam, di dalam malam yang sangat kelam (gelap).

Dan, diketahui-Nya pula, barang yang terlintas pada hati seorang, dan barang yang memandang oleh mata.

(Apa yang terlintas di dalam hati kita pun diketahui oleh Allah swt. Bahkan, apa yang terlihat oleh mata kita pun diketahui oleh Allah swt. – Pent.)

Maka, diketahui-Nya yang Maujud (Ada) dan Ma’dum (Tiada).

(Bukan setakat Allah mengetahui perkara yang wujud sahaja. Perkara yang tidak wujud juga Allah mengetahuinya. - Pent.)

Maka, tiada dikatakan Ilmu-Nya itu mudah, dan payah, dan usaha, dan nazar yakni tilik, dan fikir.

Maka, diketahui-Nya akan segala yang wajib daripada ZatNya, dan Segala SifatNya.

Dan, diketahuiNya akan segala yang Mustahil seperti Syirik bagi-Nya. Yakni, diketahuiNya akan Syirik-Nya itu tiada Maujud (tidak wujud) sekali-kali, dan jikalau ada nescaya datang kebinasaan bahagian-bahagian.

(Allah Taala juga mengetahui bahawa tiada Sekutu bagi-Nya. – Pent.)

.............................................

8. Maka, jelas di sisi kita bahawa, tiada pada Zat Allah Taala itu untuk memperolehi sesuatu Ilmu itu dengan Allah kaji-kaji, Allah tilik-tilik, Allah perhati-perhati, Allah fikir-fikir, Allah timbang-timbang dan sebagainya.

9. Ini kerana perbuatan sebegini iaitu, tilik-tilik dan perhati-perhati adalah satu perbuatan yang jahil, lagi bodoh dan tidak layak dengan Zat Allah Taala.

--------------------------------------------------------------------------------------

10. Marilah kita memerhatikan pula, akan huraian serta penjelasan daripada Guru kepada Asy-Syaikh Muhammad Nawawi Ibni Umar Al-Jawiyy Al-Banteni At-Tanariy Asy-Syafie, iaitu Asy-Syaikh As-Sayyid Ahmad Ibni As-Sayyid Abdirrahman An-Nahrawiy, di dalam Kitabnya yang berjudul Ad-Durrul Farid Fi ‘Ilmi Tauhid pada Hamish (tepi) Kitab Fathul Majid Fi Syarhi Ad-Durril Farid Fi ‘Ilmi Tauhid, m/s 27.

Ertinya,

Bermula sifat yang ke-Sembilan yang Wajib bagi Allah itu, Al-‘Ilmu.

Dan, dia Ilmu itu suatu Sifat bagi Allah Taala yang ‘Azali (tiada tarikh mula), yang memang ada, yang berdiri ia dengan Zat Allah Taala.

Terdedahlah kepada Zat Allah Taala, dengan sebab Sifat Ilmu ini akan tiap-tiap maklumat.

Dan, termasuk di dalam perkara yang Maklum (Yang diketahui oleh Allah) itu, tiap-tiap perkara ;

a.Wajib Aqal, (Allah mengetahui Zat dan Sifat-Nya. – Pent.)

b.dan perkara Harus Aqal, (Allah mengetahui tentang segala yang dijadikan-Nya (Makhluq). – Pent.)

c.dan perkara Mustahil Aqal. (Allah mengetahui tiada lawan bagi-Nya. – Pent.)

Terdedahnya perkara yang diketahui oleh Allah ini dengan pendedahan yang sempurna.

(Allah Taala mengetahui sesuatu itu secara keseluruhan. – Pent.)

Tidak mengandungi dalam Pengetahuan Allah Taala itu, akan yang berlawanan dengan suatu wajah (cara) pun.

(Tidak terdapat di dalam Pengetahuan Allah itu, saling bertentangan di antara satu sama lain. - Pent.)

Keluarlah dengan perkataan sempurna, iaitu Zan ( ), dan Syak ( ), dan Waham ( ).

(Tidak termasuk dalam erti kata Berilmu jika ada 3 perkara ini, iaitu Zan (Kuat sangka - 75% tahu, 25% tak tahu), Syak (Ragu-ragu - 50%-50%), dan Waham (Tidak pasti - 25% tahu, 75% tak tahu). – Pent.)

Dan, tiap-tiap perkara yang demikian itu, Mustahil bagi Allah Taala. Kerana sesungguhnya, perkara yang tiga ini tidak dapat menghasilkan kepada pendedahan yang sempurna.

(Jika Pengetahuan Allah Taala itu mempunyai Zan, Syak, dan Waham. Maka, tersisiplah Sifat Jahil bagi Allah Taala kerana tidak mengetahui sesuatu perkara dengan sempurna. – Pent.)

Dan, tidaklah termasuk di dalam perbahasan Ilmu Allah itu, bahawa Ilmu Allah itu menanggung perkara yang berlawanan dengan Ilmu, iaitu At-Taqlid. Iaitu, mengikut-ngikut tanpa Pengetahuan dan Bukti.

Maka, tidaklah Allah Taala itu Muqallid (mengikut kepada orang lain), kerana Taqlid itu Mustahil atas Allah Taala. Kerana sesungguhnya, Taqlid itu menerima lawan Ilmu, dengan kerja mengesyakkan oleh si pengesyak.

(Adalah mudah untuk menjatuhkan keyakinan orang yang bertaqlid, kerana keyakinan mereka ini boleh disyak-syakkan dan diragu-ragukan oleh orang yang berilmu. – Pent.)

Tidak boleh terhasil dengan sebab “boleh diragukan orang” oleh pendedahan yang sempurna.

(Tidak dikatakan mengetahui secara keseluruhan jika masih boleh diragukan orang. – Pent.)

...........................

(Baiklah, marilah kita mengenali pula pengertian ‘Ta’alluq’. Bermula ‘Ta’alluq’ bermaksud, hubungkait kerja sesuatu sifat. – Pent.)

Sifat Ilmu itu, mempunyai Ta’alluqu Tanjizi Qadim ( ).

(Iaitu, kerja Sifat Ilmu ini telah beroperasi sejak tiada tarikh mula. – Pent.)

Dan, dia Ta’alluqu Tanjizi Qadimin itu, terdedahnya dengan sempurna perkara-perkara yang Wajib Aqal, dan Harus Aqal, dan Mustahil Aqal kepada Allah Taala.

(Secara ringkas ianya bermaksud, Allah Taala telah mengetahui segala perkara secara keseluruhan sama ada ia Wajib Aqal, Harus Aqal dan Mustahil Aqal, dengan Sifat Ilmu-Nya yang tiada tarikh mula, lagi tiada titik akhir, serta tiada berubah-ubah Pengetahuan-Nya. – Pent.)

Dan, makna berta’alluqnya Sifat Ilmu dengan Zat Allah dan Sifat Allah, iaitu Sesungguhnya Allah Taala sentiasa tahu bahawa ;

a. Sesungguhnya Ia Tidak Ada Permulaan,

b. Dan, Wajib Ada,

c. Dan, tidak kena mengena Zat Allah itu Tiada,

d. Dan, Zat Allah itu Tiada Bertempat,

e. Dan, tiada lalu pada Zat Allah itu masa,

f. Dan, Allah tahu kekuasaan-Nya am meliputi kepelbagaian.

Dan, adapun makna berta’alluq (bekerja) pada perkara Mustahil Aqal, iaitu Sesungguhnya, Allah SWT tahu bahawasanya, perkara Mustahil Aqal seperti adanya rakan kongsi (Syarik). (Allah tahu tidak ada lawan bagi-Nya. – Pent.)

..................................

11. InsyaAllah, perbahasan ‘Ta’alluq’ dengan lebih dalam akan kami huraikan di dalam Risalah yang akan datang.

12. Mudah-mudahan dengan mengetahui dan memahami Sifat Ilmu Allah Taala ini, para pembaca budiman akan lebih mudah memahami permasalahan Qada’ dan Qadar yang akan kami huraikan di dalam Risalah yang akan datang.

13. Ini kerana, permasalahan Qada’ dan Qadar ini hanya akan dapat difahami dengan menguasai (Master) sekurang-kurangnya tiga Sifat Allah ini, iaitu ;

a. Sifat Ilmu dan Ta’alluqnya,

b. Sifat Iradah dan Ta’alluqnya,

c. Sifat Qudrah dan Ta’alluqnya.

14. Perkara yang kami nyatakan di atas ini, adalah seperti apa yang telah ternaqal di dalam Kitab Tuhfatul Murid Hasyiah ‘Ala Jauharatit Tauhid, bagi Asy-Syaikh Ibrahim Ibni Muhammad Al-Bayjuriy, m/s 67.

Ertinya,

Maka, perkara Qada’ dan Qadar ( ).

Kembalilah kefahaman kedua-dua perkara itu (Qada’ dan Qadar) kepada apa yang telah terdahulu penjelasan dan penerangan tentang Sifat Ilmu, dan Sifat Iradah, dan Sifat Qudrat beserta dengan memahami perbahasan Ta’alluq segala Sifat-sifat yang tersebut itu.

(Maksud pengarang Kitab ini ialah, perkara Qada’ dan Qadar sebenarnya dapat difahami setelah memahami dan menguasai perbahasan tiga sifat iaitu, Ilmu, Iradat dan Qudrat. Dan, tidak perlu lagi diadakan suatu bab yang membahaskan secara khusus tentang Qada’ dan Qadar. Akan tetapi, sangat ramai orang yang tidak memahami dan menguasai perbahasan Tiga Sifat beserta Ta’aluqnya iaitu Ilmu, Iradat dan Qudrat. Maka, terpaksalah para Ulama Tauhid mengadakan secara khusus bab yang membahaskan Qada’ dan Qadar. – Pent.)

Akan tetapi, tatkala adalah bahaya pada bodohnya tentang ini ilmu Tauhid terlalu sangat besar. Lalu, para Ulama’ menyusun Bab yang membahaskan secara khusus tentang Qada’ dan Qadar.

(Contoh-contoh Kitab Tauhid yang tidak membahaskan secara khusus Bab Qada’ dan Qadar ialah Kitab ‘AqidatunNajin Fi Ilmi Usuliddin, Kitab Ad-Durrus Samin, Kitab Hasyiah Dusuqi ‘Ala Ummil Barahin, Kitab Hasyiah Bayjuriy ‘Ala Ummil Barahin, Kitab Fathul Majid Fi Syarhil Durril Farid dan lain-lain lagi. – Pent.)

......................................

15. Mudah-mudahan Allah Taufiqkan kita faham akan Agama yang Nabi saw sampaikan dengan sebenar-benar faham.

--------------------------------------------------------------------------------------

Risalah asal ; Pinta di email greens_lavender4@yahoo.com
Link to Post - Back to Top  IP: Logged



Google
Webal-islam.proboards.com
Click Here To Make This Board Ad-Free


This Board Hosted For FREE By ProBoards
Get Your Own Free Message Boards & Free Forums!